Breaking

Tuesday, April 16, 2013

SERIUS? - Lebih 400 Lagi Pengikut Kiram Tiba Di Lahad Datu, Sabah

TAOTAUAJER - Setelah hampir sebulan berlalu pertempuran anggorta keselamatan dengan pengganas kiram kini keluar kenyataan dari kiram dimana lebih 400 pejuang sukarela pengikut Kiram dikatakan tiba di Lahad Datu, Sabah bagi mengukuhkan lagi legasi pasukan keselamatan diraja.


Jurucakap Kiram, Abraham Idjirani berkata, pejuang mereka semuanya bersenjata tiba di pantai timur Sabah melalui dua kumpulan berlainan di antara 30 Mac dan 5 April lalu.

“Mereka mahu meneruskan perjuangan pengikut Kiram yang lain di Malaysia walaupun terpaksa melanggar peraturan hak asasi Malaysia,” katanya dipetik Philipine Headline News.

Sehingga kini Agbimuddin Kiram menjadi buruan pasukan keselamatan Malaysia

SUMBER : SinarHarian

TAOTAUAJER : Nampaknya negara kita perlu perketatkan lagi pertahanan negara bagi menghapuskan anasir jahat ini. Semoga pasukan keselamatan kita selamat di sana. Nampaknyer kiram nie betul-betul tak serik nak mengugat Malaysia. - BERITA LAHAD DATU CRISIS

Adbox