Breaking

Saturday, May 5, 2012

WOW! - McDonald's Terbesar di Dunia akan Segera Dibuka (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - McDonald's akan segera membuka restoran terbesar di dunia untuk memenuhi kehendak makanan pada Olimpik 2012. Restoran sementara dibina dendan bahan-bahan yang boleh kitar semula dijangka menjadi tiga kali ganda lebih sibuk daripada yang lain di dunia.


Terletak di Stratford, Timur London , restoran McDonald's seluas 3,000 meter persegi. Restoran ini hanya akan beroperasi selama Olimpik 2012, yaitu dari 27 Julai sehingga 9 September 2012. Restoran dua tingkat ini akan memuatkan 1,500 tempat duduk, dengan panjang bangunan sekitar separuh daripada padang bola.

Lebih dari 50,000 burger Big Mac dan 180,000 bahagian kentang goreng dipersiapkan bagi peserta, media, dan penonton Olimpik. Bahan mentah berasal dari 17,500 pertanian dan peternakan di British dan Irlandia.

Diperkirakan akan ada tiga juta orang berkunjung ke restoran ini. Selain di Olympic Park, McDonald's juga akan membuka cawangan di Athlete's Village dengan jumlah empat outlet selama pertandingan tersebut.



Pemilihan ketat akan dilakukan untuk memilih staf restoran. Mereka akan dinilai berdasarkan sopan santun dan keterampilan memasaknya. Dari 12,000, hanya akan ada 2,000 orang yang terpilih.

Inilah kali kesembilan McDonald's menjadi sponsor restoran rasmi Olimpik. Tentu ada kontroversi terkait McDonald's yang bertentangan dengan Olimpikk yang memudaratkn kesihatan. Namun, jaringan restoran cepat ini menjawabnya dengan 'Mascotathon Happy Meals' untuk mendorong anak lebih banyak bergerak agar lebih sihat.

Dengan membeli paket ini, anak akan mendapat mainan yang dapat mengukur seberapa banyak langkah dan lompatan yang dilakukannya dalam sehari. Jumlah aktiviti tersebut akan ditukarkan menjadi tenaga bagi karakter game online. Sebanyak 100 pemenang game ini akan mendapat tiket Olimpiak dan dapat bertemu dengan para atlet.
Adbox