Breaking

Thursday, January 26, 2012

SubhanaAllah! - Bumi berdepan ribut solar terkuat 2012

TAOTAUAJER | WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Beberapa pegawai cuaca angkasa lepas menyatakan ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih enam tahun akan mengenai Bumi dengan pancaran radiasi akan berlaku.

Sebelum ini, radiasi ribut solar cuma mengganggu satelit dan mendatangkan masalah kepada angkasawan di angkasa lepas.

Namun, ia juga boleh menyebabkan gangguan komunikasi pada pesawat yang berada di udara.

Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas di negeri Colorado dalam satu kenyataan mengesahkan ribut solar itu berlaku pada pukul 11 malam (waktu AS) Ahad lalu.

Ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, perkara paling membimbangkan mengenai ribut solar adalah radiasi yang dilepas.

Pancaran itu ,katanya, tiba di Bumi sejam kemudian. Hentaman radiasi itu dijangka berlarutan sehingga hari ini.

Menurut Biesecker, tahap radiasi kali ini dianggap kuat tetapi radiasi lebih dahsyat pernah dikeluarkan beberapa ribut solar sebelum ini.

Radiasi kali ini adalah yang paling kuat sejak ribut solar pada Mei 2005.

Plasma yang keluar dari matahari ekoran ribut solar berkenaan pula tiba di Bumi semalam.

Ia dijangka menyebabkan gangguan pada grid elektrik di Bumi. - Agensi


Ini Status terkini Fenomena Ribut Geomagnetik, 26 Jan 2012

Ribut geomagnetik yang berlaku disebabkan oleh letusan suar matahari dan semburan CME pada 24 Januari 2012 dilaporkan telah kembali kepada normal dan aktiviti geomagnetik kini berada di bawah skala.

Keadaan 'senyap' ini diramalkan akan berlarutan untuk tempoh 24 jam yang akan datang. ANGKASA akan terus memantau fenomena ini khususnya di rantau yang aktif (NOAA Active Region 1302) di permukaan Matahari.

Imej Matahari terkini dalam panjang gelombang sinar X (26 Jan 2012 jam, 1432 waktu Malaysia) dari satelit GOES [Sumber: SWPC/NOAA]


sumber | kosmo


Adbox