Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

TAOTAUAJER - Orang kita, kalau dia rajin membaca dia akan faham ada beza antara hot dog (bukan anjing panas), sosej dan frankfurter. Jom ketahuinya.. 


Hot dog, yang banyak dijual di tepi jalan di New York atau kota lain di negara Uncle Sam, adalah sosej yang dihidangkan di dalam roti ban yang dibelah dua dan diletakkan sos mengikut pilihan citarasa.

Sosej pula adalah makanan yang dibuat dari daging kisar (lembu, ayam, babi atau sebagainya), diawetkan dan bila dihidangkan sebatang begitu sahaja atau dipotong-potong, tidaklah pula dikepit dengan roti ban belah dua.

Frankfurter pula, sejenis sosej yang berasal dari kota Frankfurt, Jerman sejak abad ke-13 dan dibuat hanya dari babi. Di Eropah sana, kalau sebut frankfurter tak lain tak bukan sosej babi yang mengikut resepi tradisi kota Frankfurt itulah. Jadi kalau ikut JAKIM punya pegangan, frankfurter ayam oleh Ayamas yang ada sijil halal tu pun boleh mengelirukan juga.

Tapi JAKIM tahu orang kita tak rajin membaca jadi mereka rasa nama frankfurter tak ada masalah berbanding nama Pretzel Dog. Atau mungkin JAKIM sendiri yang tak rajin membaca dan tak pernah tahu menatang frankfurter tu apa dia sebenarnya.

Jadi untuk menamakan Pretzel Dog kepada Pretzel Sausage atau Pretzel Frankfurter, bagi aku lah, adalah salah. Seumur hidup aku yang bukan chef, aku panggil hot dog bila benda tu datang berapit roti ban, dan aku panggil sosej kalau dia datang telanjang begitu sahaja. Tapi aku duduk kampung lah juga, bukan orang bandar pun. Cuma aku ada Ensiklopedia Brittanica 20 jilid.

Dalam kes Pretzel Dog, benda yang Auntie Anne’s duk jual tu ialah sosej yang dibalut oleh pretzel. Mereka tak namakan benda tu hot dog kerana atas faktor pemasaran, mestilah Auntie Anne’s nak popularkan pretzel, makanan jualan utama mereka. Dan Auntie Anne’s juga tahu untuk menamakan benda tu dengan perkataan ‘sausage’ atau frankfurter juga tidak tepat dari segi ilmu kulinari.

Di Malaysia yang anjing lebih kepada haiwan peliharaan dari menjadi haiwan makanan, terang-terang kita semua dah maklum bahawa Pretzel Dog itu bukanlah daging anjing kisar yang dijadikan sosej dan dibalut pretzel.

Dan bagi JAKIM pula, yang lebih risaukan andai perkataan ‘dog’ boleh mengelirukan (tanpa sedar maksud sebenar ‘frankfurter’) sepatutnya merujuk balik kepada Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011. Dalam tu ada disenaraikan maksud halal, dan persoalan sama ada nama turut memainkan peranan langsung tidak disebut.

Atau kalau tak mahu juga, nak aku bertanya kenapa 1901 Hot Dogs yang popular satu masa dahulu pernah diberikan sijil halal tapi tak pula disuruh tukar nama kepada 1901 Hot Beef atau 1901 Hot Chicken.
- - - -
TAOTAUAJER - Masyarakat Melayu perlu mengubah persepsi mereka yang mengatakan kehebatan sebilah keris yang mampu berdiri kerana ada bantuan daripada jin atau makhluk halus.


Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad berkata, sebilah keris mampu berdiri kerana empu atau pembuat keris itu mahir dalam tempaan.

“Empu pada zaman dahulu layak digelar saintis. Mereka mampu menempa keris tanpa mengetahui suhu sebenar. Selain itu, mereka bijak membahagikan besi membuat keris sama berat walaupun bentuk keris tidak semitrikal,” katanya ketika ditemui pada Temasya Keris dan Budaya Warisan Melayu, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, proses membuat bilah keris agak rumit kerana empu perlu mengetahui jumlah besi yang hendak digunakan.

“Untuk menghasilkan bilah keris yang berkualiti, empu perlu mencampurkan sekurang-kurangnya tujuh jenis besi,” katanya.

Selain itu, beliau turut membandingkan kehebatan keris Melayu dengan pedang samurai Jepun.

“Dalam menghasilkan pedang samurai Jepun, pembuat pedang hanya memerlukan tiga besi sahaja, berbanding keris Melayu. Ini membuktikan keris Melayu lebih berkualiti jika dibandingkan dengan pedang samurai,” kata beliau.

Mengulas mengenai isu remaja sekarang, beliau berkata, remaja sekarang tidak mengenali jati diri mereka sendiri.

“Remaja Melayu sekarang tidak tahu mereka merupakan keturunan bangsa yang hebat menghasilkan senjata. Apabila merasakan diri mereka tidak hebat, maka mereka akan mengikuti bangsa yang mereka rasakan hebat seperti LGBT dan ISIS. Sedangkan tindakan mereka itu salah kerana jika diikutkan falsafah Melayu dahulu, kita tidak bunuh orang seperti yang dilakukan ISIS dan kita juga tidak langgar hukum syarak,” kata beliau

Temasya Keris dan Budaya Warisan Melayu yang diadakan selama tiga hari ini di UPM mempamerkan lebih 30 jenis keris bagi mempromosikan senjata dan warisan Melayu kepada umum supaya menimbulkan minat masyarakat terhadap keunikan keris.

Selain itu, temasya ini juga memberi peluang kepada penyelidik untuk mendapatkan informasi untuk kajian mereka.
Kredit Ismaheb 

- - - - - - -
TAOTAUAJER - Cicak memang salah satu haiwan yang sinonim dengan rumah. Memang mudah untuk menjumpai cicak di dinding-dinding rumah.


Kadangkala banyak juga tahi cicak yang bertaburan terutama di bilik yang jarang diguna ataupun tandas. Bunyi juga agak annoying terutama di waktu malam.

Ini sedikit penjelasan tentang bahaya cicak.


Jom kita baca:

Ruqyah dan hadith

Dalam dunia ruqyah (sihir), cicak itu salah satunya makhluk pembawa sihir dan harus dibunuh.

Didalam sahih Muslim dijelaskan: Barang siapa yang membunuh cicak pada satu kali pukulan jadi baginya seratus kebaikan. Dan jika pada pukulan ke-2 jadi baginya (kebaikan) berbeza dengan itu (yang pertama), jika pada pukulan ketiga jadi baginya (kebaikan) tidak sama dengan itu (yang ke-2).

Dalam hadis yang lain:

Ibnu Majah meriwayatkan di dalam “Sunan” nya dari Saibah Maulah al Fakih bin al Mughiroh bila dia menjumpai Aisyah dan lihat di rumahnya ada satu tombak yang tergeletak.

Dia juga bertanya pada Aisyah,

“Wahai Ibu golongan mukminin apa yang engkau kerjakan dengan tombak ini?”

Aisyah menjawab, “Kami baru sahaja membunuh cicak-cicak. Sesungguhnya Nabi saw pernah memberi tahu kami bila masa Ibrahim as dilemparkan dalam api tak satu juga binatang di bumi waktu itu terkecuali untuk memadamkannya tetapi cicak menyemarakkan lagi apinya. Jadi Rasulullah saw memerintahkan untuk membunuhnya.

“Kitab” az Zawaid “menyebutkan bila hadits Aisyah ini sahih.

Saat lakukan ruqyah rumah, rata-rata ketika dibacakan surat Al Baqarah selalunya ada cicak secara tiba-tiba jatuh dan mati atau kadang-kadang didapati cicak mati dengan tubuh hangus. Lantaran cicak kerap dijadikan media pembawa sihir. Banyak dari kumpulan jin yang bertukar rupa menjadi cicak untuk meletakkan racun sihir dirumah.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah mengkhabarkan pada kami bahawa jin itu terdiri dari tiga kumpulan. Pertama, jin yang senantiasa berterbangan (melayang) di awangan, ke-2, jin dalam bentuk haiwan melata dan ketiga, jin yang mempunyai rumah dan suka mengembara “(HR. Thabrani, Hakim, Baihaki dengan sanad yang sahih).

Penyakit

Selain media sihir, cicak itu juga merupakan pembawa kuman yang bahaya. Badan cicak mengandungi bakteria berisiko iaitu bakteria Escherichia Coli atau E Coli. Escherichia Coli telah dikenali sebagai mikrob yang boleh mengakibatkan sakit perut dan boleh membahayakan kesihatan tubuh.

Sekiranya cicak terkena makanan, diharap anda membuang makanan tersebut kerana dikhuatiri sudah tercemar.

Najis cicak

Dalam satu kajian, najis cicak juga terbukti boleh menembusi plastik. Kajian menunjukkan apabila tahi cicak terkena telefon bimbit, ianya mampu merosakkan monitor handphone.

Oleh itu, sekiranya terdapat cicak di rumah berhati-hatilah. Seeloknya kira cuba hindari untuk mengahalau cicak dari rumah



- - - -