Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

TAOTAUAJER - Viral apabila team Ohsem Flying Object merakam Bangunan Highland Towers dengan drone. Namun ada individu telah memuat naik gambar penampakan aneh pada video tersebut yang menimbulkan misteri. Tao tak pasti sama ada video ini betul-betul ada makhluk aneh tersebut tapi memang seram.. 


Saksikan video di bawah ini...
Projekt OFO - Land of the Haunting ; Highland Towers.We deployed our drones to mysterious places in Malaysia and the first of the series is from Highland Towers. Never before seen footage from angles only drones can manage, making this video hauntingly beautiful. Be sure to follow us on our social media, for our future project.#drone #gopro #highlandtowers #malaysia #haunting #ghost #ofo #uav #hantu
Posted by Ohsem Flying Objekt on Wednesday, 17 June 2015


- - - - - - - -
TAOTAUAJER - AMALAN yang menghidupkan Ramadan ialah memperbanyakkan sedekah kerana sikap bermurah hati pada Ramadan adalah dituntut. Ibn Abbas melaporkan: “Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)


Membaca al-Quran

Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan kerana ia bulan al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud:

 “… bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Malaikat Jibril sentiasa bertadarus al-Quran dengan Nabi SAW setiap hari sepanjang Ramadan. Para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada ibadah lain. Sebahagian salaf khatam al-Quran dalam masa tiga hari, sebahagiannya tujuh hari dan 10 hari pada Ramadan.

Saidina Uthman bin Affan khatam al-Quran setiap hari pada Ramadan. Imam Zuhri berkata apabila tiba Ramadan, “Sesungguhnya Ramadan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa.”

Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.” (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)

Qiamullail

Disunatkan berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu solat terawih dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah terbitnya fajar. Nabi sangat gemar mendirikan malam pada bulan Ramadan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud:

 “Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.” (Hadis riwayat Bukhari)

Solat tarawih

Solat tarawih adalah solat khusus yang hanya dilakukan pada Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid. Di sesetengah tempat, sebelum solat tarawih, diadakan ceramah singkat bagi menasihati jemaah.

Mengerjakan umrah

Perkara disunatkan pada Ramadan adalah mengerjakan umrah berdasarkan sabda Baginda SAW yang bermaksud:

“Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku.” (Hadis riwayat Bukhari)

Zakat fitrah

Zakat fitrah dikeluarkan khusus pada Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya solat sunat hari raya. Setiap Individu Muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat fitrah. Nilai zakat fitrah adalah satu gantang makanan ruji atau setara dengan 2.7 kilogram beras. Di Malaysia, nilai zakat fitrah ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri.
sumber: islamituindah.my 

TAOTAUAJER : Semoga remadhan kita kali ini mendapat keberkatannya boleh la kita amalkan antara amalan -amalan yang dikongsikan bersama anda ini selagi kita masih sempat.


- - - - - - -
TAOTAUAJER - Phrae (Thailand) – Penduduk kampung di daerah Nong Muang Khai yang terjejas teruk akibat kemarau, kelmarin menggunakan patung kartun Doraemon dalam satu upacara untuk memanggil hujan.


PENDUDUK kampung mengusung sangkar kayu yang mengandungi patung Doraemon dalam satu upacara bagi memanggil hujan.

Mereka menggunakan patung watak kucing robot popular itu bagi menggantikan kucing hitam untuk mengelak dituduh mendera haiwan.

Pengusaha ladang jagung di Wang Luang meletakkan patung Doraemon itu dalam satu sangkar kayu sebelum diarak sekeliling kampung untuk meminta hujan.


Seorang penduduk, Rattakarn Jantanu berkata, mereka bersetuju untuk membuat upacara tradisi bagi meminta hujan itu selepas wilayah berkenaan terjejas teruk akibat kemarau.

Mengikut upacara itu yang asal, mereka sepatutnya meletakkan seekor kucing hitam di dalam sangkar kayu sebagai korban untuk meminta hujan.

Bagaimanapun, kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan kemarahan orang ramai, mereka mengambil keputusan untuk menggunakan patung kucing.

“Kami akhirnya terpaksa menggunakan patung Doraemon kerana sukar untuk mencari patung kucing,” katanya.

Ujarnya, sangkar itu dibawa ke lima lokasi yang dipercayai didiami oleh nenek moyang mereka diikuti satu acara keagamaan di sebuah kuil.

“Walaupun upacara itu tidak membawa hujan tetapi penduduk tetap gembira dan ia membantu menenangkan mereka ketika ini,” jelasnya. – Agensi/myMetro Online 


- - -
TAOTAUAJER -  Satu kemalangan melibatkan seorang anggota polis bersama isterinya berlaku di Ajil..., Terengganu. Kemalangan tersebut dipercayai berpunca daripada pemandu yang cuba untuk mengelak seekor lembu namun terbabas lalu terlanggar penghadang jalan raya....

- - -
TAOTAUAJER - Bulan Jun tahun ini sepertinya akan menjadi bulan yang istimewa. Selain jatuhnya bulan Ramadan, ada fenomena baru yang bakal membuakan anda tercengang. Berdasarkan kajian para saintis di Prancis, 30 jun ini waktu di bumi akan berjalan lebih dari 24 jam. Macam mana perkara sebegini boleh berlaku? Bagaimana masa bumi boleh bertambah?


Selasa 30 Jun 2015 akan sesaat lebih lama dari hari lainnya di sepanjang tahun ini. Para pengkaji akan menambahkan 1 saat pada hari itu atau yang disebut detik kabisat (leap second).

Menurut saintis daripada Perkhidmatan Putaran Bumi Antarabangsa, keadaan ini berlaku adalah untuk mengimbangi kadar putaran Bumi yang semakin perlahan.

Saintis Barat menjangkakan beberapa laman web akan menerima kesan buruk malah ada yang tidak akan berfungsi apabila waktu pertambahan masa ini berlaku.

Kali terakhir penduduk Bumi mendapat penambahan waktu satu saat adalah pada tahun 2012.

Berdasarkan pengiraan, pada 30 Jun 2015, Bumi akan mempunyai 86,401 saat pada Jam Atom berbanding sekarang hanya 86,400 saat.

Kiamat Internet

Meski tak akan berpengaruh pada kehidupan manusia pada umumnya, penambahan 1 saat kali ini dikhawatirkan kembali memacu 'kiamat internet'. Dalam skala kecil. 

Penambahan yang sama berlaku pada tahun 2012 menyebabkan masalah bagi perusahaan-perusahaan internet besar seperti Reddit, LinkedIn, Gizmodo, Gawker, Yelp, dan FourSquare. Seperti dinyatakan dari web Wired, Reddit mengalami gangguan selama 1,5 jam. 

Masalah juga dialami Amadeus Altea, salah satu sistem reservasi online besar. Rencana penerbangan Qantas dan Virgin Australia juga sempat mengalami gangguan. 

Sebab, selama detik kabisat, jam komputer tetap akan bergerak selama 60 saat. Matsakis mengatakan, komputer menganggap penambahan saat itu sebagai langkah mundur. Sistem komputer tak dapat mengenali 'dua saat dalam waktu yang sama'. 

Akibatnya, mesin akan mengaggapnya sebagai kesalahan sistem, beban berat pun akan dialami CPU. 

Beza dengan Google.  Mesin carian raksasa itu telah menambahkan beberapa milisaat pada servernya beberapa kali dalam setahun. Dengan cara ini, server tak akan terpengaruh sewaktu terjadi penambahan saat. 

Cara lain untuk menghindari masalah adalah dengan mematikan sistem komputer selama 1 atau 2 jam di sekitar waktu penambahan tersebut.

Namun, detik kabisat itu tak hanya berisiko pada sistem komputer. Diharapkan, ia tak berlaku sewaktu berada di pesawat sewaktu kejadian ini dilakukan. Sebab, penambahan saat diketahui dapat menganggu penerimaan GPS, yang boleh menjadi masalah kepada pilot kapal terbang. 




- - - - - - - -
TAOTAUAJER - Selamat menyambut Ramadhan buat semua ummat Islam yang membaca artikel ini. Tao disini nak kongsikan tips yang beguna di bulan ramadhan ini.. rasanya masih belum terlambat lagikan. 


Jika anda sering rungsing memikirkan apakah yang akan kita makan untuk sahur. Ada yang mengambil langkah untuk makan sepuas-puasnya tidak ingat dunia dengan harapan tidak akan lapar sepanjang hari. Namun kebiasaannya lapar itu pasti berkunjung tiba.

Kali ini kita cuba mengambil pendekatan yang lain. Kita makan secara bijak. Mari kami tunjukkan :


Tahukah anda bahawa Oat sangat bagus untuk dimakan ketika sahur? Ini kerana ia mengambil masa yang lebih untuk perut kita hadamkan jadi rasa lapar itu datang sedikit lewat berbanding makanan lain.

Seorang pengguna Facebook telah berkongsi pengalaman beliau :

“Sahur macam biasa dengan makan nasi berlauk. Lepas tu buat milo : 2 sudu milo, gula satu sudu kecil, 5 sudu besar oat dan 3 biji kurma. Minum air kosong 1 gelas. Insyaallah boleh tahan puasa sampai berbuka nanti. Saya amalkan setiap kali puasa kerana saya ada gastrik yang teruk.”

Perkongsian yang baik! Mungkin jika anda tidak sempat untuk siapkan makanan, anda boleh cuba ini :

Sediakan beberapa telur rebus, sekeping roti gandum dan buah-buahan atau sayur-sayuran.


Atau

2. Sapukan almond butter atas roti gandum yang dibakar, kemudian letakkan pisang dan chia seeds.


Tadaaaa! Siap makanan yang cukup khasiat untuk sahur anda. Semoga diberi kekuatan untuk menempuh Ramadhan ini dengan lebih produktif. 
kredit : KREDIT KIAMBANG MERAH.

TAOTAUAJER :Sekian sahaja perkongsian dari kami. Harap dapat memberi manfaat kepada anda semua. Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, anda dibenarkan untuk share dengan rakan-rakan anda. Tekan butang share di bawah. Terima kasih.  


- - - - - - - -
TAOTAUAJER - Seekor gorila jantan yang tinggal di Zoo Higasyiyama dan Taman Botanical di Nagoya, Jepun, telah mensensasikan pengguna media sosial kerana ‘kekacakan’ yang dimiliki.


Gorila yang diberi nama Shabani itu telah menjadi viral selepas gambar mukanya tersebar di laman makro twitter.

Menurut sumber, ramai pengunjung wanita yang datang ke zoo itu telah jatuh hati serta terpikat dengan gayanya yang dikatakan sangat hot dan hensem!

Tapi malangnya, Shabani dikatakan sudah berpunya dan memiliki dua ekor pasangan, Ai dan Nene serta anak yang diberi nama Kiyomasie dan Annie.

Shabani telah dibesarkan di Zoo Taronga di Sydney dan telah berpindah ke Jepun pada tahun 2007.
Pihak zoo juga menyatakan kerana tarikan yang ada pada Shabani, pengunjung wanita di zoo itu telah meningkat.

Jurucakap zoo itu, Takayushi Ishikawa menyatakan populariti yang diperolehi oleh Shabani tidak dijangka sama sekali.

“Shabani menyedari akan populariti yang diperolehinya tetapi gorila itu tetap berkelakuan seperti biasa,” katanya kepada sumber.

Tengok sahaja gambar-gambar yang telah diambil, bukan main fotogenik lagi Shabani, macam mana perempuan tak terpikat! 


  TAOTAUAJER : Ceh ceh pandai pulak gorila ni posing bila bergambar. Hahahaaa.. Pelik jer kann.. 
- - - - - - -
TAOTAUAJER - Susulan kes penderaan yang berlaku pada seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun oleh ibu tirinya, gambar-gambar ibu tiri dan gambar kecederaan mangsa tanpa ditapis tersebar di laman sosial.


Gambar-gambar yang dimuat naik oleh Sheila Khan itu telah dikongsi ramai pengguna Facebook dan mencetuskan kemarahan orang ramai yang berang dengan tindakan ibu tiri mangsa.

Kini, status terbaru wanita itu yang dimuatnaik di akaun facebooknya turut didedahkan kepada. Selain berbaur lucah, status ibu tiri ini juga amat biadap.

Memang sungguh mengejutkan. Korang baca selanjutnya di bawah :-

sumber : plbgaimacam.blogspot


VIDEO PENAHANAN IBU TIRI SUSPEK DERA - BERITA TERKINI TV1Ini rupa ibu tiri yang mendera Nur Zuliana hingga cacat....
Posted by TAOTAUAJER on Sunday, 28 June 2015

TAOTAUAJER : Kesian kat anak yang didera tu.. tak fikir ker perempuan ni? dah la sampak kecacatan kekap pulak tu. Update terkini perempuan dan lelakinya sekali telah di tangkap polis.


- - - - -
TAOTAUAJER - Solat terawih merupakan salah satu ibadah sunat yang dikerjakan pada bulan Ramadan al-Mubarak selepas solat Isyak.


Sebuah video yang memaparkan para jemaah yang sedang melakukan solat sunat terawih sebanyak 20 rakaat dan ditambah dengan solat witir 3 rakaat dalam masa 7 minit di sebuah masjid di Blitar, Jawa Timur telah menjadi viral di laman sosial.

Solat terawih yang dilakukan dalam tempoh yang sangat cepat itu telah berjaya menarik perhatian anak muda di seluruh Indonesia untuk mengikuti solat sunat terawih di masjid berkenaan.


Solat terawih 23 rakaat dalam 7 minit..... NO Coment
Posted by TAOTAUAJER on Saturday, 27 June 2015

TAOTAUAJER : Memang gilla laju kan.. agak agak nyer macam mana la bacaa mereka ni pada setiap rakaat. 


- - - - -
TAOTAUAJER - Sejak kebelakangan ini syarikat penerbangan Malaysia iaitu MAS seringkali ditimba “bala” antaranya adalah tragedi MH370 dan MH17.


Terbaru, beribu-ribu pekerja MAS dipecat kerana syarikat itu tidak mampu untuk menanggung kos pembayaran gaji kepada kakitanganya. Pelbagai usaha yang dilakukan MAS bagi memulihkan syarikat itu dari bankrap tetapi sehingga kini belum nampak MAS itu pulih.

Sebagaimana Firman Allah dalam Surah Al-Rum ayat 41, Allah berfirman, maksudnya:

“Telah berlaku kerosakan di darat dan di laut yang berpunca daripada perbuatan tangan-tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).

Seorang penumpang MAS yang dalam perjalanan dari Heathrow, London ke KLIA berkongsi cerita ini di laman sosial facebok:

Flight Malaysia Airlines, MH1, 21 Jun 2015 10.00 malam dari Heathrow, London ke KLIA.

Selepas 3 jam berlepas dari London, seorang paramugari MAS mula menjaja ‘Beer percuma’. ‘Beer, beer, beer!’

Aku hairan, bila nak berlepas ada paparan doa perjalanan minta restu dari Allah, selamatkan perjalanan. Bila dah berlepas, MAS jaja pula air syaitan tu. Seolah-olah mempersendakan Allah.

Aku tak hairan kalau yang minum itu bukan Islam. Lantaklah mereka nak minum banyak mana. Tetapi yang aku meluat, ada sekumpulan belia Melayu di baris 49, memang Melayu, cakap Melayu, minta beer. Aku kira umurnya sekitar 16 atau 17 tahun. Pramugari bukan Melayu itu tanya,
“Betul ke awak ini lebih 18 tahun?”

Budak itu jawab, “YA!”

Maka dihulurkannya satu tin beer. Dengan bangganya budak setan ini meneguknya. Waktu itu dah lepas waktu subuh. Memang harus tak puasa orang musafir, tetapi janganlah minum air syaitan ini depan penumpang lain yang ramai Islam.

Selepas itu, di baris 50 ada 3 perempuan. Melayu semua, dua tak bertudung, seorang bertudung. Umur rasanya sekitar 21, seorang daripadanya turut minta beer. T-shirt tertera nama universiti di UK.. Biasa saja dia meneguk benda tu.

Aku hairan, kalau undang-undang di negara kita jelas melarang penjualan arak/minum arak kepada orang Islam, mengapa MAS dihalalkan berbuat demikian? Takkan dia tak tahu penumpang itu Islam.? Senarai nama ada di tangannya.

Padanlah Allah dah bagi bala kepada MAS, tahun lalu. Beberapa Ahli Parlimen minta amalan bagi beer percuma ini dihentikan. Tetapi MAS buat pekak.

Renungkanlah. Kita sokong syarikat penerbangan kita, kita bangga walaupun ruginya berbillion. Tetapi kalaulah ia terus sombong, tunggulah masanya balasan Allah.

Kredit: Kamaruzaman Jaffar


- - - -
TAOTAUAJER -  Di malaysia artis ramai sudah melampau tapi masih bebas bersuara berbanding dengan al-ulama.. Bila nak berceramah pun sampai memerlukan kawalan polis/fru yang ketat.. Untuk sampai kebaikkan memang sukar berbanding keburukkan..


So jom kita saksikan artis malaysia kita berbicara tanpa ilmu agama yang betull... Massyallah


DI MALAYSIA ARTIS RAMAI SUDAH MELAMPAU TAPI MASIH BEBAS BERSUARA BERBANDING DENGAN AL-ULAMA.. BILA NAK BERCERAMAH PUN SAMPAI MEMERLUKAN KAWALAN POLIS/FRU YANG KETAT.. UTK SAMPAI KEBAIKKAN MEMANG SUKAR BERBANDING KEBURUKKAN.. SO JOM KITA SAKSIKAN ARTIS MALAYSIA KITA BERBICARA TANPA ILMU AGAMA YANG BETULL... MASSYALLAH
Posted by Koleksi Menarik Kehebatan Keajaiban Keindahan Kuasa Allah on Friday, 5 June 2015
- - - -
TAOTAUAJER - Subhanallah, satu gambar yang berjaya dirakamkan di Gaza dimana penduduk kawasan yang tao sendiri tidak tahu tetapi di Gaza menunaikan ibadah solat jumaat dengan keadaan tersangat daif. 


Begitu daif sekali.. tersangat-sangat daif dimana jika anda lihat masjid mereka hancur di bom. Walaubagaimanapun ibadah solat jumaat tetapi dijalankan seperti biasa. Saksikan gambar di bawah ini


TAOTAUAJER : Allahuakbar.. lihatlah betapa kuanya keimanan mereka di sana.. meskipun masjid mereka hancur di bom namun keimanan mereka kepada Allah tidak sama sekali


- - - - - - -
TAOTAUAJER - Pernahkah anda masak nasi namun teksturnya berbeza dengan nasi yang biasa di makan? Pernah terfikir tidak bahawa beras juga mungkin dipalsukan?


Sebelum ini kita biasa dengar beg plastik, botol plastik, muka plastik dan bagaimana pula dengan beras plastik? Di negara jiran Indonesia heboh dengan kehadiran beras plastik yang menguasai pasar harian di sekitar Kota Bekasi, Indonesia.

Penyebaran beras plastik ini boleh dikatakan berleluasa kerana bukan sahaja di Indonesia, pasaran gelap beras plastik ini telah sampai ke Sngapura dan mungkin Malaysia.


Seperti dilaporkan, beras plastik ini telah menular di negara yang menjadikan beras sebagai makanan ruji seperti India, Indonesia, Vietnam dan akhir-akhir ini, Singapura.

Beras tiruan ini dihasilkan menggunakan campuran kentang, keledek dan plastik resin yang selalu digunakan industri dengan diproses sama bentuk dengan beras asli.

Beras tiruan tersebut dikatakan sudah memasuki pasaran Singapura dan beberapa penemuan beras tersebut telah mula tersebar.


Jika benar perkara seumpama ini berlaku di Malaysia Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tidak akan sewenang-wenangnya melepaskan dalang dalam perkara ini.

Namun tanpa laporan daripada orang ramai, agak sukar pihak berkuasa membanteras gejala licik sebegini kerana pengedar tiruan beras plastik ini mencampurkan beras plastik ke dalam beras tulen.
Hasilnya, beras yang dimasak tidak sekeras jika hanya memasak beras plastik sahaja.


Menurut Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek, pasukan penyiasat itu akan memberi tumpuan kepada kedai-kedai runcit kecil untuk memeriksa sama ada mereka menjual beras palsu, terutama di luar bandar dan kawasan luar bandar.

"Kami akan menjalankan siasatan kami, tetapi saya ingin menggesa pengguna untuk tampil ke hadapan dan melaporkan kepada kementerian jika mereka mencari beras tersebut.

"Semua laporan yang dibuat akan dirahsiakan," tegasnya.

Jika dilihat, semua makanan yang dihasilkan untuk rakyat moden zaman ini sebahagiannya memang mengandungi racun formalin dan bahan kimia yang lain. Kehadian beras plastik menambah lagi senarai makanan 'beracun' yang boleh dibeli dipasaran. Dalam jangka masa pendek, makanan 'beracun ini bakal menimbulkan gangguan penyakit.


Dalam jangka masa panjang pula, dapat dilihat kualiti generasi bangsa Malaysia yang menggunakan beras plastik sebagai makanan ruji akan menurun dan kurang daya berbanding penduduk negara lain. Akibatnya, mungkin rakyat Malaysia bakal mengidap penyakit berbahaya dalam usia muda.

Pakar kesihatan di China melaporkan jika seseorang memakan beras plastik ini dicampur dengan resin beracun, boleh merosakkan sistem penghadaman.

Satu laporan di Very Vietnam menyatakan bahawa seorang pegawai dari Persatuan Pengusaha Restoran Cina telah mengumumkan bahawa makan tiga mangkuk beras tiruan ini adalah sama dengan makan sekeping beg plastik.

TAOTAUAJER : Cegah sebelum parah. Kita mampu mengubahnya!  Mohon share supaya artikel ini membawa manfaat kepada semua.


- - - - - -