Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

TAOTAUAJER - Tahun ini merupakan antara tahun yang amat malang untuk industri penerbangan dunia. Beberapa kejadian yang melibatkan kapal terbang telah berlaku. Setakat ini, kehilangan Malaysian Airlines MH370 pada bulan Mac 2014 masih menjadi misteri untuk semua.


Tahukah anda, terdapat juga beberapa misteri melibatkan pesawat lain yang masih tidak dapat diselesaikan sehingga ke hari ini? Berikut adalah antara pesawat yang telah hilang secara misteri dan menjadi tanda tanya hingga kini.

1. Mac 2014: Malaysian Airlines MH370 


2. 2003: American Airlines N844AA


Pesawat ini telah dicuri oleh 3 orang lelaki daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Quatro de Fevereiro di Angola. Pihak FBI dan CIA giat mencari pesawat ini tetapi sehingga kini masih tidak dapat ditemui.

1947: British South American Airways Star Dust


Pada 2 Ogos 1947, pesawat ini terhempas di Banjaran Andes, Amerika Selatan ketika dalam perjalanannya ke Chile. Operasi mencari pesawat tersebut gagal dan nasibnya kekal secara misteri untuk 50 tahun. Pada tahun 90-han, serpihan Star Dust mula timbul di dalam glasier ais. Mesej terakhirnya di kod Mors ialah STENDEC yang maknanya masih tidak diketahui sehingga ke hari ini.

3. 1962: Flying Tiger Line 739


Flying Tiger Line 730 merupakan kapal terbang tentera Amerika Syarikat (AS) yang telah lenyap tanpa memberi panggilan kecemasan. Pesawat tersebut membawa 93 anggota askar AS dan 3 anggota askar dari selatan Vietnam. Mereka dalam perjalanan dari California, AS ke Saigon,Vietnam. Teori konspirasi yang dicadangkan adalah sabotaj.

4. 1978: Frederick Valentich yang terserempak kapal UFO


Frederick Valentich yang berumur 20 tahun dari Australia telah hilang semasa di satu latihan penerbangan pada 21 Oktober 1978. Pesanan terakhirnya adalah terdapat satu kapal UFO yang sedang terbang di atas pesawatnya. Teori kehilangannya termasuk kes bunuh diri ataupun serangan kapal UFO yang asli.

5. 1945: Pesawat tentera AS 19


Pesawat tentera AS 19 adalah sepasukan 5 pesawat pengebom-pengebom torpedo yang hilang di lautan Bermuda Triangle secara bermisteri pada 5 Disember 1945. Kehilangan 5 pesawat ini kemudiannya telah membawa ke lagenda Bermuda Triangle. Teori yang lain adalah kesemua pesawat itu kehabisan minyak dan terhempas ke dalam lautan.

Kredit Foto: Malaysia Chronicle, Ed Coast, MassageKt,Plane Spotter,Magonia, Historic Wings
- - - - - -
TAOTAUAJER - Satu video yang memaparkan seorang kanak-kanak yang didakwa dari pengikut ISIS menembak mati dua orang perisik telah menjadi viral dan menjadi perbualan hangat diantara pengguna-pengguna internet.


Kemunculan video terbabit sekali lagi menimbulkan isu kesahihan sepertimana video-video yang didakwa keluaran ISIS sebelum ini.

Video berdurasi 7 minit 37 saat itu dimulai dengan rakaman temuramah perisik-perisik tersebut.. Menurut apa yang dipaparkan di dalam video tersebut, kedua-dua perisik tersebut adalah dari agensi perisikan Rusia (FSB).

Di dalam temuramah terbabit, ejen FSB yang pertama ditemuramah, yang memperkenalkan diri sebagai Mamyev Jambulat berkata dia telah dihantar untuk mengumpul informasi dari ISIS. Jambulat juga memberitahu dia dilahirkan di Kazakhstan, yang mungkin menjadi sebab kenapa kanak-kanak dari Kazahstan dipilih untuk menjalankan hukuman menembak mati kedua-dua ejen ini.

Perisik kedua pula, Ashimov Sergey Nikolayavich, berkata dia bekerja di agensi perisikan Rusia. Meurut Nikolayavich, dia telah dihantar untuk mengesan dan membunuh salah seorang dari pemimpin ISIS.

Kelibat kanak-kanak dari Kazakhstan tersebut mula kelihatan pada minit 5:47 dimana dia kelihatan memakai baju berwarna hitam sambil memegang sepucuk pistol. Beberapa minit kemudian, kanak-kanak itu melepaskan beberapa das tembakan kearah perisik-perisik Rusia terbabit.

Kanak-kanak lelaki tersebut sebelum ini pernah tampil di dalam satu video ISIS yang memaparkan askar kanak-kanaknya yang sedang berlatih di Kazakhstan.

sumber : Siakapkeli

TAOTAUAJER : Video ini mula disebarkan oleh Al-Hayat Media, media rasmi kumpulan ISIS, dan kini telah menjadi viral di media sosial dan menjadi topik perbincangan hangat di internet.

- - -
TAOTAUAJER - Pasukan Badan Mencari dan Menyelamat Indonesia, SAR, mengesahkah bahawa objek yang ditemui oleh kapal pencari dan penyelamat Geo Survey adalah bahagian ekor pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang sejak 28 Disember lalu. 


Detik.com melaporkan bahawa Ketua BASARNAS Bambang Soelistyo dalam satu sidang media pada Rabu berkata huruf A,X dan tulisan ‘Air’ pada objek ditemui menyakinkan BASARNAS bahawa ia adalah serpihan ekor pesawat.

“Saya diberitahu pada jam 10 pagi kemudian saya mengarahkan mereka untuk ambil foto serpihan berkenaan. 10:30 pagi laporan dan gambar tiba. "Hasilnya, kita dapati ada tulisan A,X dan tulisan ‘Air’. Dapat saya sahkan ini adalah bahagian ekor pesawat”, kata Bambang di ibu pejabat BASARNAS di Jakarta Pusat pada Rabu.


Dalam sidang media tersebut, Bambang turut menunjukkan foto objek yang ditemui serta perbandingan dengan pesawat sebenar AirAsia. Foto objek tersebut dirakam oleh penyelam SAR dari kapal GeoSurvey yang menemuinya pada jam 5 pagi. Ia berukuran panjang 10 meter, lebar lima meter dan tinggi tiga meter. Posisinya dilaporkan menjunam ke laut. Metro TV Indonesia turut menyiarkan gambar yang dikatakan ekor pesawat terbabit. -Awani


- - -
TAOTAUAJER - Selepas fenomena banjir besar melanda negara nampaknya satu lagi berita yang kurang baik diterima dimana rakyat Malaysia dinasihatkan supaya bersedia untuk menghadapi fenomena cuaca sejuk luar biasa dalam tempoh terdekat seperti yang berlaku di negara ini pada Januari tahun lalu.


Fenomena ini dikatakan bakal dirasai oleh negeri-negeri disebelah Pantai Timur semenanjung Malaysia yang baru saja menghadapi bencana banjir besar yang menyebabkan kerugian hampir Rm1 billion untuk negeri Kelantan sahaja.

Keratan KOSMO!

Pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad berkata, fenomena itu bakal melanda negara ini disebabkan dunia berdepan dengan perubahan cuaca secara menyeluruh.

“Ketika ini cuaca sejuk melampau berlaku di Siberia, Rusia. Tiupan udara bertekanan udara tinggi dari Siberia itu bergerak ke China dan akan membawa cuaca sejuk memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia sepanjang musim Monsun Timur Laut.

“Justeru, adalah tidak mustahil fenomena cuaca sejuk ini bakal melanda negara sekali lagi dalam jangka waktu tertentu sebelum musim monsun itu berakhir pada Mac nanti,” ujar Shaharuddin yang dipetik akhbar KOSMO!

- - - -
TAOTAUAJER - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Malaysia Airlines (MAS) dan Malaysia serta Air Asia bukan pihak yang patut dipersalahkan ekoran kehilangan pesawat MH370, tetapi menurut beliau, "seseorang sedang menyembunyikan sesuatu."


Tanpa menyebut siapa seseorang itu, bagi beliau, dengan alasan tertentu, media tidak akan menyiarkan apa-apa melibatkan Boeing yang menjadi pembuat pesawat ini dan juga Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika.
Dr Mahathir berkata demikian dalam kolumnya Chedet.

Kenyataan Dr Mahathir ini membangkitkan teori baru konspirasi tentang kehilangan pesawat yang mendapat fokus seluruh dunia ini.

Sebelum ini, ketika Malaysia menghadapi krisis kewangan, Dr Mahathir juga mempunyai teorinya sendiri apabila mendakwa George Soros menyebabkan mata wang Malaysia jatuh merudum.

Dalam kes ini, Dr Mahathir berkata, apa yang naik pasti akan turun.
"Mereka boleh mendarat dengan selamat atau terhempas.

"Tetapi kapal terbang tidak boleh hilang begitu saja," tulis Dr Mahathir merujuk kepada kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu yang kini sudah hampir setahun hilang.

Bagi beliau, adalah membuang masa mencari serpihan pesawat atau minyak yang tumpah atau “ping” daripada kotak hitam.

"Ia nampaknya bukan kemalangan luar biasa selepas kehabisan minyak.

"Pesawat ini ada di satu tempat, boleh jadi bukan lagi dengan logo MAS pada badannya," tulis Dr Mahathir, perdana menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat itu.

Beliau menuntut Boeing menjelaskan apa yang dinamakan sebagai "sistem pendaratan auto anti keganasan".
"Saya tidak boleh bayangkan pilot mendaratkan pesawat ini di lautan yang bergelora dan tenggelam secara senyap bersama pesawat itu," kata Dr Mahathir.

- -
TAOTAUAJER - Terletak di mindanao di Filipina, sebuah sungai yang jenih dan indah, sering menjadi pusat riadah orang ramai yang di panggil "enchated river" kerana misteri sungai ini aliran airnya tanpa sumber (tanpa hulu sungai) dan dikatakan juga sungai ini tanpa dasar.


Menambahkan lagi misterinya, ada ketika musimnya kelihatan banyak ikan-ikan yang bermain di dalam sungai ini, ketika musim lainnya semua ikan ini akan hilang entah kemana. Itulah antara sebab kenapa sungai ini di berikan nama "enchated river".


Sebenarnya sungai ini mempunyai dasar di bahagian lainnya tetapi ada Gua besar di bawah tanah yang menjadi sumber air yang entah dari mana. Beberapa penyelam pernah melakukan selaman untuk mengetahui punca sungai ini tetapi gagal untuk menyelam lebih dalam kerana gua semakin sempit dan terus ke dalam perut bumi dan itulah antara sebab mengapa sungai ini di gelar sungai tanpa dasar.


TAOTAUAJER : Maksud tanpa dasar itu ialah gua yang dikatanya sumber aliran sungai yang tidak di ketahui pangkalnya dan akhirnya di sebut sungai tanpa dasar


- - - - - -
TAOTAUAJER - Zionis Israel berusaha menanamkan pokok ghargad, pohon Yahudi di tanah yang berjaya mereka rebut dari Bangsa Palestin. Ini juga sebagai penanda akhir zaman.


Dan sebaliknya, ketika Mujahidin Palestin berjaya melawan sehingga tentera Zionis berundur, mujahidin segera menebang pohon ghargad dan menggantikannya dengan pohon zaitun, pohon lambang perdamaian. Dan jika tanah itu direbut lagi oleh Zionis, maka Zionis akan mencabut kembali pohon zaitun dan menanam kembali ghargad.

"Kalau kita berada di Palestin dan melihat banyak pokok ghargad, itu bermakna kita sedang berada di tanah yang dijajah Zionis. Tapi bila banyak terdapat pokok zaitun, kita bermakna ada di wilayah Palestin yang dipertahankan HAMAS, "ujar doktor sahabatku itu.

Zionis-Israel ternyata sangat bercita-cita tinggi menanami seluruh bumi Palestin dengan pohon ghargad ini.Telah lama mereka mempromosikan ke seluruh dunia untuk membeli pokok ghargad dan menanamnya di Palestin. Lucunya, terdapat harga diskaun untuk pembelian pakej tertentu. Projek ini dinamakan "Trees for Israel" (http://www.jnf.org/support/tree-planting-center/). Setiap orang yang menyokong dan bersimpati pada Zionis-Israel digalakkan agar membeli pakej pohon ghargad melalui online, memilih sistem pengirimannya, dan menyumbangkan pohon-pohon itu untuk ditanam di Bumi Palestin.

Harga satu pokok 18 Dollar AS. Jika beli tiga pokok cukup membayar dua pokok. Jika beli lima pohon, cukup bayar hanya empat pokok. Dan hebatnya disediakan sijil dari Jewish National Fund (JNF) sebagai tanda penghargaan kepada penyumbang.

Dalam ruang "Pentingnya Menanam Pohon di Israel" dinyatakan:
"Usaha penanaman pokok di Israel adalah yang sangat baik untuk menunjukkan kepedulian anda. Anda boleh menanam pokok untuk pelbagai kepentingan dan sekaligus menghijaukan Tanah Israel, dengan menghantar hadiah khusus untuk rakan atau orang yang dicintai. Untuk setiap pesanan, sebuah sijil indah yang boleh anda pilih sendiri akan dihantar ke penerima dengan mesej peribadi sesuai permintaan anda. Tanamlah pohon untuk berbagai kesempatan seperti: perayaan kelahiran, Bar atau Bat Mitzvah, acara wisuda, perkahwinan, ulang tahun, doa untuk lekas sembuh dari penyakit, atau pun untuk mengenang seseorang yang istimewa bagi anda tentunya. Selama 100 tahun terakhir, Jewish National Fund (JNF) telah menanam lebih dari 250 juta pokok di seluruh tanah Israel. "

Zionis Diam-Diam Meyakini Hadis Akhir Zaman

Tanda-tanda akhir zaman salah satunya adalah diperanginya kaum Yahudi oleh kaum muslimin. Dari Abu Hurairah, Rasul saw bersabda:
"Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum muslimin akan membunuh mereka sampai-sampai setiap orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, tetapi batu dan pohon itu berkata, 'wahai kaum muslimin, wahai hamba Allah ada orang Yahudi di belakangku , marilah dan bunuhlah dia. 'Kecuali (pohon) Gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi. "(Riwayat Muslim VII / 188, Bukhari IV / 51, Lu'lu wa al-Marjan III / 308)
Bagaimana pokok ghargad itu? Imam an-Nawawi berkata,
"Gharqad adalah sejenis pohon berduri yang dikenal di negeri Baitul Maqdis (Palestin). Disanalah Dajjal dan Yahudi (akan) dibunuh (yakni oleh Nabi Isa dan kaum Muslimin). "

Dengan adanya projek penghijauan dengan menanam seluruh Bumi Palestin dengan pohon ghargad, maka hal itu menunjukka jika sesungguhnya kaum Zionis Yahudi itu percaya dengan hadis hari akhir Rasulullah saw. Ini memang sifat mereka, yang iman pada sebahagian kitab Allah, namun ingkar di sebahagian yang lain. Projek penghijauan ini merupakan Perang Pohon berskala global, kerana siapa pun yang menyokong atau bersimpati pada Zionis-Israel di seluruh muka bumi, boleh membeli lalu menyumbangkan pokok-pokok pelindung Yahudi ini dan menanaminya di Bumi Palestin. 


- - -
TAOTAUAJER - Pastinya anda semua sudah baca al kisah Pendedahan MISTERI Lokasi Pesawat MH370 Setelah 2 Penumpang Askar Ukraine yang ditulis oleh sharifah sofea. Dan ramai juga yang bertanya dan mempertikaikan adakah betul apa yang diceritakan itu?


Okay.. bila baca post pasal misteri lokasi pesawat MH370 yang dituliskan oleh  sharifah sofea tu macam best jer kan.. nampak cantik jer susunan ayat dye..  betul ker cerita dia tu? ok ni tao nak kongsikan hasil daripada selidikan blog malaysiamilitarypower terhadap artikel pendedahan misteri lokasi pesawat MH370 tu...

Ok first thing first : PERISIK TIDAK MENGAKU DIRINYA PERISIK, dalam keadaan apa sekali pun hatta nyawa dihujung mata pedang tiada satu maklumat yang akan diserahkannya kepada musuh. Itu rule of thumb perisikan. Jadi kalau ada orang mengaku dia perisik, dia ada contact dengan agensi perisikan itu ini, nampak sangat lah membohongnya. Kakak sharifah ni statusnya sangat vague. Mulanya mengaku pramugari MAS, tiba2 ada title kapten (pramugari dan kapten adalah dua rank berbeza dan bukan mudah pramugari untuk jadi Kapten pesawat melainkan dengan membohong) then tiba-tiba ada title TENGKU?

identitinya yang kelabu asap sudah memberikan saya indikasi yang dia ini tidak lain tidak bukan menangguk di air keruh bila mana keluarga mangsa dan pasukan penyiasat dan pasukan pencarian bertungkus lumus cuba mendapatkan maklumat akan misteri kehilangan 370. Kebanyakan umum menganggap wujudnya muslihat melindungi sebaran maklumat..padahal dalam apa insiden berkaitan penerbangan mahupun maritim, memang masa yang diambil untuk menyiapkan laporan, menyiasat dan mengumpulkan maklumat serta bukti agak lama. Simple fact saya bagi, berapa lama masa yang diambil anda untuk tunggu laporan siasatan polis siap bila anda terlibat dalam kemalangan jalan raya?

2 minggu paling cepat kan. Lepas tu laporan siasatan akan dikeluarkan untuk tentukan siapa salah bagi tujuan insurance claim. Prinsip nya sama dengan mana-mana insiden kemalangan jiwa malah ia lebih komplikated bila berhadapan dengan insiden maritim atau insiden penerbangan dimana siasatan akan melibatkan agensi-agensi antarabangsa seperti ICAO (utk aviation) dan IMO serta agensi2 keselamatan pengangkutan dimana objektif utama mereka adalah untuk insiden tersebut tidak berulang dengan mengambil kira penambahbaikan pada let say pesawat dari segi perundangan dan peralatan.

Ok saya akan terus kepada maklumat radar yang kononnya kakak sofea ni kata diterima dari Thailand, Kazakhstand dan Turkmenistan.

1. Data Sulit Bukti Pesawat MH370 melalui radar udara thailand..

Paparan yang dikatakan dikatakan adalah paparan imejan radar pengawasan udara angkatan tentera Thailand sebenarnya adalah paparan radar maritim dimana bagi anda yang tidak pernah tahu memang akan percaya seratus peratus. Tetapi tidak bagi dikalangan professional yang terlibat dalam industri penerbangan mahupun perkapalan.


Kebanyakan mariners akan perasan yang ini bukan display radar pertahanan udara tetapi radar maritim yang digunakan kebanyakan kapal-kapal kargo diseluruh dunia.


Saya paparkan pada anda foto asal yang di crop oleh pihak tersebut yang kemudian mengatakan ia paparan radar pengawasan udara THAILAND...Jelas disini paparan radar pada foto asal menunjukkan yang ia adalah marine navigation radar yang kebiasaan wujud dan digunakan diatas kapal...bukan air search radar atau air surveillance radar seperti yang dicanangkan makcik tu. Paparan yang ditunjukkan pada foto sebenar ini adalah paparan radar bagi kawasan pesisiran pantai.

Maklumat media memang mengatakan yang Thailand ada membuat kenyataan yang mereka mengesan pesawat tersebut tetapi tiada maklumat paparan radar (konon rahsia) yang diberikan kepada mana-mana pihak, malah foto yg dikatakan maklumat dan data rahsia itu sebenarnya tiada kena mengena pun memberikan indikasi yang dia membohong.

2. Gambar didakwa peta pesawat dikesan sekitar 8:59 pagi.

Di dalam teori yang ditulis oleh sharifah sofea teori terbabit telah memaparkan satu peta yang mendakwa pesawat MH370 dikesan menuju ke Ukrain pada jam 8:59 pagi. Menurut penjelasan di dalam teori terbabit, peta tersebut adalah dari radar tentera Kazakhstan.


Gambar asal dari google earth yang di crop supaya menjadi lebih kecil dan di ubah warnanya menjadi sedikit gelap.




3. Paparan Radar Turkmenistan, yang dituliskan oleh Sharifah Sofea adalah aircraft navigation display..

Bukti yang disertakan di dalam posting penulis konspirasi ini adalah gambar yang didakwa radar tentera di Turkmenistan yang berjaya mengesan MH370 ketika di kawasan udara Singapura ketika menuju ke Ukrain.


Ini gambar asal yang telah diambil...


Ramai yang tidak pernah tengok aircraft navigation display, dan telah tertipu dengan radar Turkmenistan ini. Foto yang dikatakan paparan radar dan bukti pesawat MH370 berselindung disebalik pesawat Singapura tidak lain hanyalah aircraft navigation display yang kedapatan pada pesawat. Ia bukan radar. Ia adalah paparan navigasi dan ia adalah dua perkara yang berbeza. Malah lebih kelakar, apabila foto ini dikatakan datang dari radar pengawasan udara Turkmenistan.

Ok compare foto diatas dengan foto-foto ini:


Foto yang saya lampirkan adalah sebahagian dari paparan navigasi pesawat komersial, dimana foto pertama adalah paparan yang terdapat pada pesawat A380. Jelas ia bukanlah paparan radar pertahanan udara Turkmenistan kerana paparan radar pertahanan udara atau radar pengawasan udara adalah sengat berbeza dengan paparan informasi navigasi pesawat dan juga paparan radar maritim, Dan jelas sharifah yg dicanang sebagai hero anti yahudi, anti dajjal dan anti amerika itu sendiri merupakan penyebar fitnah yang saling tak tumpah dengan dajjal itu sendiri yang mengelirukan orang ramai.

Pasti ada yang akan bertanyakan rupa paparan radar pertahanan udara maka saya selitkan sekali foto-foto dari internet bagi memberikan anda idea perbezaan yang saya maksudkan.


Foto pertama menunjukkan radar pertahanan udara AN/FPS-117 yang digunakan Amerika Syarikat


Foto kedua menunjukkan sistem radar pertahanan udara yang digunakan Jerman


Jelas sekali lagi foto2 yang dikepilkan kami sangat berbeza dengan bukti kononnya maklumat radar yang diperkatakan Sharifah Sofea, menyanggah teorinya dan membuktikan maklumat yang diterima hanyalah rekaan dan palsu serta tidak kredible.

4. Paparan Foto X-ray Satelit adalah paparan Nightvision dan bukan pesawat komersil 

Jika anda rajin melayari internet dan cuba mencari maklumat berkenaan satelit xray, anda akan dapati yang satelit tersebut merupakan teleskop sinaran xray yang digunakan untuk mencerap sinaran-sinaran xray yang wujud diangkasa lepas. Satelit tersebut tidak wujud dalam inventori russia malah ia digunakan oleh kalangan ilmuan astronomi antarabangsa untuk mencerap angkasa lepas.


Kalangan plane spotter dengan mudah dapat mengenalpasti pesawat yang dikatakan MH370 dalam foto diatas sebagai pesawat AWACS E-3 Sentry, yang berada di atas tarmac dan bukan dibawah tanah dan foto tersebut bukanlah paparan sinaran xray tetapi paparan alat pandang malam atau nightvision.


Kita ulas dahulu pesawat yang kelihatan dari udara ini. Jika diperhatikan terdapat radome diatas fiuslaj pesawat tersebut, ia bukanlah pesawat awam tetapi pesawat tentera. Pesawat dengan radome amaran awal udara dipanggil AWACS dan jelas foto ini menunjukkan sebuah pesawat AWACS E-3 Sentry kegunaan USAF.Dibahagian kanan atas dan bawah 2 buah helikopter UH-60 Blackhawk yang digunakan secara meluas oleh angkatan tentera Amerika.

Tidak yakin.

Cuba bandingkan foto dibawah dengan foto kononnya pesawat MH370


Sekarang bandingkan ia dengan pesawat 777 yang hampir sama dengan MH370.


Anda bandingkan sendiri antara foto yang dikatakan pesawat MH370 yang berada dibawah tanah, pesawat AWACS E-3 Sentry dan pesawat B777. Dari pengamatan awal anda, anda akan dapati yang pesawat didalam foto berwana hijau itu tidak sama langsung dengan rupa bentuk B777 tetapi lebih tepat ia adalah E-3 Sentry.

Mengulas satelit xray, seperti yang saya katakan tadi tiada satelit xray yang berupaya mencerap keadaan dibawah tanah. Ia tidak wujud dan satelit teleskop xray hanya digunakan untuk cerapan objek angkasa lepas yang mengeluarkan sinar xray seperti PULSAR dan QUARSAR.

Jadi disini, wujud percanggahan fakta sebenar dan campur aduk fakta palsu yang mengelirukan orang ramai.

Foto yang dikatakan di ambil dari satelit xray itu sebenarnya adalah foto nightvision camera dari pesawat tanpa pemandu yang memantau keadaan persekitaran pangkalan udara USAF, menjelaskan kenapa fotonya berwarna hijau. Perkara mudah seperti imejan xray yang berwarna (seperti yang kedapatan di bilik xray hospital atau alat pengesanan kargo) dan paparan alat night vision yang berwarna hijau jelas membuktikan percanggahan dan pembohongan yang mengeksploitasi masyarakat umum yang kurang pengetahuan am.

Masih tidak dapat tangkap apa yang saya maksudkan.

Foto-foto ini akan menjalaskan dimana foto pertama merupakan imejan xray dari alat pengesan kontraban yang kedapatan meluas di lapangan terbang dan pos pemeriksaan sempadan. Jelas imejan xray ini tidak berwarna.


Foto ini merupakan imejan xray yang mengesan kontraban dimana ia tembus melepasi sturktur kenderaan dan memperlihatkan objek2 yang cuba disorokkan. Warna imejan ini kelabu, dan jika benar satelit xray digunakan (nama satelit tu pun dia tak bagi tau) maka imej yang terpapar perlulah kelihatan seperti diatas.


Tetapi foto yang mereka berikan berwarna hijau, signifikan dengan alat pandang malam dan menjelaskan dengan trampil yang foto yang dicanangkan itu bukanlah foto pesawat yang berada dibawah tanah kerana imejan alat pandang malam tidak menembusi objek, tetapi menerangi kawasan yang gelap.

Hasil dari pemerhatian rupabentuk pesawat yang bukan B-777 milik MAS juga jelas membuktikan yang kenyatan mengenai pesawat tersebut adalah palsu semata-mata dimana pesawat E-3 Sentry sudah pasti bukan pesawat awam tetapi pesawat tentera dan foto tersebut bukanlah foto pangkalan udara di Ukraine tetapi di Amerika Syarikat sendiri.

5. ELT bukanlah Suar Api


Agak mengejutkan apabila statement ELT adalah suar (api isyarat) ini keluar dari mulut so called kapten. Takkan kapten airlines tak tahu ELT tu apa?

Part ini memberikan indikasi jelas yang sharifah bukan airlines pilot malah bukan pramugari pun kerana tidak mengetahui apakah ELT yang merupakan alatan kecemasan paling penting sesebuah pesawat dan setiap krew perlu mengetahui cara pengendaliannya.

Untuk makluman pembaca, ELT bukan lah suar, bukan lah api isyarat kecemasan seperti yang diperkatakannya...kerana ia adalah alatan elektronik yang bermaksud EMERGENCY LOCATOR TRANSMITTER yang menghantar isyarat pada frekuensi 406 Mhz kepada gugusan satelit COSPAS SARSAT bagi menarik perhatian pasukan Rescue Coordination Center (RCC) yang mana pesawat mengalami keadaan kecemasan dan memerlukan bantuan. Isyarat terdiri dari radio callsign pesawat, kedudukan latitud dan longitud isyarat dipancarkan, masa dan jenis kecemasan yang dihadapi.

Jadi agak pelik jika penjelasan semudah ini tidak boleh diberikan, malah siap salah fakta lagi. And ramai pulak yang percaya si sharifah adalah kapten pesawat penumpang sedangkan penjelasan ELT pun kelaut.

Sah anda semua ramai yang sudah kena kencing kaw kaw.....

KESIMPULAN

kebanyakan fakta yang dikemukan page berkenaan adalah recycle dan reused facts dengan banyak percanggahan dan pengunaan bukti palsu dan cropped image bagi mensahihkan kenyataan mereka.

Agak terkilan ada statement yang dinyatakan, memberitahu penumpang dibuang-buang ketika pesawat ke Ukraine, jelas cuba mewujudkan sentimen dikalangan keluarga mangsa MH370 yang sehingga kini masih hilang dan usaha mencari terus dijalankan. Ramai dikalangan orang awam tidak faham proses penyiasatan insiden penerbangan mahupun insiden maritim yang mana pengumpulan bukti sahih dan bukan bukti tangkap muat memerlukan masa yang lama. Ini dapat dilihat dalam pelbagai kes kemalangan industri penerbangan dimana semua faktor perlu diambil kira, semua bukti perlu diteliti pihak penyiasatan yang dah tentu professional dan mempunyai pengalaman.

Orang kita (dan masyarakat luar surprisingly) terlalu taksub pada teori konspirasi. Kononnya ada tangan ghaib, kononnya permainan kuasa besar, kononnya agenda yahudi. Selit sikit dajjal, selit siki yahudi terus semua percaya tanpa ada inisiatif pun untuk menyiasat apakah benar kenyataan yang dibuat para konspirator-konspirator ini. Kita tidak terfikir yang mungkin maklumat yang disebarkan ini juga merupakan sebahagian fitnah dajjal.

Fakta yang dikemukan diatas telah secara tidak langsung menyanggah alledge evidence mereka yang kebanyakannya tak ada rupa bukti pun. Dengan mudah ia dipatahkan, malah setakat guna google map dan kemudian melabel ia bukti dari russia, bukti dari sana sini sebenarnya tidak membawa apa-apa signifikan pun melainkan page berkenaan secara tidak langsung berjaya menarik ribuan pembaca yang percaya tanpa usul periksa.

Sebab itu ilmu pengetahuan am penting, agar kita tidak mudah tertipu dengan scammers dan konspirator yang ada agenda tersendiri.

Anda mungkin akan kata tulisan saya ini didorong agenda Yahudi. Well terpulang kepada akal fikiran anda kerana saya berpegang kepada kebenaran yang tulen dan bukan kebenaran yang direka-reka dari penipuan.


TAOTAUAJER : Ok dengan bukti - bukti ini lagi jelas dan terang.. dimana  sharifah sofea ini adalah pereka cerita jer dalam isu kehilangan pesawat MH370 ni..


-