Breaking

Friday, April 3, 2015

TRAGIS! - Budak Perempuan Maut Jatuh Dari Tingkat 2 Kenanga Wholesale City (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - MALANG tidak berbau.. seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan maut akibat terjatuh dari tingkat dua, Kompleks Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur petang tadi.


Kejadian itu menggemparkan pengunjung pusat beli-belah berkenaan dan menjadi bualan hangat netizen apabila gambar berkaitan dikongsi di laman sosial.


Rata-rata menzahirkan rasa simpati namun pada masa sama ada yang mempersoalkan bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
"Siasatan awal mendapati kanak-kanak terbabit di bawa oleh ibu bapanya ke kompleks beli belah itu sebelum jatuh dari tingkat dua hingga ke aras bawah tempat meletak kenderaan," katanya dalam satu kenyataan media.

Difahamkan kanak-kanak malang berkenaan terlebih dulu bermain di kawasan sekitar eskalator sebelum terjatuh dari ketinggian lima tingkat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Saksikan pula Video rakaman kejadian Budak Perempuan Maut Jatuh Dari Tingkat 2 Kenanga Wholesale City di bawah ini..

VIDEO RAKAMAN Budak Perempuan Maut Jatuh Dari Tingkat 2 Kenanga Wholesale City.Tadi Admin ada siarkan gambar anak...
Posted by TAOTAUAJER on Friday, 3 April 2015

TAOTAUAJER : Apa-apa pun, perkara telah pun berlaku dan semoga insiden ini dijadikan iktibar dan pengajaran buat para ibu bapa dalam menjaga anak-anak di mana jua anda berada.


Adbox