Breaking

Wednesday, April 8, 2015

PEMBONGKARAN! - Identiti Sebenar Wanita Misteri Dalam Helikopter Terhempas Didedahkan

TAOTAUAJER - Spekulasi mengenai wanita misteri yang berada dalam Helikopter Dauphin AS365 N2 terhempas di Semenyih Sabtu lalu, akhirnya terjawab.


Wanita yang dikenalpasti sebagai Aidena Braizieva itu berusia 25 tahun dan berasal dari Kyrgystan dikatakan datang ke Malaysia semenjak 2010 untuk menyambung pengajiannya di Universiti Sunway.

Aidena juga dikatakan rakan juruterbang helikopter berkenaan, Kapten Clifford William Fournier, pernah beberapa terbang bersama.

Difahamkan, mangsa menukar tempat pengajian dari Universiti Sunway ke Universiti Lim Kok Wing dan sekali lagi ke Kolej SEGI di ibu kota.

Aidena berjaya menamatkan pengajian peringkat diploma dalam bidang pelancongan di Kolej SEGI pada Oktober 2014.

Dalam satu sidang media di lokasi nahas hari ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Abu Samah Mat, berkata berdasarkan keterangan rakan dan siasatan di kediaman mangsa di Pantai Dalam, polis menemui bukti meyakinkan bahawa mangsa adalah kenalan kepada Clifford

Wanita tersebut menjadi bualan hangat dan menjadi bahan spekulasi akibat identitinya yang tidak diketahui sehinggalah ke hari ini  
Adbox