Breaking

Friday, April 3, 2015

OMG! - 10 Haiwan Merbahaya Ini Mungkin Tidur Bersama Anda Tanpa Sedar

TAOTAUAJER - Salah satu tempat yang terbaik di rumah mestilah di bilik tidur. Tidur, membaca, makan, banyak benda yang kita suka lakukan di situ. Namun, kita tidak tahu bahawa mungkin ada makhluk-makhluk kecil yang hidup atas katil bersama kita.


Kita mungkin tidak melihatnya tetapi sebahagian daripada makhluk ini boleh membahayakan kita, malah boleh menyebabkan kematian juga.

Video di bawah boleh memberikan beberapa maklumat tentang makhluk-makhluk tersebut.

10 Haiwan Merbahaya Ini Mungkin Tidur Bersama Anda Tanpa Sedar. Jangan ambik mudah, sebab haiwan2 ni boleh datangkan penyakit merbahaya dan menyebabkan kematian manusia. Jom tengok.
Posted by TAOTAUAJER on Tuesday, 31 March 2015

Haiwan-haiwan ini boleh menyebabkan bahaya besar kepada manusia. Mereka mungkin dalam bilangan kecil tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang boleh membawa kepada kematian.

Antaranya ialah Pepijat katil dan kutu yang hidup dengan menghisap darah manusia. Mereka boleh menyebabkan anemia (kurang darah). Hama habuk pula boleh menyebabkan asma dan alahan.

E.Coli dan MRSA adalah antara yang paling berbahaya. E.Coli boleh menyerang buah pinggang serta otak dan MRSA boleh menyebabkan jangkitan kulit dan juga lain-lain jenis pelbagai jangkitan yang boleh mengakibatkan kematian.

TAOTAUAJER : Cara terbaik untuk mengelakkan haiwan ini adalah dengan membersihkan tempat tidur anda. Pastikan kebersihan sentiasa terjaga setiap hari supaya anda boleh tidur dengan nyenyak. Selain itu, salah satu daripada sunnah nabi dimana kibaskan tempat tidur sebanyak 3 kali ke kanan ke kiri.


Adbox