Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

TAOTAUAJER - CHINA – Kerana sayangkan isteri yang sudah lama menderita akibat dengkurannya ketika tidur, seorang doktor sanggup membedah lidah sendiri.


Dr Zhang Xiangmin melakukan pembedahan menakjudkan dengan memasukkan dua gelung kecil di bawah lidahnya.


Kini selepas tiga bulan, Dr. Zhang menyifatkan pembedahan itu sebagai satu kejayaan.

“Pembedahan ini tidak akan menjejaskan percakapan dan fungsi lidah untuk makan selain ia selamat,’’katanya pada satu sidang media.

Beliau percaya masalah dengkur berlaku akibat apnoea iaitu saluran pernafasan di tekak tertutup berulang kali semasa tidur.

Apnoea juga merupakan faktor risiko kepada keadaan yang boleh menyebabkan masalah serangan jantung dan kadar kolestrol tinggi. 
sumber : Dailymail


- -
TAOTAUAJER - Sesetengah orang yang menyaksikan keadaan kedai yang musnah dalam satu kebakaran di Jeti Kuala Perlis semalam mungkin tak berasa apa-apa. Tapi bagi yang melihat hikmah di sebalik satu bencana, maka bingkai berisi kalimah ALLAH yang tidak terjejas memberikan ilham bahawa kejadian ini pasti ada hikmahnya.


Kebakaran memusnah keseluruhan barangan dalam kedai menyebabkan pemilik kedai mengalami kerugian beribu ringgit. Punca kebakaran masih disiasat.



 PERLIS: Dua buah kedai di Medan Selera berhampiran Jeti Kuala Perlis musnah dalam kebakaran.


Namun, dua bingkai gambar Kalimah Allah yang digantung dalam kedai terbabit tidak musnah berbanding dengan kotak besi yang melindungi tv, cair dan rosak dijilat api.


Subhanallah. Semoga peniaga-peniaga yang terlibat dapat menerima ujian ini dengan tabah. Insha Allah, ada hikmahnya semua kejadian ini.
SUMBER :  Mynewshub

TAOTAUAJER : Subhanallah, kadang kala ALLAH SWT menunjukkan kekuasaanNya kepada mereka yang mahu berfikir.....


- - -
TAOTAUAJER - Seorang penganggur yang cedera parah dipukul orang ramai kerana mencuri sebuah telefon bimbit milik seorang pemandu lori Jumaat lepas, meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam (HBM) pagi Ahad.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Rusli Mohd Noor berkata mangsa, Ooi Sim Guan, 38, mati pada pukul 12.40 pagi ini selepas kira-kira 36 jam tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di hospital berkenaan.

"Dalam kejadian pada pukul 2 petang Jumaat lepas, mangsa telah menahan sebuah lori di tepi jalan di Taman Sejahtera di sini dan memberitahu pemandu berkenaan dia ingin menumpang ke Bandar Bukit Mertajam.

"Pemandu lori berkenaan yang berusia 33 tahun yang sedang dalam perjalanan ke Kulim kemudian membenarkan mangsa menaiki lorinya namun selepas satu kilometer, mangsa memaklumkan ingin turun," katanya pada sidang akhbar di sini Ahad.


Beliau berkata selepas lelaki itu turun, pemandu lori berkenaan menyedari telefon bimbitnya yang diletakkan dalam tempat penyimpanan barang di bahagian penumpang telah hilang dan dia berpatah balik ke Taman Sejahtera untuk mencari lelaki terbabit.

"Pemandu lori itu menemui lelaki berkenaan di kawasan padang berhampiran rumah kedai dan berlaku pertengkaran antara mereka apabila telefon bimbit yang hilang ditemui bersama mangsa," katanya.

Rusli berkata berlaku pergelutan dan beberapa lelaki yang berada di kawasan itu turut memukul mangsa dan pada masa yang sama seorang individu bertindak merakam kejadian tersebut menerusi telefon bimbit yang kemudiannya memuat naik rakaman itu di laman sosial.

VIDEO VIRAL Pencuri Handphone Dibelasah Sehingga Mati Di Bukit Mertajam


Katanya susulan kejadian itu, polis menahan pemandu lori terbabit di sini bagi membantu siasatan.

"Kami juga sedang mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan dan saya minta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes itu menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak bertindak di luar batasan sehingga mencederakan orang lain biar pun mengesyaki mereka melakukan jenayah.

"Kita menghargai tindakan orang awam (yang mahu menangkap penjenayah), tetapi jangan bertindak sewenang-wenangnya sehingga melampaui undang-undang. Sepatutnya jika berlaku sebarang kejadian jenayah tangkap dan serah kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. - BERNAMA

TAOTAUAJER : Rasanya tak patut kott nak pukul sampai mati.. bukan nak kesian tetapi kita ada undang-undang , hantar kat balai pols sudah la. Nanti tak pasal-pasal pula yang si pukul di kenakan tindakan jugak.. tak tahu... ayooo..


- - -
TAOTAUAJER - Seorang lelaki sanggup membenarkan kakinya dipotong selepas dia terperangkap di celah batu di sebuah gunung selama lebih 50 jam. 


Tsenolo Shadrack Rasello berusaha mencari air di gunung Magaliesber di sini awal Jumaat lalu. Namun, selepas kakinya tersekat di celah batu, dia menelefon pasukan penyelamat dengan mengguna telefon bimbit. 

Mereka cuba menariknya keluar dengan memecahkan batu dan mengguna pelincir. Bagaimanapun, semalam, pasukan itu semakin bimbang mengenai kesihatan mangsa selepas dia terperangkap selama lebih 50 jam dan mengambil keputusan memotong kakinya.


Ketua pasukan penyelamat berkata, dia terpaksa menjelaskan kepada lelaki itu mengenai keputusan itu kerana sudah tidak ada jalan lain untuk menyelamatkannya. Bagaimanapun, Rasello, 26, memahami keadaan itu dan dilapor berkata: “Begini, jika anda perlu memotong kaki saya, potonglah, asalkan saya dapat keluar dari sini.”

TAOTAUAJER : Kalau korang nak tau kejadian itu hampir sama dengan peristiwa yang menimpa Aron Ralston yang memotong sendiri tangannya dengan pisau lipat selepas ia tersekat selama 127 jam di celah batu di Utah, Amerika Syarikat pada 2003.


- -
TAOTAUAJER -  POLIS di bandar Espanola, New Mexico berjaya merakamkan imej bergerak berwarna putih yang dipercayai 'roh' menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di jabatan itu.


Rakaman tersebut yang diambil Sabtu lalu memperlihatkan imej berwarna putih menyerupai manusia sedang bergerak di dalam balai polis itu.

Karl Romero, seorang pegawai polis yang bertugas pada waktu itu, melihat bayangan tersebut menerusi CCTV berjalan melalui pagar penjara.

Terkejut dengan apa yang dilihatnya, Karl bergegas melaporkan perkara itu kepada ketuanya.

"Pada awalnya, saya menyangka ia adalah lalat atau rama-rama, kemudian saya terlihat kaki dan ia menyerupai manusia. Ia bukan manusia tetapi hantu," katanya kepada sebuah stesen televisyen di Albuquerque.



- - - -
GAMBAR HIASAN
TAOTAUAJER - THESSALONIKI, GREECE Seorang penjaga kubur terkejut sebaik terdengar satu jeritan menakutkan datang dari sebuah kubur yang baharu sahaja ditanam pada hari tersebut.

Memetik laporan Metro.co.uk hari ini, pekerja tersebut yang ketakutan terus menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan kejadian tersebut.

Dia kemudiannya menggali semula kubur tersebut dan memecahkan keranda yang menempatkan seorang wanita yang telah meninggal dunia sebelum itu.

Namun difahamkan, mereka sudah terlambat dan wanita tersebut benar-benar mati kali ini.

Menurut laporan, wanita tersebut merupakan seorang pesakit kanser berusia 49 tahun dan dilaporkan telah meninggal dunia akibat penyakit yang dihadapinya.

Pihak berkuasa hari ini turut mengesahkan kejadian yang berlaku di Tanah Perkuburan Peraia.

Manakala doktor yang mengesahkan kematian wanita terbabit, Chrissi Matsikoudi memberitahu pemberita, wanita tersebut sudah lama meninggal dunia dan mustahil untuk dikebumikan secara hidup-hidup.

“Kami telah menjalankan pelbagai ujian ke atasnya termasuk ujian kegagalan hati ke atas wanita tersebut,” jelasnya lagi.

Polis setakat ini masih belum mendedahkan nama mangsa.

Dalam pada itu pihak keluarga wanita terbabit telah membuat laporan susulan daripada tindakan doktor yang mengesahkan kematian mangsa.


TAOTAUAJER - Tatkala kanak-kanak lain di seluruh dunia ketika umur 10 tahun masih merangkak untuk menuntut ilmu,seorang kanak-kanak di Syria ini sudah jadi pakar Bom. Sungguh hebat!


Seorang kanak-kanak yang berperang di sebalik konflik Syria. Kanak-kanak ini bernama Issa , baru 10 tahun!, jari-jari dan badan kecilnya, mengangkat mortar dan rangkaian peralatan senjata selama 10 jam sehari! .

Issa memasang mortar di kilang senjata yang dikendalikan tentera pemberontak di Aleppo, Syria. Issa mengiikut ayahnya menjadi pekerja yang memasang dan memperbaiki senjata, khususnya mortar beserta alat pelancarnya.



Sehari-hari ia bergaul dengan senjata di bengkel yang dimiliki pasukan pejuang di Syria. Bersama ayahnya yang menjadi pendukung pasukan pejuang, Issa bekerja rutin dari pagi hingga petang. Bila hari Jumaat ia memilih tinggal dirumah dan melangkahkan kakinya ke masjid untuk berdoa. 

TAOTAUAJER : Lihatlah.. bertapa beruntungnya kita yang duduk di dalam negara yang aman dan kehidupan kita jauh berbeza dari si kecil ini yang sudah memerah keringat di usia muda.


- - - -
TAOTAUAJER - Baru-baru ini tersebar beberapa gambar di aplikasi Whatsapp yang memaparkan gambar seorang wanita yang telah kehilangan tangan sebelah kanannya akibat di kelar oleh peragut.


Menurut deskripsi gambar tersebut, kejadian telah berlaku berdekatan stesen minyak Petron di Pasir Puteh, Kelantan. Kejadian dikatakan terjadi pada 27 September, 2 petang. Menurut sumber, mangsa adalah seorang pemilik kedai telur.

Selain itu, dinyatakan juga tangan wanita itu telah di tetak kerana peragut tersebut ingin mengambil gelang emas ditangan mangsa.

Memang gila betul perangai peragut nih. Tak ada perasaan belas kasihan langsung. Diharap pihak berkuasa berjaya menangkap si bangsat ini!



Kami memohon agar semua berhati-hati terutamanya bagi kaum wanita. Jika boleh, kurangkan membawa barangan yang boleh menarik perhatian peragut seperti barang kemas dan seumpamanya.

Sebolehnya, ketika berjalan di kawasan yang terdedah, pastikan anda tidak berjalan keseorangan. Lagi elok kalau yang temankan anda adalah seorang lelaki.  

Disini nak kongsikan Tips Elak Diragut
1. Jika berjalan kaki ikut arus kenderaan yang bertentangan supaya boleh nampak jika ada sebarang keadaaan yang mencurigakan.
2. Rapatkan beg ke badan dan pegang erat dengan kedua-dua tangan sekali gus menunjukkan tanda dalam keadaan berhati-hati.
3. Bawa dompet kecil yang diletakkan di dalam kocek ketika keluar berjalan-jalan.
4. Usah letak dompet atau beg tangan atas meja ketika makan di kedai.
5. Elak pakai barang kemas yang boleh dilihat dengan jelas oleh peragut.
6. Tidak sesuai diletakkan beg tangan dalam bakul motosikal.

TAOTAUAJER : Nampak tak betapa taksubnya kepada emas... tahu la harga emas mahal sekarang nie, boleh buat keuntungan dengan emas. Kepada makcik-makcik diluarsana jangan la nak tayang sangat emas di tangan atau leher tu.. silap-silap leher pon putus disebabkan emas.


- - - -
TAOTAUAJER - Kira-kira 40 pengapit diperlukan bagi mengangkat gaun pengantin sepanjang 4.8 kilometer yang dipakai oleh seorang pengantin perempuan yang melangsungkan hari bahagianya baru-baru ini. Kalau sebelum ini gaun pengantin terpanjang pernah direkodkan di Romania dengan kepanjangan mencecah 2.97 km


Menurut laporan Metro.co.uk gaun pengantin yang seberat 50 kilogram yang dipakai oleh Jeng Mei yang berasal dari Chengdu, China.

Difahamkan, dia dan suaminya berhasrat memecahkan rekod dunia dengan memakai gaun pengantin terpanjang.


“Kami akan menghubungi World Guinness Record untuk mendapatkan pengikitirafan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu menurut suaminya, Yuan pula, baju pengantin tersebut dianggarkan bernilai £4000 (RM21, 277). 


-
TAOTAUAJER - DOKTOR sebuah hospital terkejut apabila mendapati tubuh seorang lelaki dipenuhi cacing akibat pengambilan makanan Jepun, sushi di Guangdong, China.


Penyakit pelik yang menimpa lelaki tersebut dikesan selepas dia mengadu mengalami kegatalan pada kulit dan sakit perut yang tidak sembuh.

Hasil imbasan doktor mendapati, setiap ruang tubuh badan lelaki terbabit dipenuhi cacing yang berpetonsi menjadi pembunuh dalam tempoh terdekat.



Kenapa umat islam diharamkan makan babi? Semoga info ini berguna buat semua....✪ LIKE Jika Suka,SHARE Jika Bermanfaat ✪
Posted by Koleksi Menarik Kehebatan Keajaiban Keindahan Kuasa Allah on Wednesday, 2 July 2014


Kewujudan cacing itu dipercayai berpunca daripada pemgambilan sejenis makanan Jepun iaitu sashimi – kepingan ikan mentah yang dianggap makanan terbaik di negara matahari terbit itu.

Pemeriksaan awal doktor mendapati, cacing itu kini membiak dengan pantas dan menganggu usus pesakit.

Berikutan itu, doktor akan berusaha mengawal pembiakan cacing selain membunuhnya dalam tempoh terdekat bagi memastikan sistem organ pesakit tidak terancam.
SUMBER : DailyMail

TAOTAUAJER : Omg.. memang menggelikan.. buat pengatahuan korang sashimi adalah makanan istimewa Jepun yang terdiri daripada daging mentah yang segar atau ikan dihiris menjadi kepingan nipis. Apabila benda yang dimakan tersebut tidak dimasak sebab itulah cacing-cacing ini masuk terus kedalam badan dan membiak.


- - -