Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

TAOTAUAJER - Gambar berikut ini adalah gambar yang diambil oleh beberapa satelit Wahana Luar Angkasa Amerika Syarikat, NASA, tepat diatas Benua Afrika bahagian utara dan Eropah.  Nampak lampu-lampu masih menyala di bahagian Bumi yang masih gelap ...

Bahagian atas eropah barat, boleh nampak pulau UK dan Ireland.. bawah afrika nampak morocco

Setelah pelbagai usaha dilakukan oleh para saintis dengan menggunakan satelit dan komputer dua tahun yang lalu, mereka berjaya mendapatkan gambar yang menunjukkan kawasan antara siang dan malam dibumi.

Perhatikan gambar di atas yang mengkagumkan ini yang memperlihatkan malam dan siang sekaligus.

Gambar tersebut diambil ketika waktu fajar. Mereka menjumpai ada garis lembut yang memisahkan antara siang dan malam tersebut. Kenyataan ini telah disebutkan dalam Al Quran sejak 14 abad yang lalu.


Gambar ini pula memberikan gambaran yang menakjubkan tentang fenomena "bercampurnya" antara siang dan malam. Ada benang yang sangat tipis yang memisahkan malam dan siang di sempadan antara keduanya. Fenomena yang membuat kagum para saintis. Dan tidak ada bahasa yang sesuai untuk menggambarkan fenomena unik ini kecuali firman Allah Ta'ala:

ذلك بأن الله يولج الليل في النهار ويولج النهار في الليل وأن الله سميع بصير * ذلك بأن الله هو الحق وأن ما يدعون من دونه هو الباطل وأن الله هو العلي الكبير

"Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah (berkuasa) memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan bahwasannya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Kuasa Allah) yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah, Dia-lah (Tuhan) Yang haq dan sesungguhnya apa saja yang mereka seru selain Allah, itulah yang batil , dan sesungguhnya Allah, Dia-lah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar ". [QS. Al Hajj ayat 61-62] Subhana_Llah ...

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah tentang garis pemisah ini:

Yang bermaksud: ‘dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar’. (Surah Al-Baqarah ayat 187)

TAOTAUAJER : Subhanallah, setiap kejadian di-alam ini adalah dengan Ketetapan dan Kehendak Allah belaka, ianya sesuatu yang amat menakjubkan bagi kita hamba hambaNya, yang serba kekurangan serta ilmu yang hanya sedikit...............Wallahua'lam.


- - -
TAOTAUAJER - Sepertimana yang tao bagi tau sebelum ini dimana rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan juraian hujan meteor daripada Komet 209P/Linear pada 23 dan 24 Mei ini.


Iaitu pada hari ini dan esok, rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan juraian hujan meteor daripada Komet 209P/Linear dan Agensi Angkasa Negara Angkasa) menyatakan kira-kira 100 hingga 400 meteor sejam dapat dilihat dengan mata kasar pada malam ini.  Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan juraian hujan meteor buruj Camelopardalis bermula pukul 8 malam ini.

Pegawai penyelidik Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Mohammed Redzuan Tahar bagaimanapun berkata, waktu yang tepat bagi melihat juraian meteor tersebut tidak dapat dipastikan.

Hujan meteor itu boleh dilihat di kawasan yang kurang mengalami pencemaran cahaya dan bergantung kepada keadaan cuaca langit malam kawasan itu.

Selain itu, kebarangkalian untuk menyaksikan meteor itu berkurangan sedikit kerana terdapat bulan sabit tua yang akan terbit kira-kira 3 pagi pada hari ini dan esok.

Justeru itu, orang ramai yang ingin melihat hujan meteor disaran berbuat demikian sebelum bulan terbit iaitu sebelum 3 pagi kedua-dua hari berkenaan.

Disini teradapat satu info berkenaan lokasi dicadangkan bagi melihat juraian meteor di sekitar Klang Valley


Cara melihat hujan meteor

Tiada alat yang diperlukan untuk melihat hujan meteor ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah mencari ruang terbuka dengan pencemaran cahaya yang minimum, mencari dan menunggu untuk hujan meteor muncul. Ia boleh muncul dari mana-mana arah tetapi ahli-ahli astronomi antarabangsa meramalkan bahawa lebih tahi bintang akan dilihat dari langit utara. Adalah lebih baik untuk berbaring, jadi mencari tempat yang selesa jauh dari sumber cahaya buatan, di mana pandangan langit itu tidak dihalang oleh bangunan atau pokok-pokok.

Lokasi Untuk Melihat Juraian Meteor

“Peluang untuk melihat hujan meteor dari Kuala Lumpur adalah sangat tipis, melainkan jika tahi bintang itu sangat terang. Tempat yang paling hampir dengan Lembah Klang untuk melihat atau mengambil gambar yang baik hujan meteor adalah Bukit Fraser atau Bukit Tinggi di Pahang, dan mereka yang tinggal di pinggir ibu kota seperti Sekinchan, Kuala Selangor, Klang, Rawang dan Ulu Yam boleh mencuba nasib mereka untuk melihat hujan meteor ini.
sumber : Astroawani, Angkasa

TAOTAUAJER : Amacam? sekiranya berkesempatan atau ada masa yang terluang boleh la jenguk-kenguk di luar rumah dan perhatikan di langit untuk menyaksikan juraian meteor yang jarang-jarang kali kita dapat lihat.


- - -
TAOTAUAJER - Pastinyer korang semua dah tau dimana kedatangan 2 ekor panda iaitu Fu Wa dan Feng Yi telah selamat tiba ke Malaysia dan di tempatkan di Zoo Negara. Apa yang menjadi buah mulut orang adalah dalam jangkamasa penjagaan 10 tahun panda tersebut, Malaysia perlu membayar kepada China sekitar RM3 juta kepada China setiap tahun untuk membela haiwan berkenaan.


Dibawah ini adalah pandangan

1. Ada juga yang pertikai apsal sampai guna RM60 juta untuk panda? Kan lebih baik bina sekolah dan hospital. (Orang Malaysia ni balik-balik bina sekolah, bina hospital. Bila PIBG mintak derma nak baik pulih sekolah, bukan main liat.)

2. Ada benda kita boleh nilai dari segi wang ringgit. Ada perkara lebih berharga daripada untung rugi. Tapi kalau nak kira ringgit juga, mari kita tengok fakta-fakta berikut:

- Panda di National Zoo Washington DC disewa RM3.3 juta setahun iaitu RM33 juta 10 tahun. Tetapi untung bersih daripada penjualan barangan cenderahati panda sahaja adalah RM3.85 juta setahun.

- Panda di Zoo Toronto menyumbang kepada 10% peningkatan keahlian zoo dan juga pertambahan 300 ribu pengunjung setahun. Ini sahaja memberikan pulangan RM10 juta setahun.

- Zoo Edinburgh merekodkan jualan tiket melebihi 50% dari biasa sejak kedatangan panda. Jumlah pendapatan triple dari RM27 juta kepada RM81 juta setahun.

- Zoo Atlanta kena melobi kerajaan China selama 12 tahun untuk dapatkan panda dan Zoo San Diego kena belanja RM16 juta bagi kempen dapatkan panda. Malaysia? Tak payah melobi atau kempen, China yang tawarkan atas menghargai 40 tahun persahabatan Malaysia dan China.

3. Kalau ikut perkiraan Zoo Negara, jumlah pengunjung akan meingkat sebanyak 500 ribu setahun. Kalau Zoo Negara kenakan bayaran RM2 seorang, dah RM1 juta setahun pendapatan.

4. Ini tak dicampur dengan jualan cenderamata yang konfem anak-anak akan nangis-nangis mintak mak ayah belikan. Nanti kat luar Zoo Negara mesti ada brader-brader yang jual cenderamata panda yang 'unofficial'. Ini pun bagi mereka pendapatan.

5. Tak kira lagi syarikat-syarikat dan organisasi yang sanggup 'sewa' panda tu untuk tujuan pengiklanan atau branding. Fujifilm pernah bayar RM500 ribu kepada Zoo Atlanta hanya untuk sebuah kempen. Bayangkan panda ni disewa ISMA atau DAP untuk kempen anti perkauman dengan tagline 'Saya putih, hitam dan Asia tetapi semua orang suka saya'.

6. Okey, itu dari segi aspek duit ringgit. Sebenarnya panda ni lebih penting daripada itu. Sekarang kita tahu rakyat China bukan main marah kat Malaysia selepas insiden MH370. MAS kena boikot, agensi perlancongan sana tak nak jual Malaysia kepada rakyat China dan keluarga mangsa siap nak saman negara.

7. Kedatangan panda ni perlu dilihat dari segi kos diplomasi. Ingat senang-senang ke China nak bagi pinjam haiwan yang hanya ada 47 ekor di seluruh dunia selain di China? Sebab itu ada terma 'Diplomasi Panda' bagi menggambarkan bagaimana haiwan ini digunakan untuk tujuan persahabatan di antara China dan negara lain.

8. Iyelah, dulu masa zaman Kesultanan Melaka, China datang bawak Hang Li Po. Sekarang takkan nak bagi makwe lawa. Itu dah dikira pemerdagangan manusia.

9- Kalau RM60 juta untuk 10 tahun dikira membazir, baik tanya kat kerajaan Selangor yang degil tak nak bina Loji Air Langat 2 sampaikan Kerajaan Pusat kena keluarkan duit RM760 juta bagi 11 projek mitigasi untuk elakkan kekurangan bekalan air dari 20010 hingga 2013. RM760 juta yang sebenarnya tak perlu dikeluarkan kalau kerajaan negeri setuju bagi bina Langat 2.

10- RM760 juta ni boleh beli 12 ekor panda atau bina sekolah, hospital, rumah, bagi kat fakir miskin, bayar saman rakyat, subsidi TNB, subsidi kahwin dan sebagainya.

11. Ada yang kata juga RM60 juta untuk panda, baiklah guna untuk pelihara spesis terancam macam Harimau dan Penyu. Betul. Tapi mana lagi baik, Keluarkan duit untuk pelihara atau keluarkan duit untuk dapatkan duit yang lagi banyak untuk pelihara? Untung Zoo Negara nanti sudah pastilah digunakan untuk meningkatkan fasiliti dan perkhidmatan seluruh kawasan Zoo tersebut, bukannya rumah Panda sahaja.

12- Kesimpulannya Panda adalah 'big business' untuk zoo, produk perlancongan, berpotensi untuk dikomersilkan kepada korporat dan paling penting ia adalah lambang persahabatan dua negara.

13. Engkorang pun ada yang belikan kucing beribu-ribu kat makwe atas lambang kasih sayang, apsal tak kata je kat pakwe korang duit tu elok buat sekolah?
SUMBER : mymediahubonline 

TAOTAUAJER : Sebenarnya bukan hanya di Malaysia ye. Di negara2 lain juga ada yang menjalankan usahasama PANDA dengan negara CHINA. Manfaat yang diperolehi adalah pelaburan dari kerajaan China dan hubungan perniagaan pada masa akan datang. Namun, mentaliti rakyat di mana-mana negara sekalipun tak jauh berbeza dari mentaliti rakyat di negara nieh.


- - -
TAOTAUAJER - Tidur sememangnya sangat diperlukan oleh manusia untuk merehatkan diri setelah penat bekerja seharian. Tanpa rehat atau tidur yang cukup, badan kita akan letih dan tidak bermaya. Oleh itu, tidur amat penting dalam kehidupan seharian. Posisi atau cara tidur juga penting untuk merehatkan badan dengan betul.

Antara posisi – posisi tidur yang biasa ialah seperti tidur secara mengiring, terlentang, meniarap dan sebagainya.. Tapi tahukah anda tidur secara meniarap ini adalah dilarang oleh Nabi Muhammad Saw?

Dari Abu Dzar ra., beliau mengatakan,

“Suatu hari Nabi saw. sedang berjalan melewatiku ketika itu aku tidur secara meniarap atau tengkurap. Maka baginda membangunkanku menggunakan kakinya dan berkata, “Hai Junaidib (panggilan Abu Dzar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka.” (HR. Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah ra., beliau berkata; Rasulullah saw. pernah melihat ada seseorang yang berbaring di atas perutnya (meniarap/tengkurap), maka baginda berkata, “Sesungguhnya cara berbaring seperti ini dibenci oleh Allah.” (HR. Tirmidzi)

Habis tu apabkah tidur yang palig afdal ? Okay.. kita ikut tidur cara Nabi Muhammad S.A.W

Ibn Qaiyim merumuskan bahawa Nabi SAW tidak tidur dalam kekenyangan. Beliau berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.

Nabi Muhammad SAW suka tidur mengiring ke sebelah kanan. Baginda SAW tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Ucapan memuji Allah sering diucap pada bibir.

Saintis juga mengakui kedudukan tidur Nabi Muhammad SAW itu adalah model terbaik. Ia mampu memberi kesan kepada kesihatan badan. Tidur cara Nabi Muhammad SAW mampu merehatkan badan dan menjaga kesihatan tulang leher.

Pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan semasa tidur, iaitu mengiring dengan meluruskan tulang belakang atau menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokkan tulang leher.

Anak Rasulullah SAW, Fatimah pernah menemui ayahandanya untuk meminta tawanan perang sebagai pembantu rumah kerana penat melakukan tugasan rumah tangga, tetapi tidak dipenuhi Baginda.

Sebaliknya, Baginda SAW mengajarkan mereka cara lebih baik daripada itu, iaitu mengamalkan zikir pada waktu hendak tidur dengan membaca pujian bagi Allah (subhanallah sebanyak 33 kali) diikuti Alhamdulillah dan Allahuakbar.
Itu adalah cara tidur sebaiknya diamalkan sambil berzikir memohon kebaikan serta kesejahteraan daripada Allah. Cara lain ialah membaca surah digalakkan seperti al-Fatihah, ayat Kursi, tiga ‘Kul’ dan doa sebelum tidur bagi mengelak gangguan.
TAOTAUAJER : Rasanya tak ramai yang tahu sebenarnya tidur dalam keadaan ini adalah dilarang kerana ia  adalah cara berbaring penghuni neraka. Ingat tu.. tapi kalau dah dalam keadaan tidak sedar, tidur lesak sampai meniarap tu kira tak sengaja okay kot.



- - - - - -
TAOTAUAJER - Owhh.. ini memang kejam, kejadian yang berlaku di Manila, Filipina apabila seorang pembantu rumah Filipina parah selepas didera majikan hanya kerana secawan kopi.


Fatma, 23, melecur teruk di badan dan kaki selepas disimbah air panas oleh majikannya, warga Arab Saudi di Riyadh. Mangsa kemudiannya ditinggalkan enam jam dalam keadaan parah sebelum menerima rawatan.


Ketika di hospital, mangsa meminta menghubungi sepupunya bagi mendapatkan pertolongan daripada Kedutaan Filipina. Sejurus sepupunya tiba, dia memuat naik gambar kecederaan mangsa ke laman Facebook hingga mencetuskan kemarahan penduduk negara itu.

Difahamkan, Fatma juga mendakwa tidak diberi makan dan sering dipukul oleh majikannya, dipetik dari laporan ABS-CBN News.

TAOTAUAJER : Giller ah.. oleh kerana secawan kopi , tak pasal-pasal terpaksa mengharungi kesakitan melecur di simbah air panas. Kejam..kejam... tak sangka kejam sungguh warga Arab Saudi.


-
TAOTAUAJER - Astagfirullah.. sungguh menyayat hati apabila satu kejadian kemalangan yang berlaku di sabah melibatkan seorang kanak-kanak tadika balik dari sekolah.


Difahamkan kanak-kanak tersebut menaiki motor bersama ayahnya. Ayahnya letak anak dibelakang, anak dia tertidur ketika dalam perjalanan. Sedia maklum janganlah letak anak kecil dibelakang ketika menaiki motor.




- - - -
TAOTAUAJER - Pasangan panda gergasi dari China, Fengyi dan Fuwa, simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia-China, tiba di Kuala Lumpur hari ini bagi memulakan kehidupan baharu di perantauan selama 10 tahun.


Pasangan panda gergasi itu tiba melalui Kompleks MASKargo di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada jam 7.53 pagi dengan pesawat khas MASKargo Airbus 330-200 (MH6462) dari Chengdu, China.



Ketibaan dua ekor haiwan itu disambut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel dan Duta Besar China di Malaysia, Dr Huang Huikang.

Menjadi simbolik kepada sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik kedua-dua negara, pasangan panda itu dipinjamkan kerajaan China kepada Zoo Negara Malaysia bagi tempoh 10 tahun menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.

Melalui program perjanjian yang ditandatangani pada 2012 itu, Malaysia akan berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi panda gergasi, selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan.

Pasangan panda yang diberi nama Fuwa (jantan) dan Fengyi ( betina) itu dibawa ke Zoo Negara hari ini dan bakal dikuarantinkan kira-kira sebulan di tempat khas yang siap dibina.


Kanak-kanak beratur di sepanjang jalan di Zoo Negara bagi menyambut ketibaan Fu Wa (panda jantan) dan Feng Yi (panda betina) yang tiba di Zoo Negara di sini, hari ini

Ini pula adalah fakta menarik mengenai Panda Fu Wa dan Feng Yi


TAOTAUAJER : Penghantaran pasangan panda itu pada mulanya dijadual pada 16 April lalu, tetapi ditangguh, berikutan kerajaan China mahu menumpukan usahanya untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.


- -
TAOTAUAJER - Panda ialah haiwan yang indigenus di negara China dan ianya kini salah satu spesis haiwan terancam. Bagi menambahkan bilangan panda liar, kerajaan China membina Rizab Haiwan Liar Wolong, di provinsi Sichuan. Di rizab haiwan ini panda diternak didalam kurungan dan setakat ini program mereka berjaya melahirkan beberapa anak panda. 


Untuk memudahkan panda kembali ke habitat liar, penyelidik di Wolong cuba mengurangkan interaksi diantara manusia dan panda.Mereka memakai kostum panda sepanjang masa ketika memeriksa anak panda.

Tengok gambar-gambar di bawah ini sangat comel!


TAOTAUAJER : Cute jer kan.. pastin yer baby panda tu dapat merasakan panda-panda yang lain adalah ibu bapanya dan merasakan kasih sayang yang di curahkan. Buat pengatahuan pada 21/5/2014 Pasangan panda gergasi dari China, Fu Wa dan Feng Yi  sampai di Malaysia menerusi Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi Selama 10 Tahun. 


- - - - - -
TAOTAUAJER - PIRAMID Mesir merupakan antara tujuh keajaiban dunia. Namun jika menyebut mengenai piramid, ramai yang menyangka hanya Mesir sahaja memiliki monumen unik itu, yang diperbuat daripada batu padu dan dibina sebagai makam firaun. Piramid juga dipercayai adalah tangga yang digunakan oleh roh-roh firaun untuk menuju ke langit. Namun, tidak ramai yang mengetahui sebelum piramid di Mesir dibina, terdapat piramid yang lebih awal dibina iaitu di kawasan gurun di utara Sudan yang dipercayai dibina oleh penduduk Nubia di Afrika Utara.


Sudan merupakan tapak awal peradaban manusia. Jika dilihat daripada kronologi sejarah peradaban awal manusia, terdapat beberapa tamadun kecil pra-Firaun dibina di negara pertemuan dua Nil itu.


Piramid tertua yang dikenali sebagai Mereo, ditemukan berhampiran Sungai Nil yang dikatakan dibina kira-kira 300 tahun sebelum piramid di Mesir dibina. Sama seperti piramid-piramid di Mesir, piramid di Nubia juga dibangunkan sebagai makam diraja dan ratu. 


Monumen itu dipercayai menyimpan banyak warisan arkeologi yang tersembunyi. Penduduk Nubia membina lebih banyak piramid berbanding orang Mesir, tetapi saiznya jauh lebih kecil dan lebih curam berbanding piramid Mesir dan merupakan tugu dan makam untuk raja yang meninggal dunia. Kerajaan Nubia merupakan sebuah empayar yang makmur berdasarkan penemuan awal kawasan perkuburan yang tersusun berbentuk bulatan yang menempatkan sekitar 3,000 kubur yang ‘penghuninya’ kelihatan dikebumikan mengikut istiadat tersendiri.


Setiap mayat dikebumikan bersama-sama binatang peliharaan dan dilapik dengan kulit lembu yang telah diawetkan. Mayat-mayat itu kemudian diletakkan dalam keadaan seperti di dalam rahim ibu dengan tangan mereka diletakkan menutup muka. Penemuan itu menunjukkan penduduk Nubia memiliki tamadun yang tinggi. Ahli arkeologi beranggapan, pembangunan piramid Mereo dibuat dengan cara yang sistematik berdasarkan cara pembuatannya. Sehingga kini ahli arkeologi masih meneruskan kajian ke atas Piramid Mereo di Sudan dan bersedia untuk memperluaskan penyelidikan di kawasan tersebut. Kerajaan Qatar telah bersetuju membiayai projek itu dengan menyalurkan bantuan berjumlah AS$135 juta (RM435 juta) bagi meneroka sepenuhnya monumen tersebut yang dipercayai menyimpan banyak warisan tersebunyi.


Projek menaik taraf piramid itu, sekali gus dijangka merubah landskap Sudan sebagai tarikan pelancong baharu. Banyak lagi sejarah yang belum diterokai mengenai piramid di negara itu yang dipercayai menyimpan banyak cerita tersendiri. Sebelum ini, usaha-usaha penggalian hanya menggunakan cara tradisional oleh penduduk tempatan, termasuk menggunakan kereta sorong dan penyodok, sekali gus melambatkan proses-proses menaik taraf kawasan tersebut serta usaha menemui sisa monumen termasuk piramid dan kuil.

Kini, dengan pembiayaan tersebut, usaha untuk membongkar satu lagi sejarah dan tamadun yang lama tersimpan akan dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Penemuan itu kelak bakal memberi pengetahuan baharu kepada generasi akan datang tentang penduduk Nubia dan juga ‘cerita’ tentang peninggalan empayar silam yang pernah bertapak di bumi Sudan. Tahun lalu, hampir 600,000 pelancong asing melawat Sudan dan menjadikan kawasan perkuburan purba itu sebagai tarikan utama mereka.
SUMBER : Utusan


- - - - -