Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

TAOTAUAJER - Subhanllah, satu video memaparkan satu kejadian yang mengejutkan apabila air memancut-mancut keluar dari padang pasir dan membentuk anak sungai di rakamkan. Saksikan videonya di bawah ini..


Dalam video berdurasi 57 saat ini menunjukkan air terpancar keluar dari celah-celah batu di kawasan bukit tanah arab pada hari sabtu 22/2/14 jam 7.17 pagi. Negara Arab bakal menjadi padang rumput setelah sungai-sungai baru terhasil dari terbitan air tersebut.


Hal ini mengingatkan akan perkataan Nabi Muhammad saw 1400 tahun yang lalu.

 "Sesungguhnya kiamat tidak akan pernah terjadi sebelum tanah Arab kembali basah dan subur." (H.R. Muslim)

Saksikan Video Penemuan Air Memancut Keluar Dari Padang Pasir Arab ini

TAOTAUAJER : Subhanallah, apakah benar ini semua sudah berlaku.. kini tanah pasir yang gersang bakal di suburi dengan air yang mengalir. Dan akan di tumbuhi dengan tumbuh-tumbuhan seperti dulu kala. - Koleksi Kejadian Pelik dan Luar Biasa



- - - - -
TAOTAUAJER - Mercury, anak kucing yang kehilangan dua kaki hadapannya apabila putus terkena mesin rumput. Namun begitu ia tidak menghalangnya daripada mempunyai kehidupan yang baik. Jom sama-sama kita saksikan...




TAOTAUAJER : Comel jerkan kucing ni.. apabila di perlihatkan kejadian sebegini teringat pulak pada kucing yang di perlakukan dengan kejam di Malaysia ini iaitu Hero dimana kakinya di potong disebabkan mencuri ikan. Kini hero pun sudah mati.. Sebagai pengajaran berbuat baiklah kepada semua ciptaan Allah meskipun iainya hanyalah sekadar binatang.


- -
TAOTAUAJER - Kecewa dengan cinta, mungkin itulah sebab wanita ini nekad menyiat kulitnya demi menghilangkan tatu nama kekasihnya. Demi cinta yang di kecewakan wanita ini sanggup menyiat kulitnyer, memang dahsyat dan mengerikan.


Aksi nekad wanita ini dilakukan setelah ia mendapati bahawa bekas kekasihnya itu berlaku curang padanya. Wanita bernama Torz Reynolds ini mencari bukti bahawa kekasihnya, Stuart Chopper May mempunyai hubungan sulit dan dia mengikuti kekasih gelapnya ke negara bahagian Alaska, di Amerika Syarikat.

Kesal. Torz Reynolds kemudian mengambil sebuah pisau bedah dan mensiat kulit bertatokan sebuah tulisan 'Chopper Bitch'. Ia melakukannya dengan sangat hati - hati dan menghabiskan masa 1 jam setengah lamanya. Bukan saja mensiat kulit bahkan dia ingin menghantar potongan kulit bertatahkan tatu nama kekasihnya itu pada bekas kekasihnya.

Namun, Torz terkejut kerana ternyata Chopper masih tinggal di London. Ia pun akhirnya memasukkan cebisan kulit ke dalam balang dan memuat naiknya ke akaun Facebooknya.

Walaupun sudah melakukan aksi nekad tersebut, ternyata Chopper mendiamkan diri sahaja dan tidak pernah mengulas soal foto tersebut. "Chopper tidak pernah komen tentang itu. Lagipun ini hanya kulit, nanti juga sembuh lagi," kata Torz pasrah.


Tidak sedikit orang yang kesal dengan tindakan nekadnya itu, namun tidak sedikit pula yang menyokong apa yang dilakukan. Torz hanya tidak mahu bekas kekasihnya itu sewenang-wenangnya mempermainkan perasaan wanita, sehingga ia berharap gertakannya cukup berpengaruh.

SUMBER : Dailymail

TAOTAUAJER : Giller ngeri, berani sungguh wanita ini menyiat kulit tangannya untuk membuang tatoo yang terdapat tulisan nama kekasihnya yang curang itu. - Koleksi Ngeri


- - -
TAOTAUAJER - Seorang lelaki yang cuba berasmara dengan mayat selepas menggali kuburnya ditahan apabila tertidur dalam keranda bersama mayat itu.


Polis Kemboja semalam mengesahkan penahanan lelaki berusia 47 tahun itu yang dikenali sebagai Chin Chean.

Dia ditahan apabila penduduk kampung melihat kakinya terjulur keluar dari kubur seorang remaja perempuan. Penduduk kemudian memaklumkan perkara berkenaan kepada keluarga remaja itu.

Chin memberitahu polis, dia mula menggali kubur itu pada jam 10 malam, sehari selepas dia menghadiri acara pengebumian remaja perempuan berusia 17 tahun itu.

Akhbar Cambodia Daily melaporkan Chin mengakui dia cuba berasmara dengan mayat remaja itu, tetapi disebabkan kerandanya terlalu kecil menyebabkan dia tidak dapat berbuat demikian. Dia kemudian tertidur di atas mayat remaja itu.

“Penduduk melihat kakinya terjulur keluar dari kubur kira-kira jam 6 pagi sebelum memaklumkan kepada keluarga terbabit,” kata Keo Vutha, ketua polis kampung an Prey Poun, yang terletak 190 kilometer ke tenggara Phnom Penh. “Kami tidak pasti sama ada dia mengenali remaja itu ketika mangsa masih hidup,” katanya.
sumber : Mynewshub

TAOTAUAJER : Gila ke aper nak beromen dengan mayat, memang dah kemaruk seks agak nyer.. dengan orang hidup tak dapat.. dengan mayat pun boleh jadi. - Koleksi OMG!


- - - -
TAOTAUAJER - Bagi anda yang meminati perkara-perkara mistik dan seram, pastinya anda mengetahui apakah itu papan ouija.


Papan ouija dikatakan boleh memanggil roh orang yang sudah meninggal dunia dan berinteraksi dengannya menerusi huruf-huruf yang terdapat dalam papan tersebut.

Daripada video yang ingin kami kongsikan ini, dapat dilihat sebuah teddy bear berwarna putih yang diletakkan di atas almari kelihatan bergerak secara tiba-tiba semasa tiga sekawan ini sedang bermain ritual papan ouija tersebut.

Pada mulanya mereka tidak menyedari kejadian itu, namun apabila seorang daripada lelaki itu menyedari pergerakan teddy bear terbabit, mereka terus berhenti bermain dan mula memeriksa patung beruang itu.

Selepas itu, mereka bertiga menyambung kembali aktiviti yang tergendala dan tidak semena-mena ketiga-ketiga mereka terus bertempiaran lari apabila teddy bear itu sekali lagi bergerak secara tiba-tiba.



TAOTAUAJER : Peringatan! Islam melarang permainan ini kerana terdapat unsur-unsur khurafat, tahyul, penipuan dan lebih bahaya apabila permainan ini boleh menyebabkan seseorang itu menjadi syirik! - Koleksi Angker


- - -
TAOTAUAJER - Sungguh menjijikkan apabila terakamnya satu video seorang pekerja Pizza hut kencing di sinki restoran tersebut. Disebabkan oleh kejadian ini sebuah restoran Pizza Hut yang terletak di Mingo County, West Virginia, Amerika Syarikat terpaksa ditutup buat sementara waktu.


Sebaik rakaman CCTV perbuatan menjijikkan itu diketahui, restoran tersebut terus diarahkan tutup oleh jabatan kesihatan tempatan untuk menjalani pemeriksaan kebersihan dan kesihatan.

Hal ini kerana perbuatan itu dikhuatiri memberi kesan pada pengguna memandangkan sinki sama digunakan untuk mencuci peralatan yang digunakan untuk memasak makanan dan menghidangkannya pada pelanggan.

Pizza Hut Corporation mengesahkan, lelaki dalam video terbabit adalah Pengurus Daerah mereka yang telah dipecat serta merta kerana tidak mengikut standard operasi dan mencemarkan nama baik syarikat.

Bagaimanapun, jurucakap Pizza Hut turut menjelaskan bahawa perbuatan itu dilakukan selepas waktu operasi.



SUMBER : Mynewshub

TAOTAUAJER : Adoyai... ade gak orang yang macam nie, agakagak la kalau dah tak tahan nak kencing pun pergi la lari ke tandas. Ni dalam singki yang berkemungkinan orang akan guna untuk makanan atau peralatan memasak di premis ni pulak - Koleksi WTF!


- -
TAOTAUAJER - Setiap orang semestinya mahu pengakhiran hidupnya dalam keadaan baik. Khusnul khatimah. Namun bagaimanakah kita mahu mencapai khusnul khatimah jika kita masih tidak beramal dengan segala perintah Allah SWT. 


Pada 20 Feb 2014 , kita di kejutkan lagi dengan satu berita seorang hamba Allah SWT telah menghadap Ilahi dalam keadaan sedang bersolat. Sepertimana sebelum ini pada ogos tahun lepas di bangi seorang bilal meninggal sewaktu sujud dalam solatnya.


Pasir Mas: “Walaupun arwah penduduk negara jiran, namun dia selalu solat berjemaah di masjid ini. Saya terkejut arwah meninggal dunia ketika sedang solat di masjid ini.

“Saya lihat wajah arwah kelihatan tersenyum,” kata Samsuddin Yasin, 52, antara saksi seorang guru pondok meninggal dunia ketika solat Isyak pada rakaat pertama di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau lebih dikenali sebagai Masjid Beijing di Rantau Panjang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, Mahama Jehma, 56, dari Kampung Weng, Thailand berkunjung ke Rantau Panjang untuk membeli-belah dan solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan sebelum pulang ke kampungnya.

Ketika rakaat pertama, guru pondok itu rebah dan kemudian disahkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.

Samsuddin yang juga Setiausaha Ahli Jawatankuasa (AJK) Pengurusan masjid itu berkata, kejadian berlaku ketika kira-kira 60 jemaah sedang solat Isyak pada rakaat pertama sebelum dia terdengar bunyi seperti benda jatuh.
SUMBER : Hmetro

- -
TAOTAUAJER - Apa yang tertulis di dalam Al-Quran adalah benar sepertimana firman Allah, Fir'aun dan pengikut-pengikutnya ditenggelamkan  kerana  mendustakan ayat-ayat Tuhannya . Kini kebenaran ayat Al-Quran tersebut di buktikan apabila sebuah bandar di dalam air di temui selepas 1500 tahun.



Berdasarkan Firman Allah... 
“(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhannya maka Kami membinasakan mereka disebabkan dosa-dosanya dan Kami tenggelamkan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya; dan kesemuanya adalah orang-orang yang zalim.” (QS. Al Anfaal, 8: 54).
Ianya ditemui apabila sekumpulan arkeologi yang diketuai oleh seorang ahli arkeologi marin Perancis Franck Goddio terjumpa beberapa peninggalan, ia membawa mereka kepada salah satu penemuan terbesar dalam abad ke-21, iaitu bandar dalam air ini.

Penemuan itu berlaku apabila Goddio berusaha mencari kapal perang Napoleon dari 1798 Battle of the Nile, apabila dia telah dikalahkan oleh Nelson pada ketika itu, dan ianya telah membawa kepada penemuan ini. Pasukan Goddio telah disertai oleh Pusat Oxford bagi Maritim Arkeologi dan Jabatan Antikuiti Mesir telah menghasilkan pelbagai penemuan ini.

Diantara penemuannya adalah seperti patung dewa Hapi, patung granit merah ratu Ptolemy,dulang emas, Patung gangsa daripada dinasti ke-26 Firaun, Satu Lampu Purba dan berbagai penemuan lagi.

Penyelidik juga telah mendedahkan pelbagai artifak keagamaan di bandar tenggelam itu, termasuk ukiran batu 16 kaki dianggap telah menghiasi kuil pusat bandar dan sarcophagi batu kapur yang dipercayai mengandungi haiwan mumia.


TAOTAUAJER : Tetapi di sebalik semua keseronokan ke atas penggalian itu, satu misteri tentang Thonis-Heracleion kekal sebahagian besarnya tidak dapat diselesaikan: Mengapa sebenarnya ia tenggelam dan bagaimana kejadian ini berlaku? Inilah kebenaran yang telah tertulis di dalam Al-quran, hanya allah yang maha mengatahui segala-galanya. - Koleksi kebenaran al Quran dan Islam


- - - - - - -