Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

 TAOTAUAJER  - Rasulullah adalah seorang rasul sekaligus nabi terakhir pembawa ajaran agama Islam yang diyakini sebagai penyempurna dari ajaran-ajaran nabi yang terdahulu. Mungkin ramai tidak tahu dimana didunia ini terdapat beberapa bahagian anggota tubuh Nabi Muhammad disimpan dan dijaga dengan baik di beberapa lokasi tertentu di seluruh dunia.


Hanya hanya empat bahagian anggota tubuh Nabi Muhammad yang di simpan rapi dan terjaga iaitu janggut baginda, gigi baginda, bekas tapak kaki baginda dan rambut baginda.

Disini tao nak kongsikan kepada pembaca semua satu proses mengawet rambut junjungan besar Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W yang diadakan di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).


Seorang pengunjung melihat rambut baginda Nabi Muhammad S.A.W yang dipamerkan kepada orang ramai di rumah Shaikh Ahmad Al Khazraji di Abu Dhabi, UAE. Shaikh Ahmad adalah waris dari puak Khazraj, puak utama di Madinah ketika zaman baginda masih hidup.

KEPADA sesiapa yang bakal menonton video ini, anda kemungkinan adalah antara beberapa ribu atau ratus orang sahaja yang berkesempatan melihat proses ini yang cukup agung dan ia dilakukan dengan penuh ketelitian.




Proses ini dilakukan dengan begitu teliti oleh mereka yang dipilih kerana kepakaran dan kasih sayang kepada Nabi Muhammad sahaja yang berhak melakukan proses ini.

Helaian rambut baginda disimpan oleh Shaikh Ahmad Al Khazraji dan sesekali ia dipertunjukkan kepada orang awam di rumahnya supaya mereka dapat melihat anggota badan Nabi terakhir dalam sejarah kerasulan.

SUMBER : FB/Majlis Cinta Rasul
- - - - - - -
TAOTAUAJER - SYAHDU dan sedih apabila melihat foto apabila melihat foto di atas menunjukkan seorang kanak-kanak yang tidur di tengah-tengah antara pusara kedua ibu bapanya di Syria.


Ya Allah.. betapa kasihannya melihatkan nasib anak-anak di Syria yang kehilangan anggota keluarga khasnya ibu dan ayah ekoran peperangandalaman di negara itu.

Betapa kejam rejim Presiden Syria Bashar Al-Assad membunuh penduduk Syria yang tidak berdosa.Bukan sahaja ibu bapa, kanak-kanak yang tidak bernasib baik juga menjadi korban dek kerakusan manusia dalam mengekalkan kuasa mereka.

Foto kanak-kanak ini dimuatnaik melalui akaun Twitter @NotaUsrah dan ia telah diulang tweet sebanyak 162 kali oleh pengguna Twitter yang lain.


Kita di Malaysia bersyukur kerana ibu bapa masih ada ibu bapa dan masih sihat, kematian ibu bapa di Malaysia jika tidak kerana sakit atau pun kemalangan, tidaklah ada disebabkan peperangan.  

SUMBER : Mynewshub

TAOTAUAJER : Mudah-mudahan kanak-kanak ini akan menerima pembelaan dan dapat hidup dengan baik dengan pendidikan yang sempurna disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab dan masih berperikemanusiaan.


- -
TAOTAUAJER - Isnin lalu, ketika pembunuh masyarakat Islam Palestin, Ariel Sharon hendak dikebumikan, utara Israel telah mengalami gempa bumi berukuran 3.5 skala Richter



Di saat para pemimpin dan orang-orang kenamaan antarabangsa sedang memberi penghormatan terakhir kepada salah seorang pengasas negara Yahudi itu, penduduk utara Galilee melaporkan kepada Ynetnews.com bahawa gegaran itu mulai dapat dirasai sekitar waktu tengah hari.

Berita mengenai gempa bumi itu telah disahkan oleh Institut Geofizik Israel.

Masya’Allah… apakah itu petanda bumi tidak menerima Ariel Sharon dan bayangkan azab yang menanti pemimpin Yahudi lakhnatullah berkenaan.

” SAYA bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…” Itulah antara baris ayat Ariel Sharon.

Namun di hari pengebumiannya, bumi bergegar … tahulah nasib kau sekarang kan.

Pemimpin Yahudi yang digelar sebagai ‘Penyembelih Beirut’ itu koma selepas diserang strok dan pendarahan otak pada 4 Januari 2006 semasa berkempen untuk partinya menjelang pilihan raya umum di Israel.

Sharon yang merupakan seorang bekas jeneral menjadi Perdana Menteri Israel dari tahun 2001 hingga 2006 terkenal kerana kekejamannya yang dikutuk oleh masyarakat antarabangsa berhubung pembunuhan beramai-ramai orang Islam di Beirut, Lebanon.

Pada tahun 1982, Sharon yang menjadi Menteri Pertahanan Israel ketika itu mengarahkan beberapa kumpulan militia Kristian Lebanon untuk membunuh pelarian Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di Beirut.

Ketika itu, tentera Israel menceroboh sebahagian Lebanon untuk mengusir pejuang Pertubuhan Pembebasan Palestin.

Menurut beberapa sumber Palestin, antara 3,000 hingga 3,500 orang termasuk wanita mengandung, bayi dan kanak-kanak dibunuh kejam dalam pembunuhan beramai-ramai tersebut.

Beribu-ribu pelarian turut diseksa dan dirogol dalam kekejaman tersebut yang berlaku selama tiga hari pada 16 September 1986.

SUMBER : Mynewshub

TAOTAUAJER : Demikianlah perjalanan Hukum Kebenaran dan Keadilan. Alam seakan-akan menolak kehadiran Ariel Sharon di perut bumi Allah sewaktu ia hendak dikebumikan sehinggakan berlaku gempa bumi di Utara Israel. Hukuman Allah tetap berjalan.

- - - - -
TAOTAUAJER - Aitzaz Hasan seorang pelajar pakistan telah di sanjung tinggi dan telah menjadi HERO di sekolahnya. Kenapa dan apa yang dilakukannya?


Aitzaz Hasan terjumpa seorang pengebom di luar sekolahnya. Dan dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya dan kemudian pengebom itu telah meletupkan bomnya yang hanya membunuh mereka berdua daripada membunuh ratusan yang lain dari sekolah Aitzaz.


Bapa Aitzaz menyatakan yang kematiaan serta keberanian anaknya telah membuat ibunya menangis tetapi itu lebih baik daripada membuat ratusan ibu di luar sana yang menangis kerana kehilangan anak mereka. Kini semua budak di sekolah Aitzaz itu tekad untuk ke sekolah selalu dan tidak takut dengan Taliban bagi menghormati rakan mereka yang telah selamatkan hidup mereka.

 

TAOTAUAJER : Besar pengorbanannya.. mengorbankan diri sendiri daripada ramai yang bakal terkorban.  
-
TAOTAUAJER - Semasa perang Vietnam, Amerika Syarikat telah meninggalkan banyak Tangki Jet Pejuang di negara itu. Tangki luaran adalah sangat penting untuk pesawat tentera kerana ia memberikan bahan api untuk mengintegrasikan tangki dalaman dan memanjangkan jangkamasa penerbangan.


Meskipun walaupun mereka boleh refueled dengan kapal tangki udara, kapal terbang jet taktikal banyak bergantung kepada bahan api JP-8 yang dimuatkan pada tangki bahan bakar luaran. Walau bagaimanapun, tangki bahan api tambahan memberikan berat badan tambahan, seret tambahan, dan akan mengurangkan pengendalian pesawat.

Dengan itu, tangki ini semua dibuang dari jet pejuang selepas tangki itu habis minyak dari udara ke darat bagi meringankan lagi jet pejuang itu. 

Kini tangki minyak yang terbuang telah di manfaatkan oleh penduduk dengan menjadikan tangki tersebut sebagai sampan/ bot kecil.




SUMBER : viralnova.com 

TAOTAUAJER : Bijak! tangki yang terbuang di manfaatkan menjadi bot-bot kecil... banyak pulak tu. Habis perang, tangki minyak di tinggalkan dapat bot free. 


- - -
TAOTAUAJER - Antara berita yang menggemparkan penduduk Malaysia apabila mengundang kegusaran rakyat negeri ini selepas menerima ‘pesanan kecemasan’ yang disebarkan menerusi SMS yang mengingatkan pengguna agar berwaspada dan tidak mengambil makanan dalam tin yang dikilangkan dari Thailand kerana dicemari Human Immunodeficiency Virus (HIV). Benarkah?


SMS itu mendakwa kira-kira 200 pembawa virus HIV di Thailand telah diarahkan oleh ketua mereka untuk mencemarkan makanan dalam tin menggunakan darah mereka.

Malah, khabar angin itu dikuatkan lagi dengan pengesahan yang dibuat oleh Kerajaan Thailand.
SMS itu juga menyatakan bahawa beberapa orang telah dijangkiti selepas mengambil makanan dalam tin seperti longan, laici, rambutan dan mangga yang telah dialihkan dari pasar raya.

Jabatan Kesihatan Negeri menasihati rakyat Sarawak agar tidak panik dengan khabar angin tentang ma-kanan dalam tin yang dikilangkan dari Thailand tercemar.

Pengarahnya Datu Dr Zulkifli Jantan mengesahkan setakat ini pihaknya belum lagi menerima maklumat atau arahan berwaspada daripada Kementerian Kesihatan mengenai perkara itu.

“Disebabkan perkara ini, pengguna menjadi panik selepas mendengar khabar angin ini. “Sekiranya tidak ada apa-apa (selepas mendapatkan kesahihan) kami akan memaklumkan kepada orang ramai dengan segera,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada pihaknya telah menerima arahan daripada kementerian untuk mengharamkan pro-duk makanan dalam tin dari Thailand.


Mungkin ramai yang tak tahu dimana , kejadian penyebaran info berkaitan dengan makanan yang tercemar dengan HIV ini dikatakan berlaku pada tahun-tahun yang lepas iaitu pada tahun 2014, 2010, 2011 dan kali ini pulak pada tahun 2014.

Kalau korang nak tau ,
HIV tidak boleh hidup lama di luar badan. Walaupun sejumlah kecil darah yang dijangkiti HIV atau air mani adalah dimakan, pendedahan kepada haba udara, memasak, dan asid perut akan memusnahkan virus itu. Oleh itu, tiada risiko dijangkiti HIV yang berlaku daripada makan makanan.

Ini pula laporan dari CDC, iaitu Center for Disease Control and Prevention
Dimana,Tiada insiden makanan yang tercemar dengan darah atau air mani yang dijangkiti HIV telah dilaporkan ke CDC. Tambahan pula, CDC tidak menerima sebarang laporan jangkitan HIV akibat daripada memakan makanan, termasuk bahan perasa.

Korang jugak boleh ushar kat urbanlegends.about.com tentang kes-kes palsu seperti ini yang di keluarkan pada tahun-tahun yang lepas.

TAOTAUAJER : Di situ menyatakan penyebaran ini adalah sama sekali paslu dan tidak benar, Mungkin ada agenda yang ingin mencetuskan huru-hara di Malaysia. Sama-sama kita sebarkan artikel ini supaya tidak mendatangkan kegusaran dan panik. - Koleksi HOAX



- - - - - - -
TAOTAUAJER - Salamualaikum dan Salam maulidurrasul kepada semua umat islam.. sempena maulidur rasul pada 14 Januari 2014 baru-baru ini.. dikesempatan ini tao nak kongsikan kepada korang semua info akan 5 peristiwa ajaib yang mengiringi kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.


Kelahiran Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam merupakan anugerah besar. Ini kerana pada 40 tahun kemudian, beliau telah diutus menjadi Rasulullah yang bukan hanya menyelamatkan Jazirah Arab dari kejahiliyahan, tetapi juga menerangi seluruh dunia dengan Dinul Islam.

Tanda-tanda bahawa beliau adalah pilihan Allah telah nampak sejak beliau dilahirkan. Dimana, ada 5 peristiwa ajaib yang mengiringi kelahiran Nabi ini:

1. Penghancuran Pasukan Gajah



Tahun kelahiran Rasulullah dikenal sebagai Tahun Gajah. Sebab, 50 hari sebelum beliau dilahirkan berlakunya persitiwa ajaib. Dimana Ka’bah diselamatkan Allah dari serbuan pasukan gajah.

Adalah Abrahah Ash Shabbah Al Habsi, Raja Yaman, mendirikan gereja sangat besar di Shan’a. Ia berharap orang-orang Arab yang biasa berhaji ke Makkah akan mengalihkan perhatiannya ke sana. Nyatanya, gereja itu tidak mengusik daya tarik ka’bah.

Abrahah semakin marah ketika ada seseorang dari Bani Kinanah yang melumuri pusat kiblat gereja dengan kotoran. Ia pun kemudian menghimpun enam puluh ribu pasukan. Sebagai kenderaan, ia memilih gajah yang paling besar. Pun sebagian pasukannya menaiki gajah sehingga dikenal sebagai pasukan gajah.

Setibanya di Wadi Muhasshir, antara Muzdalifah dan Mina, tiba-tiba gajahnya menderum. Tak mau bangkit mendekati arah Ka’bah. Jika diarahkan ke arah lain, gajah itu mahu berjalan. Tetapi jika dicuba kembali diarahkan ke Ka’bah, gajah itu menderum lagi. 


Dalam keadaan demikian, Allah mengirimkan burung-burung Ababil yang menjatuhkan batu-batu panas menghancurkan mereka. Maka, selamatlah ka’bah. Dan tahun itu pun disebut sebagai tahun gajah.

2.  Keluarnya Cahaya saat Rasulullah Dilahirkan


Seluruh ulama sepakat bahawa Rasulullah dilahirkan pada hari Isnin bulan Rabi’ul Awal tahun Gajah. Namun mengenai tarikh tersebut terdapat perselisihan pendapat. Majoriti ulama berpendapat pada tarikh 12 Rabi’ul Awal. Sedangkan sebahagian lagi ulama termasuk Syaikh Shafiyurrahman Al Mubarakfury berpendapat bahawa 9 Rabi’ul Awal adalah tarikh sebenar Rasulullah dilahirkan.

Pada hari kelahiran Rasulullah terjadi sejumlah peristiwa ajaib. Diantaranya adalah keluarnya cahaya dari jalan kelahiran Rasulullah hingga menyinari istana-istana di Syam.

“Setelah bayiku keluar, aku melihat ada cahaya yang keluar dari rahimku, menyinari istana-istana di Syam,” kata ibunda Rasulullah, Aminah, seperti diriwayatkan Ibnu Sa’d dan dinukil Syaikh Shafiyurrahman Al Mubarakfury.
Menurut penulis Sirah Nabawiyah Rahiqul Makhtum ini, Imam Ahmad juga meriwayatkan dari Al Arbadh bin Sariyah yang isinya serupa dengan perkataan tersebut.

3. Runtuhnya 10 Balkon Istana Kisra

4. Padamnya Api yang Biasa Disembah Orang-orang Majusi

5. Runtuhnya beberapa Gereja di Sekitar Buhairah

Peristiwa ke-3 hingga ke-5 ini diriwayatkan oleh Al Baihaqi. “Sekalipun tidak diakui oleh Muhammad Al Ghazali,” kata Al Mubarakfury. Muhammad Al Ghazali adalah ulama Mesir penulis kitab Fiqhus Sirah.

Wallahu a’lam bish shawab. [Abu Nida]                                                       sumber : bersamadakwah.com

TAOTAUAJER : Salam maulidurrasul... mari kita bersama2 berselawat ke atas nabi muhammad S.A.W
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ  - Koleksi Artikel Islamiah



- - - - - -
TAOTAUAJER - Setelah lapan tahun koma, akhirnya manusia yang bertanggungjawab dalam tragedi pembunuhan sekurang-kurangnya 3,000 rakyat Palestine dalam tragedi Sabra-Shatila, Bekas Perdana Menteri Israel Ariel Sharon akhirnya menghembuskan nafas terakhir dan disahkan mati pada sabtu lepas (11/1/2014).


Sharon, selalu bertindak kejam yang telah banyak merosakkan bumi Palestin, mengalami koma sejak 2006. Berbagai penyakit bersarang di tubuh tokoh zionis itu mulai stroke, sakit jantung, hingga pendarahan otak. Terakhir, gagal ginjal disebut sebagai penyebab kematiannya.

Banyak pihak menilai, penderitaan panjang Sharon di akhir hayatnya adalah azab dunia karana ia telah banyak menumpahkan darah rakyat Palestin, terutama di Shabra dan Shatilla.


Ikuti kisah azab Sharon tidak di terima bumi selama 8 tahun dan di siksa didunia sebelum kematiannya
▬▬►SubhanaAllah! - Bumi Tak Terima Jasad Ariel Sharon, Jasad Membusuk Tapi Tidak Mati

Doktor di hospital yang merawat Sharon mengatakan bahawa tidak ada orang yang mengalami penderitaan lebih lama dari Sharon. Semenjak 1 Januari, keluarga Sharon telah menungguinya di hospital menyusul keadaan kritikal yang dialaminya. Doktor mengatakan sewaktu-waktu Sharon boleh meninggal, tetapi rupanya ia baru menghembuskan nafas terakhirnya setelah 11 hari mengalami sakaratul maut.

Pada 2 Januari lalu Para doktor di Hospital Tel Hashomer berkata, keadaan kesihatan Sharon semakin kritikal dan nyawa bekas presiden itu berada di dalam keadaan bahaya dan akan mati dalam masa empat hari. sila baca laporannya di bawah ini

Former Israeli Prime Minister Ariel Sharon dead at 85
Ariel Sharon, the former prime minister and ex-general who embodied Israel's military might, has died, Israeli radio and television announced on Saturday.

The 85-year-old Sharon had been in a coma at the Sheba Medical Center near Tel Aviv for eight years after suffering a stroke in 2006.

Despised by Arabs for his hardline policies, Sharon was respected by Israelis for his military prowess and patriotism.Sharon, Israel's controversial 11th prime minister, earned the nickname “The Bulldozer” early in his career because of his reputation for stopping at nothing.

By ignoring orders as a soldier, he turned defeat into victory over Egypt in the 1973 October War.

When then Gen. Sharon led his troops across the Suez Canal, encircling the Egyptian Third Army, he violated orders from the military’s Southern Command.

Later, Defense Minister Moshe Dayan called Sharon the hero of the war. But, he added, had Sharon failed, he could have faced a court martial.

As Israel’s defense minister in the 1982 war against the Palestinian Liberation Organization, Sharon sent the Israeli army all the way to Beirut, while being accused of misleading the cabinet about his true intentions.

This action led to his greatest humiliation and his other nickname, given to him by Arabs: “The Butcher.”

When members of a Lebanese-Christian paramilitary group known as Phalangists entered the Palestinian refugee camps of Sabra and Shatila in Beirut, Sharon's soldiers, responsible for security in the area, allowed them in and even evacuated the wounded. But they denied responsibility for what happened inside the camps, where the Phalangists massacred at least 800 Palestinian and Lebanese civilians over three days.

The Sabra-Shatila massacre, as it came to be known, was one of the bloodiest chapters in Lebanon's 14-year civil war.Israel's subsequent Kahan commission of inquiry found that Sharon should have anticipated what the Christian militants would do and thus established he bore "personal responsibility" for the massacre.

It recommended he be removed from the defense ministry, with the understanding that he would never hold that office again.

Instead, in 2001, he became prime minister.

As part of his election campaign in September 2000, Sharon, then leader of the opposition party, led a Jewish delegation to the Temple Mount, the holiest site in Judaism.

The Al-Aqsa Mosque is part of the compound that Jews call the Temple Mount and is considered the third holiest site in Islam.The visit, which was aimed at emphasizing the Jewish claim to the holy place, sparked outrage among the Palestinians who called it a deliberate provocation.

The day after Sharon’s visit, following Friday prayers, large riots broke out around the Old City of Jerusalem. In the following days, demonstrations erupted across the West Bank and Gaza.

Many mark Sharon’s visit to the Temple Mount as the start of the Second Intifada and the end of the peace process.

An estimated 3,000 Palestinians and 1,000 Israelis were killed in the violence that did not end until 2005.

The violent uprising marked Sharon’s time as prime minister. But the man who had been known as the greatest field commander in Israel's history, the champion of Jewish settlers and of expanding Israel's borders, stunned the nation by ordering the evacuation of every single Jewish settler from Gaza.

He had come to the conclusion that Israel could not have everything. To keep most of the West Bank it would have to give up Gaza and then negotiate peace with the Palestinians.

It was a total about-face for one of Israel's greatest right-wingers. But before he could continue with his plan, on Jan. 4, 2006, at the height of his political power, he was struck down by a massive stroke and remained in a coma until his death.

"He'll be remembered as the last of his generation of Israeli fighters and founders," Dedi Cohen, a 38-year-old lawyer, told Reuters in Tel Aviv.

"He was a bulldozer who got things done. I know he was controversial, but he had values. He stood for something. That's missing today," Cohen said.

His decision to pull out of Gaza was still considered controversial.
"As a prime minister he took a very brave step in leaving the (Gaza) settlements. He did something unexpected that was very surprising for a right-wing prime minister, for the better," Anat Harel, 25, a computer science student in the southern town of Ashkelon told Reuters.

But in the Gaza Strip, Sharon was still reviled by many Palestinians. "Ariel Sharon is going the same direction as other tyrants and criminals whose hands were covered in Palestinian blood," Hamas leader, Khalil al-Hayya, told Reuters.
And there was no sympathy either in the occupied West Bank. "He's a terrible person," said Rauf Ramia, a laborer from the Qalandia refugee camp.

Regardless of his differing legacies among Arabs and Israelis, Sharon will always be remembered as a man who obeyed nobody's rules but his own - NBCNews

Sementara itu, rakyat Palestin menyambut gembira berita kematian Sharon. Di Gaza, ungkapan syukur atas kematian pembunuh kejam rakyat Palestin itu.

TAOTAUAJER : Akhinya, mati jugak Ariel Sharon yang kejam ini.. semoga dia ke neraka hendakNya... atas kesalahan nyer membunuh orang islam yang tidak bersalah. - Koleksi Kisah Benar


- - - - - - - -
TAOTAUAJER - Air Terjun Niagara adalah salah satu air terjun yang terindah dan terunik. Alangkah mengejutkan apabila kini air terjun yang unik tersebut telah membeku di sebabkan oleh Polar Vortex, fenomena alam berupa aliran besar udara sejuk yang berputar di jarak puluhan ribu kaki di bawah atmosfera. Fenomena inilah yang menyebabkan sebahagian besar wilayah di Amerika membeku.


Niagara terletak di sempadan Amerika Syarikat dan Kanada yang sudah tersohor di kalangan pelancong kerana kemegahan air terjunnya. Kini air terjun setinggi 53 meter itu telah membeku dan airnya menjadi ais akibat terpaan angin dari kutub. Kini air terjunnya kelihatan seperti stalaktit dan stalakmit yang biasa boleh dijumpai di dalam gua.

Meskipun telah membeku, namun air sungai Niagara tetap mengalir sehingga menjadi tirai ais. Beberapa orang penduduk yang kuat melawan hawa dingin kelihatan berjalan-jalan di sekitar Niagara untuk menyaksikan pemandangan tak lazim tersebut.







TAOTAUAJER : Niagara membeku sepenuhnya setelah polar vortex bertiup selama 4 hari berturut-turut hingga mencatat 37 darjah Celsius bawah paras beku. Sehingga kini 21 orang di catatkan telah mati di sebabkan fenomena ini dan buat pengatahuan korang seseorang itu berisiko mati membeku hanya dalam beberapa minit jer kalau terdedah dengan kesejukan melampau sebegini. Subhanallah! - Koleksi Keindahan Alam


- - - - - - -
TAOTAUAJER - Kebiasaannya pulau adalah terbentuk dari aktiviti gunung berapi dan juga disebabkan oleh aktiviti tektonik yang menyebabkan kerak bumi naik dari dasar lautan. Lain ceritanya di Senegal apabila sebuah pulau unik terbentuk daripada himpunan kulit kerang.


Fadiouth pulau unik terbentuk dari kulit kerang berada di hujung Petite Cote, hamparan pantai di Senegal. Pulau ini dihubungkan oleh jambatan kayu sempit dengan sepanjang 400 meter dari Joal Fadiout ini, anda boleh pergi ke sebuah pulau yang seluruhnya terbentuk dari kulit kerang.


Keunikannya adalah seluruh bahagian Fadiouth benar-benar diterbentuk daripada cengkerang kerang laut. Di seluruh pulau kelihatan dengan jelas bekas cengkerang kerang, terhampar di jalanan hingga menjadi perhiasan rumah penduduk. Bahkan Fadiouth terkenal dengan kawasan kubur yang juga daripada cengkerang kerang.



Selama lebih dari 100 tahun penduduk Fadiouth menuai kerang dan mengambil isinya. Hasilnya cengkerang yang sudah tak terpakai dibuang hingga terkumpul membentuk sebuah pulau tersendiri. Tumpukan cengkerang kerang selama beratus-ratus tahun itu dijalin dengan akar pokok bakau, alang-alang dan Baobab raksasa hingga menjadi stabil.


 
 

TAOTAUAJER : Sungguh unik bukan, hanya daripada timbunan kerang akhirnya jadi sebuah pulau.. boleh la buat pepatah baru lepas nie 'simpan kulit kerang sikit-sikit , lama-lama jadi pulau ' hehee. Agak-agak korang dah berapa banyak kulit kerang yang mewujudkan pulau ini? - Koleksi Menarik


- - - -