Breaking

Monday, December 29, 2014

PEMBONGKARAN! - Makna Sebenar Yang Menakutkan Disebalik Jenama Monster (MESTI TAHU)

TAOTAUAJER - Sebuah video penjelasan mengenai jenama Monster telah menjadi viral dan popular di laman Youtube. Pasti ramai yang familiar dengan logo jenama Monster.. namun begitu apakah maksud disebalik logo MONSTER ini ? Jom ikuti pembongkaran ini...


Seorang wanita tampil mendedahkan dan menjelaskan secara terperinci maksud sebenar disebalik jenama Monster yang semakin popular dan didakwa mengancam pengganut agama Kristian.

Jenama Monster ini juga dilihat telah menular ke Malaysia terutamanya dalam sukan pemotoran. Jenama Monster ini seringkali ditemui dalam bentuk pelekat kereta dan motosikal. Tidak kurang juga, minuman jenama Monster juga dijual di pasaran selain dari keychain, buah rantai, baju dan pelbagai lagi produk jenama Monster di luar sana.

Walaupun pendedahan ini didedahkan untuk pengganut agama kristian, namun wajar juga untuk umat Islam mengambil tahu dan tidak menggunakan jenama ini lagi selepas membaca dan menonton pendedahan di bawah.

Makna di sebalik jenama dan minuman jenama Monster. Tengok untuk sekadar tahu saje ye. Ramai dah tampal sticker ni kat motor, kereta, etc.

Posted by TAOTAUAJER on Thursday, 25 December 2014
Menurut wanita di dalam video tersebut, jenama Monster yang kelihatan seperti huruf M sebenarnya bukan huruf. Jika diperhatikan dengan teliti, logo yang didakwa sebagai huruf M itu sebenarnya tidak pernah bersambung.

Dakwa wanita itu lagi, logo ‘M’ berkenaan di ambil dari abjad Hebrew (ibrani) yang membawa kepada angka 6. Jelas sekali menunjukkan bahawa logo ‘M’ yang digunakan oleh Monster itu adalah nombor syaitan, 666.

Tetapi apa yang lebih menarik adalah pada perkataan MONSTER. Dimana huruf ‘O’ yang digunakan didakwa berbentuk salib yang membuatkan pengguna mungkin menganggap jenama Monster adalah keluaran syarikat individu beragama Kristian.


Bagaimanapun, wanita terbabit mendakwa ia bukan syarikat milik orang Kristian, sekali gus mempersoalkan apa tujuan pengeluar jenama minum terbabit menggunakan logo salib di produk minuman mereka.

Menjelaskan lebih lanjut, logo terbabit bukanlah logo salib. Sebaliknya itu adalah logo salib dalam bentuk terbalik yang membawa kepada maksud Anti Christ. Dakwaan itu pula dikaitkan dengan penggunaan logo ‘M’ yang bermaksud 666, nombor syaitan.

Tambahnya lagi, slogan yang digunakan oleh jenama Monster, ‘Unleash The Beast’ juga telah menunjukkan dengan jelas bahawa jenama Monster dikeluarkan oleh golongan Anti Christ yang membawa kepada maksud sebenar, ‘Membebaskan Raksasa’ atau Membebaskan Dajjal.

“Sungguhpun logo ‘M’ bukan masalah di sini, tetapi anda tidak boleh menafikan penggunaan logo salib di dalam Monster. Jika anda minum, hujung minuman tin ini ke atas, logo salib tersebut akan menjadi terbalik dan menjadikan ia nampak jelas seperti logo Anti Christ,” dedahnya.

“Betapa bijaknya mereka (golongan Anti Christ) yang mahu merosakkan kehidupan pengganut agama Kristian,” katanya lagi.
SUMBER : MYMEDIAHUB 

TAOTAUAJER : Sebarkan kepada rakan-rakan muslim kita agar tidak menggunakan lagi jenama ini dan tidak terlibat dengan agenda jahat mana-mana pihak untuk menjatuhkan musuh mereka serta memesong akidah umat Islam.

Adbox