Breaking

Sunday, December 7, 2014

PELIK! - Doktor guna pam basikal dalam proses pembedahan

TAOTAUAJER - Sebuah negeri di India menghentikan prosedur pemandulan besar-besaran di sebuah kem kesihatan selepas mendapati doktor menggunakan pam basikal untuk mengembungkan abdomen pesakit bagi memudahkan pembedahan dijalankan.


Dr Mahesh Chandra Rout berkata, penggunaan pam basikal adalah perkara biasa di kawasan terpencil di negara itu yang tidak mempunyai peralatan perubatan yang mahal.

"Kaedah ini terbukti selamat dan ia merupakan alternatif mampu milik. Seramai 56 wanita telah menjalani pembedahan dan tidak ada sebab mengapa isu ini perlu diperbesarkan," katanya pada laporan Press TV.

Bagaimanapun, kenyataan Rout disangkal pegawai negeri India yang berpendapat penggunaan pam basikal boleh membahayakan pesakit dan doktor sepatutnya menggunakan karbon dioksida.

Sementara itu, pegawai kanan kesihatan Orissa, Arati Ahuja berkata, mulai sekarang prosedur pemandulan hanya akan dijalankan di hospital yang lengkap dengan kemudahan sesuai.
sumber : sinarharian

Adbox