Breaking

Monday, December 1, 2014

KEJAM! - Nur Syafiqah Di Toreh Muka Oleh Penyamun KEJAM (7 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Seorang wanita, Nur Syafiqah Lah, 22, ditoreh di wajah oleh seorang lelaki dalam satu kejadian di rumah mangsa petang semalam.


Lelaki itu bersama seorang lelaki lain dipercayai menceroboh masuk ke dalam rumahnya di Pasir Puteh, Kelantan, untuk menyamun. Nur Syafiqah di bawa ke biliknya oleh lelaki tersebut sebelum dipaksa menyerahkan telefon bimbitnya.

Lelaki itu dipercayai cuba merogol mangsa selepas itu namun dipanggil oleh rakannya keluar bilik. Ketika masuk ke dalam bilik, lelaki itu telah menoreh wajah mangsa dengan pisau.

Suspek kemudiannya keluar dari bilik untuk beredar setelah mengunci Nur Syafiqah, namun melarikan diri setelah mangsa menjerit meminta pertolongan di dalam bilik.

Turut berada di rumah ketika kejadian ialah ibu mangsa, Hat Tema Mat Zin, 58, dan adik perempuannya, Nur Shafatini, 18, yang sempat menyorok di bawah katil.


Mangsa mengalami luka pada bawah mata sebelah kanan dan luka kesan ditoreh pada pipi sebelah kiri.
Nur Shafiqah dan ibunya yang turut cedera dalam kejadian itu telah dihantar ke Hospital Tengku Anis bagi menerima rawatan dan akan dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kota Bharu untuk rawatan lanjut.

TAOTAUAJER : Zalim sungguh penyamun tu... nak samun, samun jer laaa.. Marilah bersama-sama mendoakan agar Nur Shafiqah cepat sembuh.

Adbox