Breaking

Thursday, October 30, 2014

SUBHANALLAH! - Mayat Bayi Lelaki Berbau Harum Walaupun Ditemui Dalam Tong Sampah..

TAOTAUAJER - Seorang penghuni sebuah kondominium mewah di Taman Melati telah terserempak dengan mayat bayi lelaki ketika mahu membuang bungkusan sampah di dalam tong itu. Mayat bayi berkenaan ditemui lebih kurang pukul 9.30 pagi semalam memetik laporan Harian Metro.


"Saya segera membuka tong sampah itu sebelum menemui mayat bayi yang baru dilahirkan. "Anehnya saya tidak menghidu bau busuk sebaik pembuka tong sampah itu dibuka. Sebaliknya mayat bayi itu berbau harum walaupun sudah mati dalam tempoh lebih 24 jam," katanya

Penghuni berkenaan segera memberitahu pengawal keselamatan di Kondominium mewah tersebut.

"Bayi itu berbau harum meskipun mayatnya ditutupi sampah-sarap. Saya segera menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu," kata seorang pengawal keselamatan sebuah kondominium mewah di Taman Melati di sini, yang menemui mayat bayi lelaki di dalam tong sampah.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi semalam, lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Santa, 40-an, hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan penghuni kediaman mewah itu.

TAOTAUAJER : subhanallah... jgn lah di buang kat tong sampah...letak lah kat masjid2 atau surau2 ke...ramai lg yg nak baby x dpt. Asalnya dari syurga... kembali pun ke syurga.... sadis.


Adbox