Breaking

Wednesday, October 8, 2014

SERIUS! - Gerhana bulan 'Berdarah' malam ini, Bagaimana ia Berlaku?

TAOTAUAJER - Tahukah anda yang malam ini bukan sahaja akan berlaku kejadian gerhana bulan penuh malah juga akan berlaku dua lagi kejadian lain iaitu penampahan Uranus dan juga Selenelion.


Fenomena gerhana bulan merah yang turut dikenali sebagai ‘Gerhana Bulan Berdarah’ terjadi apabila kedudukan Bumi terletak pada kedudukan sejajar di antara Matahari dan Bulan.

Ketika itu, bayang Bumi yang menutupi permukaan Bulan itu akan menghasilkan bias berwarna merah seakan warna darah. Kali terakhir fenomena ini berlaku adalah pada 15 April tahun ini.

Selain fenomena bulan berdarah, satu lagi fenomena di mana planet Uranus boleh dilihat dengan mata kasar bakal berlaku malam ini, lapor TribunJogja.com.

Terdapat dua faktor yang membolehkan penampakan planet tersebut iaitu jaraknya yang dekat dengan Bumi, serta keadaan gerhana itu sendiri.

Seorang sumber astrologi Indonesia menyatakan bahawa Uranus dijangka dapat dilihat sebagai sebuah titik kecil yang menyerupai bintang dengan cahaya samar bermagnitud +5.

Namun, detik tersebut agak singkat dan mereka yang terlatih sahaja berpeluang mengesannya di dada langit. Oleh kerana cahayanya samar, Uranus hanya dapat dikesan dengan mata kasar pada saat gerhana terjadi sepenuhnya.

Sebelum atau selepas detik itu, kelibat planet ketujuh dalam sistem cakerawala itu akan pudar dan menghilang.

Fenomena selenelion pula merujuk kepada kejadian kedua-dua Matahari dan bulan gerhana yang dapat dilihat serentak. Ia hanya boleh terjadi pada detik sebelum matahari terbit atau terbenam.

Secara ringkasnya, ia adalah fenomena apabila dua objek langit terpisah 180 darjah dari sudut pandang manusia di Bumi.

Pada waktu senja nanti, selenelion yang terjadi melibatkan Bulan dan Matahari. Ini bermakna Matahari akan disaksikan tepat di ufuk barat manakala Bulan pula di ufuk timur.

Masa yang tepat melihat gerhana bulan penuh petang ini

Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh pada waktu Maghrib malam ini. Penolong Pegawai Sains di Observatori Negara Langkawi (ONL), Agensi Angkasa Negara, Karzaman Ahmad berkata, gerhana bulan penuh tersebut berlaku apabila bulan melintasi bayang-bayang bumi. Menurutnya, gerhana pada malam ini akan bermula dengan fasa penuh umbra pada pukul 6.25 petang. “Kemuncak fasa gerhana bulan penuh berlaku pada pukul 6.54 petang dan dijangka tamat pada 7.24 malam. “Bulan akan mula keluar daripada bayang umbra bumi pada pukul 8.34 malam sebelum secara sepenuhnya pada pukul 9.33 malam,” katanya.

Saksikan video ini untuk penjelasan secara visual..


Adbox