Breaking

Sunday, October 12, 2014

GEMPAR! - Apabila Jejantas Lebuhraya Pasir Gudang Runtuh (17 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Sebuah jejantas di Lebuhraya Pasir Gudang bersebelahan Taman Kobena dilaporkan runtuh. Runtuhan kira-kira pukul 4.30 petang itu dipercayai bermula daripada bahagian bumbung jejantas.


Jika dilihat pada gambar, boleh dilihat ada kereta yang tersepit di bawah jejantas yang ranap itu. Kejadian telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Pengguna yang biasa menggunakan jalan terbabit diminta menggunakan jalan alternatif terlebih dalulu sementara tindakan selanjutnya dibuat oleh pihak berkuasa.


Balai Bomba Johor Bharu dalam kenyataannya berkata, seorang pemandu lori yang tersepit apabila kenderaannya dihempap runtuhan tersebut telah berjaya dikeluarkan dan mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan.


"Ketika penyelamatan dilakukan, didapati seorang lelaki iaitu pemandu lori telah tersepit dan dikeluarkan oleh anggota bomba. Mangsa telah pun dihantar ke hospital menggunakan ambulan," menurut kenyataan bomba itu lagi.

Adbox