Breaking

Tuesday, September 30, 2014

SERIUS! - Doktor Bedah Lidah Sendiri Elak Dengkur (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER - CHINA – Kerana sayangkan isteri yang sudah lama menderita akibat dengkurannya ketika tidur, seorang doktor sanggup membedah lidah sendiri.


Dr Zhang Xiangmin melakukan pembedahan menakjudkan dengan memasukkan dua gelung kecil di bawah lidahnya.


Kini selepas tiga bulan, Dr. Zhang menyifatkan pembedahan itu sebagai satu kejayaan.

“Pembedahan ini tidak akan menjejaskan percakapan dan fungsi lidah untuk makan selain ia selamat,’’katanya pada satu sidang media.

Beliau percaya masalah dengkur berlaku akibat apnoea iaitu saluran pernafasan di tekak tertutup berulang kali semasa tidur.

Apnoea juga merupakan faktor risiko kepada keadaan yang boleh menyebabkan masalah serangan jantung dan kadar kolestrol tinggi. 
sumber : Dailymail


Adbox