Breaking

Tuesday, March 25, 2014

TAUTAK? - Kedalaman Lautan Hindi 10 Kali KLCC Kian Mencabar Operasi SAR MH370 [VIDEO]

TAOTAUAJER - Malam semalam kita baru sahaja mendapat satu berita sedih yang di umumkan oleh YAB Perdana Menteri dimana telah mengesahkan #MH370 yang berlepas dari KLIA ke Beijing telah menuju ke arah Lautan Hindi dan terhempas di Selatan Lautan. Ikuti pautannya[ DI SINI ]


USAHA mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 merupakan satu misi yang amat sukar kerana keadaan lautan berkenaan yang selalunya bergelora selain ia merupakan laluan terpencil.

Kawasan lautan itu jarang dilalui oleh kapal dagang kerana keadaan perairan dan cuacanya yang selalu tidak menentu.

Sehingga kini operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan pesawat berkenaan diadakan dengan giat di sekitar kawasan itu yang juga berada dalam kawasan mencari di koridor selatan selain operasi SAR di koridor utara.

Sepertimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pesawat jenis Boeing 777-200ER itu dikatakan berada di Lautan Hindi semalam, maka untuk menemui bangkai pesawat jika ia terhempas juga amat mencabar sekali.

Kalau korang nak tau Lautan Hindi mempunyai purata kedalaman kira-kira 3.6km dan jika diibaratkan dengan ketinggian Menara Berkembar Petronas KLCC, kedalamannya merangkumi sepuluh kali Menara KLCC.



Bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj Al-Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu pula hanya berketinggian 829.8 meter.

Kedalaman purata lautan itu juga tidak dapat menyaingi ketinggian gunung tertinggi di benua Australia iaitu Gunung Kosciuszko di Taman Negara Kosciuszko di New South Wales, Australia.

Kini cabaran mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu semakin bertambah rumit dengan jangka hayat bateri kotak hitam itu kini hanya mempunyai masa lebih kurang dua minggu sahaja lagi untuk dikesan.

Menurut Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Industri dan Masyarakat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Rizal Arshad, kedalaman lautan Hindi yang mencecah 4000 meter membuatkan misi mencari menjadi semakin sukar.

Beliau membuat perbandingan dimana kedalaman Lautan Hindi adalah sembilan hingga sepuluh kali ganda daripada ketinggian Menara Berkembar Petronas iaitu 420 meter.

“Di sesetengah kawasan kedalamannya mencecah hingga 7000 meter. Kotak hitam itu kini mempunyai masa lebih kurang dua minggu untuk mengeluarkan isyarat sonar.

“Selain itu cabaran seterusnya ialah mengenal pasti lokasi. Kita tidak tahu dimana lokasinya dan dengan dengan Lautan Hindi yang bersifat dinamik dimana ia berubah menyukarkan lagi proses mencari,” kata Dr Rizal.

Beliau menambah, Lautan Hindi merupakan antara lautan yang kuat arusnya selain dasarnya yang kerap berubah.

Oleh itu menurut beliau jika kotak hitam tersebut bergerak atau dilitupi pasir di dasar laut, ia akan merencatkan isyarat yang boleh diberikan.

Selain itu, kekangan teknologi juga antara faktor yang memberi cabaran kepada pasukan mencari dan menyelamat meneruskan usaha mereka.

Lautan Hindi atau juga dikenali sebagai ‘Lonely Ocean’ amat jarang dikunjungi pedagang untuk belayar di kawasan tersebut.

Menurut Dr Rizal, rata-rata teknologi yang ada kini hanya boleh mengesan objek sedalam 500 meter sahaja dimana beliau mencerminkan Lautan Hindi sebagai lautan yang ‘ganas’.

“Isunya ialah menggunakan kapal untuk kita menggunakan teknologi sonar, iaitu tenaga bunyi untuk melakukan pemetaan di dasar laut. Kapal-kapal ini kebanyakkannya hanya boleh melakukan pemetaan pada kedalam 1000 meter sahaja,” katanya.

Sementara itu, beliau turut membuat perbandingan antara misi pencarian pesawat Air France 447 yang terhempas di lautan Atlantik pada 2009 dengan kehilangan MH370 dimana menurutnya ia amat berbeza.

“Kotak hitam tidak direka untuk menahan tekanan yang besar dalam lautan dengan kedalaman melebihi 4000 meter. Dalam kes Air France 447, mereka tahu lokasi pesawat itu terhempas, tetapi kita tidak tahu dimana MH370 berada.
SUMBER : Astroawani

Cabaran begini mungkin terpaksa dihadapi penyelamat dalam misi SAR. Doakan keselamatan penyelamat2 SAR dan MH370..#prayforMH370


TAOTAUAJERDengan serba sedikit keterangan ini agar kita semua dapat membayangkan bagaimana sukarnya langkah seterusnya yang akan dilalui semua pihak… termasuk kesabaran para keluarga penumpang yang pastikan mahu penutup kepada episod sedih ini dengan penemuan jasad orang tersayang dari dasar selatan Lautan Hindi.

Adbox