Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

TAOTAUAJER - Mungkin ada yang perasan dan ada yang tak perasan akan perubahan terhadap bumi kita. Kalau korang sedar keadaan cuaca tidak menentu dan bencana alam semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini dipercayai mempunyai kaitan dengan perubahan kecondongan paksi bumi. Sebelum ini juga tao ada bagi tau pada tahun 2011 dimana paksi bumi telah menganjakkan bumi daripada titik paksi sekurang-kurangnya 8-10 sentimeter ke timur setelah berlakunya gempa bumi di Jepun pada tahun tersebut. Lihat [sini]


Selain itu, pemanasan global juga dikatakan turut mengubah lokasi geografi kutub bumi menurut kajian Geophysical Research Letters.

Laporan penyelidik Universiti Texas, Austin mendedahkan, pencairan bongkah ais semakin meningkat di Greenland menyebabkan kedudukan Kutub Utara berubah beberapa sentimeter pada setiap tahun sejak 2005.

Difahamkan, bermula 1982 hingga 2005, kutub tersebut berubah secara perlahan dari tenggara ke bahagian utara Labrador, Kanada pada jarak kira-kira 2 milliarcsecond atau 6 sentimeter setahun.

Sejak 2005, kutub mula bertukar haluan dan bergerak ke arah timur Greenland pada jarak lebih 7 miliarsecond setahun.

Kumpulan saintis telah sekian lama mengetahui bahawa lokasi kutub bumi tidak tetap dan ia juga menjadi penyebab musim menjadi tidak menentu seperti yang berlaku pada ketika ini.

Selain itu, pencairan ais juga menjadi punca utama paras air meningkat kepada lebih 90 peratus akibat daripada anjakan kutub pada 2005.

Kini, perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.

sehinggakan negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.
Medan magnet bumi berganjak



Pada 2011, medan magnet bumi dilaporkan berganjak pada jarak 64 kilometer setahun, dan saintis menyifatkan ia sebagai fenomena normal yang berlaku sekali pada setiap 100,000 tahun.

Keadaan itu menyebabkan arah kompas berubah dan berkemungkinan tidak lagi menghala ke arah Kutub Utara berikutan kutub kini telah berganjak dari utara Kanada menghampiri ke Rusia.

Susulan daripada perubahan itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Tampa di pantai barat Florida terpaksa melakukan pengubahsuaian terhadap tanda arah di tiga landasan berdasarkan anjakan medan Kutub Utara.

Saintis menganggarkan pada setiap lima hingga 10 tahun, arah kompas akan berubah akibat anjakan kutub bumi.

Bagaimanapun, pendedahan pada pertengahan tahun lalu yang turut dimuat naik ke dalam Youtube menunjukkan Kutub Utara berganjak 260 kilometer dalam tempoh enam bulan.

Perubahan itu menyebabkan medan magnet bumi beralih dari Kanada ke Siberia dalam tempoh kurang daripada 24 bulan.

Apabila peralihan tersebut berlaku, kutub akan berada pada kedudukan 40 darjah merentasi hemisfera utara.

Menurut Conall Mac Niocaill, seorang saintis di Universiti Oxford, medan magnet bumi semakin lemah dan ia telah berganjak lebih 1,500 km sejak berabad lalu.

“Kekuatan medan magnet Kutub Utara berkurangan 10 peratus sejak 150 tahun lalu.

"Setiap 250,000 tahun sekali, medan magnet ini akan berubah arah ke selatan dan fenomena tersebut dipercayai kali terakhir berlaku kira-kira 800,000 tahun lalu iaitu sebelum kewujudan manusia,” katanya lagi.

Sehingga kini, saintis gagal menemui jawapan bagaimana fenomena penyongsangan medan magnet itu terjadi.

Waktu menjadi lebih singkat

Ahli geofizik Nasa, Richard Gross mendedahkan, kadar putaran bumi menjadi lebih cepat kira-kira 1.8 mikrosaat akibat gempa berkekuatan 9.0 skala Richter yang melanda Jepun pada 2011.

“Gempa kelima terkuat di dunia sejak 1900 itu juga menyebabkan waktu sehari yang sepatutnya bersamaan 24 jam menjadi lebih singkat tanpa disedari masyarakat,” katanya.

Difahamkan, gegaran dahsyat tersebut mengakibatkan kepulauan Honshu berganjak sehingga 2.4 meter dengan pembentukan rekahan di bawah dasar laut sepanjang ratusan kilometer selain paksi bumi berubah pada jarak hampir 10 sm.

Ahli Geofizik Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), Kenneth Hudnut memaklumkan, peta dari Lembaga Maklumat Geospatial (GSI) menunjukkan terdapat corak peralihan melibatkan kawasan yang besar selepas gempa berlaku.

SUBHANALLAH! Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012'.

Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.

Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.


Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.

Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.

Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.

Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.

Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?

SUMBER DIOLAH SEMULA DAN DIGABUNGKAN DARI SINAR HARIAN

TAOTAUAJER : Subhhanallah, kalau korang perasan kedudukan matahari adalah tidak sama kedudukannya seperti mana beberapa tahun yang lepas. Tanda-tanda kecil kiamat sudah lengkap.... tao pun takut jika apa yang diramal itu benar belaka. Sesama kita berdoa agar kita dijauh kan dari bencana maklumlah sekarang ni dah banyak sangat malapetaka dan bencana alam yang terjadi di muka bumi ni. Tak tahu apa yang bakal berlaku pada masa hadapan nanti - Koleksi Informasi


- - - - - - - - - -
TAOTAUAJER - Saddam Hussien, seorang bekas presiden Iraq yang mengakhiri kehidupannya di tali gantung pada tahun 2006 setelah di dakwa bersalah atas dakwaan kejahatan perang, kejahatan terhadap kemanusiaan, dan genosida. Pasti korang sudah pernah lihat gambar saat beliau di tali gantung, kini tukang gantung diktator tersebut mengkongsikan detik-detik akhir sewaktu saddam di tali gantung.


Mowaffak al-Rubaie duduk di pejabatnya dengan patung Saddam Hussein dibelakang, tali yang digunakan untuk menggantungnya melilit leher patung itu.


Bekas penasihat keselamatan kebangsaan Iraq itu yang menyaksikan bekas diktator berkenaan dihukum gantung pada 2006, berkata, Saddam tabah hingga detik akhir kehidupannya dan tidak pernah kesal.

“Penjenayah? Benar. Pembunuh? Benar. Kejam? Benar. Tetapi dia tabah hingga ke akhir hayat,” kata Mowaffak.

“Saya menyambutnya di pintu. Tiada siapa masuk ke situ. Tiada warga asing dan tiada pegawai Amerika,” katanya. kepada media di pejabatnya di Kadhimiyah, utara Baghdad berdekatan penjara tempat hukuman itu dijalankan tujuh tahun lalu.

“Ketika saya membawanya masuk, tangannya yang bergari memegang al-Quran.

“Saddam yang memakai jaket dan kemeja putih kelihatan tenang dan bersahaja.

“Ada yang berkata dia pengsan. Ada yang kata dia diberi dadah. Tetapi sebenarnya tidak.

“Tiada tanda takut pada wajahnya. Tiada tanda kesal. Tiada doa mohon keampunan.

“Orang yang akan mati biasanya akan berkata, Tuhan, ampunkan dosaku. Tetapi Saddam tidak berkata demikian,” katanya.

“Saya membawanya ke kamar hakim dan senarai tuduhan dibacakan kepadanya. Saddam berkata: ‘Pergi mati dengan Amerika! Pergi mati dengan Israel! Hidup Palestin!”

Mowaffak kemudian membawa Saddam ke dalam bilik tempat hukuman dijalankan.

“Dia berhenti seketika, melihat bilik itu sebelum memandang saya.

Apabila tiba waktu hukuman, kakinya masih digari. Mowaffak dan beberapa kakitangan lain menariknya menaiki tangga.

Katanya, dia menarik tuil menggantung Saddam, tetapi tak berfungsi! Kemudian seorang lagi kakitangan menariknya untuk kali kedua dan barulah Saddam jatuh ke bawah pelantar dan mati.

Sebelum digantung, Saddam sempat mengucap syahadah.

“Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad…,” tetapi dia tidak sempat menghabiskannya.

“Dia melakukan begitu banyak jenayah dan dia patut digantung beribu kali,” kata Mowaffak


Menurutnya, hukuman ke atas Saddam dilakukan selepas sidang video antara Nuri al-Maliki dengan Presiden AS ketika itu, George Bush, yang bertanya Perdana Menteri Iraq itu: “Apa yang akan kamu lakukan dengan penjenayah itu.

Nuri menjawab: “Kami akan gantung dia.”

Bush menunjukkan tanda bagus, tanda bersetuju.

Saddam yang memerintah Iraq melebihi dua dekad yang menyaksikan penindasan kejam, perang dan sekatan antarabangsa dijatuhi hukuman gantung selepas didapati bersalah terhadap pembunuhan 148 penduduk Syiah di Dujail pada 1982. – AFP

sumber : Mynewshub


- - - -
TAOTAUAJER - KEMATIAN bintang utama filem Fast & The Furious, Paul Walker atau terkenal dengan watak Brian O'Conner dalam filem tersebut nyata memberi kejutan bukan sahaja kru produksi filem tersebut, bahkan peminatnya seluruh dunia. Walker kemalangan dalam perjalanan pulang untuk menyelesaikan baki penggambaran francais Fast & The Furious 7. Namun begitu, ada blog yang mendedahkan Paul Walker masih hidup dan kematiannya adalah satu komplot universal studio.


Menurut sumber, kematian Paul Walker, bintang Fast & Furious anyalah satu babak rekaan penerbit Fast & Furious. Penulis laman tersebut memberi bukti bukti bergambar yang padanya meyakinkan teori tersebut benar. Dikatakan juga ianya satu plot yang sangat terancang melibatkan kekasihnya dan juga ahli keluarganya juga. Sama ada Paul Walker masih hidup seperti dikatakan tidak disahihkan.

Selain itu , laman web Fringe conspiracy mempromosikan teori bahawa Paul Walker tidak mati pada 30 November, dan bahawa dia memalsukan kematiannya dengan bantuan castmates Fast & Furious beliau.


Selain itu dikatakan dimana api yang membakar kereta tersebut tidak seperti mana pembakaran yang di sebabkan oleh petrol. Dikatakan ia adalah pembakaran dari Pyrotechnics, iaitu bahan khas untuk pembakaran yang di gunakan dalam pengambaran.


Saksikan video ini...


sumber : nodisinfo.com, wafflesatnoon.com

TAOTAUAJER : Kalau korang percaya bahawa Paul Walker memalsukan kematiannya, maka korang pasti percaya bahawa Walker, keluarganya, kawan-kawannya, pelakon anggota bomba Fast & Furious,, Jabatan Los Angeles Kesihatan Awam, dan pejabat koroner semua berkomplot supaya pelakon boleh memalsukan kematiannya. Mungkin juga semua orang-orang ini dengan sengaja akan menyebabkan kesedihan kepada peminat Paul Walker - atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Ataupun, mereka adalah orang-orang yang fanatik dengan Paul Walker sehinggakan tidak dapat menerima apa yang telah berlaku kepada bintang terkenal ini. Entah boleh percaya atau tidak, hanya sebagai info jer - Koleksi Kematian


- -
TAOTAUAJER - Pastinyer korang pernah saksikan movie bertajuk 'Black Hawk down' dimana diadaptasi dari kisah sebenar operasi menyelamat di Somalia yang melibatkan anggota askar Malaysia. Sehingga menyebabkan anggota tentera malaysia yang terkorban. Kini setelah 20 tahun baru mengiktiraf pengorbanan tentera malaysia.


Pertempuran Mogadishu adalah sebuah pertempuran diantara Pasukan Tentera Amerika Syarikat dan pejuang gerila Somalia yang setia kepada Mohamed Farrah Aidid pada 3 Oktober 1993 di daerah Black Sea di Mogadishu, Somalia. Ketika itu tentera Amerika Syarikat melakukan operasi untuk menangkap Mohamed Farrah Aidid. Dalam operasi itu dua helikopter MH-60 ditembak jatuh. Sebuah pasukan gabungan dihantar untuk menyelamatkan pasukan yang terperangkap. Pasukan itu terdiri daripada pasukan dari Pakistan, Malaysia, dan Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat (AS) secara rasminya mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah menyelamatkan anggota tentera negaranya itu di Mogadishu, Somalia selepas 20 tahun kejadian itu berlaku.


Walaupun kisah pengorbanan tentera Malaysia yang menyertai operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOSOM II) pada 3 dan 4 Oktober 1993 itu tidak pernah didedahkan malah langsung tidak dipaparkan di dalam filem berjudul Black Hawk Down arahan Ridley Scott pada 2001, pengisytiharan itu amat membanggakan ATM.

Sementara itu, Pemangku Penolong Setiausaha Negara Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly berkata, negaranya amat terhutang budi dengan pengorbanan anggota ATM yang disifatkan sebagai berani mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan tentera elit AS yang terperangkap dalam serangan militan Somalia ketika itu. Jasa tentera Malaysia ini akan dikenang dan AS mengucapkan jutaan terima kasih di atas tindakan berani pasukan ATM untuk menyelamatkan anggota kami dalam kejadian 20 tahun lalu itu.

Dalam kejadian itu seorang anggota tentera Malaysia telah terkorban dan sembilan lagi tercedera dalam operasi menyelamat di Mogadishu itu. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Pengiktirafan Full Training Capability dan Pelancaran Blueprint Pusat Pengaman Malaysia, di Telok Kemang.












- - - -
TAOTAUAJER - Kalau sebelum ini tao ada tunjukkan korang apabila israel di serang dengan berjuta-juta belalang pada 5 march 2013, kini didatangi pula bala apabila kumbang merah iaitu serangga perosak yang paling serius menyerang pokok-pokok kurma di Israel. 


Sejak serangga perosak ini muncul pada tahun 1999 di Beit She’an menyebabkan kemusnahan beratus-ratus pokok kurma dan memusnahkan beratus-ratus hektar kebun dan tanaman hiasan di kawasan penempatan mereka.

Menurut sesetengah kebocoran, pegawai Israel mengadakan mesyuarat tergempar di sebuah hotel di Tel Aviv pada minggu terakhir bulan November tahun lepas untuk membincangkan kerosakan kepada kumbang sawit merah dan mencari jalan alternatif untuk menghapuskan mereka dan, selepas berpindah ke kaki lima dan taman-taman di kawasan bandar.

Kumbang ini yang menyebabkan kematian awal kira-kira 20 ribu pokok kurma di Sepanyol sahaja, menetapkan Dr kawalan biologi Yakub perbahasan ” keganasan kumbang “, walaupun banyak cubaan untuk pengesanan awal kehadirannya , tetapi kadar kemalangan di kalangan koleksi mereka tidak lebih daripada Sousse satu setiap minggu .

Menurut kebocoran kepada pihak berkuasa Israel berusaha untuk menutup mulut media mengenai subjek dan jumlah mengejar likuoris merah dengan menyembur bahan kimia dan serangan hendap dan penggunaan anjing sapu tangan dan peranti bunyi, tetapi semua percubaan gagal dan bahawa penggunaan agregat likuoris strategi merah menggigit batang dan mahkota telapak dalam pada satu-satu masa.

Saksikan gambar-gambar di bawah ini...








sumber : peribadirasulullah

TAOTAUAJER : Dahsyat, lihatlah bagaimana negara mereka di timpa bala.. meskipun mereka hebat di medan perang dan pertahanan dari segi ketenteraan namun begitu merka tidak dapat menghalang serangan dari bala Allah.


- - - -
TAOTAUAJER - Saintis diketuai penyelidik Universiti Kebangsaan Australia mendakwa bahawa mereka telah menemui batu kimberlit dipercayai mengandungi berlian di kawasan Gunung Meredith di Antartika Timur.


Bagaimanapun, ketua penyelidik, Greg Yaxley memberitahu mereka belum menemui batu berharga tersebut yang dipercayai mungkin kelihatan seperti berlian kristal di Afrika Selatan.



"Penemuan batu kimberlit itu diharap tidak akan menyebabkan kawasan itu menjadi tumpuan ramai untuk menjalankan aktiviti perlombongan.

"Aktiviti melombong di kawasan Antartika adalah dilarang dan ia turut dilindungi di bawah perjanjian kajian saintifik untuk hidupan liar seperti penguin dan singa laut," katanya dipetik DailyMail

Difahamkan, kandungan Perjanjian Alam Sekitar 1991 melarang kegiatan perlombongan di benua tersebut bagi tempoh sekurang-kurangnya 50 tahun.

Selain batu berharga itu, kumpulan penyelidik sebelum ini pernah menemui emas, platinum, besi dan arang batu di Antartika.


Kegiatan melombong berlian di kawasan beriklim sejuk seperti utara Kanada dan Siberia juga telah dilakukan sejak beberapa tahun lalu.

TAOTAUAJER : Agak-agak kalau semua kawasan kat antartika tu di gali ape yang jadi? pasti ais-ais semua akan pecah dan akan menyebabkan ais mencair dan paras air laut bakal meningkat. Maka akan berlakulah banjir besar. - Koleksi WOW!

-