Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

TAOTAUAJER - Menggemparkan apabila seekor buaya gergasi ditemui di kampung Bukit Belimbing, Sungai Batang Berjuntai Kuala Selangor. Buaya yang ditemui itu memang agak besar walaupun ianya sudah menjadi bangkai.


Pengarah Perhilitan Selangor Rahim Ahmad menjelaskan, pihaknya segera ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan dengan penemuan itu dan mengangkut bangkai buaya terbabit ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun untuk bedah siasat.

Petikan Akhbar Penemuan Buaya Di Kuala Selangor

Penduduk sekitar Bukit Belimbing dekat sini gempar selepas dua nelayan menemui bangkai buaya besar yang tersangkut di tepi sungai ketika mahu memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing. Nelayan, Zaidi Jaafar, 23, berkata, dia tidak menyangka suluhan lampu rakannya ketika menyusuri Sungai Selangor untuk memancing udang tertumpu pada objek besar yang disangka kayu yang tersangkut pada dahan kayu di tebing sungai. 
“Kami mula menjarakkan sampan dan meneliti dari jauh. Namun, beberapa minit kemudian kami memberanikan diri untuk melihat lebih dekat kerana buaya itu tidak bergerak. Saya cuba menguis menggunakan pendayung dan dapati buaya itu sudah tidak bergerak. 
“Selepas sah buaya itu sudah mati, kami terus mendekati untuk melihat keadaan fizikal buaya itu yang mungkin cedera di mana-mana yang mengakibatkan kematian, namun hanya didapati gigi dan kuku sudah tiada,” katanya ketika ditemui. Untuk laporan, tidak pernah berlaku kejadian keganasan buaya yang menyebabkan kematian direkodkan setakat ini.




Bangkai buaya tersebut terpaksa diangkut dan dialih menggunakan kren untuk mengelakkan bangkai tersebut menjadi busuk.

TAOTAUAJER : Giller la, memang besar sungguh buaya yang di jumpai tu, apakah buaya ini sebenarnya tidak lah sebesar sebegini tetapi di sebabkan oleh ia mengembung dan membusuk yang menyebabkan gas terkumpul di dealam badan buaya tersebut dan menyebabkan buaya tersebut mengembung dan membesar sebegitu. - Koleksi GERGASI!


- - - -
TAOTAUAJER - Satu rakaman video sewaktu ingin mendenak/memikat ayam hutan terakam penampakan orang berjubah putih melalui di belakang di dalam rimbunan pokok-pokok di kawasan tersebut. Mengikut pada tajuk video tersebut kejadian ini dirakamkan di padang serai.


Korang saksikan video penampakan orang bunian di bawah ini



SUMBER : Carigold

TAOTAUAJER : Amacam, apakah sepertimana kita lihat itu adalah bunian yang melintas di situ? kalau korang nak tau bunian adalah manusia biasa yang tidak berjasad dimana kehidupan mereka lebih advnced dari kita. Hijap bunian dilapis ketiga hingga kelima untuk meneroka alam disebalik tabir ni perluah Kasaf Billah. Apapun ia tetap menjadi misteri - Koleksi Misteri


- - - -
TAOTAUAJER - Apa yang kita lalui zaman sekarang adalah jauh berbeza dengan zaman dulu kala. Pernah tak korang terfikir bagaimanakah orang melayu dahulu beraya ?


SEBELUM kedatangan sebarang agama ke Alam Melayu, penduduk di rantau ini seperti juga di lain-lain tempat di Asia Tenggara menganut kepercayaan alam roh, maknanya semua benda dipercayai ada roh, pokok, binatang dan lain-lain.

Maka roh paling utama ialah pada padi. Tanpa beras, orang Melayu akan mati.

Justeru perayaan paling besar tentunya ketika menyambut hari menuai padi. Seperti mana hari perayaan pribumi Sarawak, Sabah dan Orang Asli, maka begitu jugalah apa yang dilakukan oleh orang Melayu dan semua kaum di Nusantara.

Dipanggil sambutan ini sebagai Hari Raya kerana ia merujuk kepada kebesaran sesuatu perayaan. Ia merupakan hari meraikan atau merayakan kejayaan penanaman padi. Tetapi cara hidup orang Melayu kemudian berubah apabila mereka bukan saja menjadi masyarakat petani tetapi juga menjadi bangsa berdagang. Mereka mampu membina kapal-kapal besar untuk berlayar. Menjadi bangsa maritim bermula dengan keupayaan orang Melayu mewujudkan kerajaan di pesisiran pantai dan kuala sungai. Mereka membina pelabuhan bagi menarik kunjungan kapal-kapal dagang dari China, India, Parsi dan Arab.


Di sinilah munculnya kerajaan Sri Wijaya. Daripada kunjungan kapal-kapal ini, maka agama Hindu pun bertapak di alam Melayu. Sebagai bangsa maritim, orang Melayu sudah tidak lagi menyambut hari menuai sebagai hari kebesarannya yang utama. Dengan beragama Hindu, orang Melayu turut menyambut hari Perayaan Cahaya mengatasi Kegelapan. Dalam sambutan Diwali atau Deepavali, lampu-lampu dipasang di keliling rumah. Suatu amalan Hari Raya yang kini sudah menjadi sebahagian daripada budaya Melayu.

Merantau

Orang Melayu kuat merantau. mereka berlayar di sekitar kepulauan Melayu. Walaupun terdiri daripada banyak kerajaan, tetapi Nusantara adalah Dunia Melayu.

Maka setiap Hari Raya, mereka akan balik ke kampung halaman seboleh mungkin untuk menemui ibu, bapa dan sanak saudara. Amalan balik kampung menjadi suatu kemestian semasa Hari Raya kini terus diamalkan oleh orang Melayu.

Tetapi menarik untuk mengetahui bagaimanakah orang Melayu menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika mula memeluk agama Islam.


Cuba bayangkan bagaimana orang Melayu zaman kesultanan Melaka menyambut Hari Raya. Lebih-lebih lagi pada tahun pertama mereka memeluk Islam. Tentu sukar bagi istana Melaka, apatah lagi rakyatnya berpuasa.

Bagaimanakah pihak istana membuat keputusan untuk menjadikan Hari Raya Aidilfitri sebagai Hari Raya bagi orang Melayu? Mengapa mereka memilih Hari Raya Puasa dan bukannya Hari Raya Haji?


Dalam ibadat, dikatakan orang Melayu lebih menekankan tentang puasa berbanding ibadat lain. Pendakwah berjaya meyakinkan keseluruhan masyarakat Melayu supaya berpuasa, bertarawih dan mengharapkan Lailatul Qadar. Maka Hari Raya menjadi begitu bermakna bagi orang Melayu dengan dikaitkan dengan kejayaan beribadat puasa.

Pada Hari Raya pula, ulama Melayu dahulu membuat keputusan untuk mengambil takbir raya yang bernada syahdu. Ini kerana di lain-lain tempat, takbir mereka bernada semangat juang. Ini kerana takbir itu berasal daripada laungan semasa Perang Badar, yang kemudian diabadikan dalam sambutan meraikan kemenangan perang itu.

Tetapi bagi orang Melayu di Nusantara, nada takbir adalah berbentuk sayu dan sedih mengenangkan sanak saudara yang sudah tiada atau pergi tidak kembali. Ini kerana bagi masyarakat Melayu, balik kampung waktu Hari Raya adalah penting. Jika tidak dapat balik, maka si ibu atau bapa akan teringatkan anaknya terutama semasa takbir yang bernada sedih dan sayu.

SUMBER

TAOTAUAJER : Oh begitu rupanya bagi kita orang melayu beraya sebelum dan selepas kedatangan Agama Islam. Namun yang menyedihkan zaman sekarang adalah, ada jugak anak yang tak pulang ke kampung dan zaman sekarang jugak mungkin ada yang dah tiada kampung dan tak dapat merasakan nikmat berada di kampung dan beraya - Koleksi Informasi


- - -
TAOTAUAJER - Gamerz EquinnoxX melamar teman wanitanya dengan cara yang sangat luar biasa, apabila memogramkan semula permainan Contra dengan menggantikan nama-nama watak-watak dalam game tersebut dengan nama teman wanitanya dan menulis semula teks akhir permainan tersebut.


Jom kita lihat usaha gamerz ini bagaimana untuk melamar kekasihnya.











Tahniah, Amy! Anda lulus permainan, menyelamatkan alam semesta dan telah memenangi hati saya. Sudikah anda akan berkahwin dengan saya? dan teman wanita tersebut mengatakan "YES"

TAOTAUAJER : Memang cool, lelaki nie boleh dia program semula game kontra dan mengubah nama dan ayat dalam game tersebut untuk melamar kekasihnya. Nampak kesungguhannya dia yang kreatif kan. Game Contra nie memang lagend, korang yang kenal game SEGA pasti pernah main game nie dan korang yang pernah main korang memang legend seperti tao... hahaa. - Koleksi COOL!

- - -
TAOTAUAJER - Subhanallah! mujahid ini mengalunkan bacaan Al-Quran tatkala tangan hancur dalam perang. Inilah salah satu tanda kebesaran Allah, dan ini bukanlah kali pertama tao pernah tunjukkan. Sebelum ini juga terdapat satu rakaman video remaja lelaki mengaji dalam keadaan koma.


Beginilah semangat jihad seorang mujahid. Gentar Yahudi bila melihat tentera Muhammad sebegini hebat.
Tao sendiri tidak pasti perang ini di mana, tetapi mungkin di Syria atu di Palestin. Satu yang pasti, suara lelaki ini memang sedap sekali ketika dia mengalunkan bacaan dan semangatnya begitu gagah sekali.


TAOTAUAJER : Subhanallah! Inilah salah satu tanda kebesaran Allah, lihatlah betapa kuatnya semangat jihad seorang mujahid. - Koleksi Miracles of Allah Almighty
-
TAOTAUAJER - Satu menu dikhuatiri mengelirukan tetamu yang datang berbuka puasa di sebuah hotel di Kuantan. Apabila terdapat menu dengan nama hidangan daging Lailatul Qadar apakah ia bakal mengelirukan umat islam?


Sinar Harian menerima emel daripada seorang individu yang kurang senang dengan menu kari daging Lailatul Qadar dalam senarai menu berbuka puasa di sebuah hotel yang mempunyai sijil Halal sah daripada Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di sini.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, nama menu itu tidak haram diletakkan kepada makanan tetapi tidak sesuai kerana boleh mengelirukan tetamu yang datang berbuka puasa.

Katanya, nama berkenaan tidak menjadi masalah namun pihak pengurusan hotel terbabit perlu menjaga sensitiviti orang ramai kerana mungkin akan mewujudkan kekeliruan.

“Jadi elok tukar kepada nama lain yang lebih sesuai. Bimbang mengelirukan orang ramai. Ada pula yang fikir kalau makan daging itu dapat malam Lailatul Qadar, memang bercanggah dengan hukum syarak,” katanya.

Sementara itu Ketua Unit Pengurusan Halal Jaip, Noridzuan bin Abdul Manan mengesahkan hotel berkenaan mempunyai Sijil Halal yang diiktiraf Jaip tetapi menu berkenaan belum disenaraikan ketika pemeriksaan Jaip.

“Pengurusan hotel sebenarnya masih boleh menggunakan nama lain yang lebih baik jika bertujuan menarik pelanggan,” katanya.

SUMBER : Sinarharian

TAOTAUAJER : Adoyai macam-macam ajer, tapi kenapa perlu guna nama Lailautl Qadar ? bukankah itu nama bagi satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadan buat beragama islam. Ini sepertinya agama kita dipermainkan tidak gitu?

- -
TAOTAUAJER - Gempar apabila Objek bercahaya seperti orang rukuk menjelma sebelum subuh di bulan ramadhan ini. Objek putih yang dikatakan menyerupai orang rukuk dalam solat dilihat di dahan pokok hadapan rumah Irfan, kelmarin.


KOTA BHARU - Kehadiran objek seperti cahaya datang dari dahan pokok di hadapan rumahnya dianggap sebagai satu rahmat pada bulan puasa dan memberi keinsafan dalam diri apabila ia menjelma sebelum subuh, kelmarin.

Irfan Mat Daud, 47 dari Kampung Chekok Tengah, Jalan Rambutan Rendang, di sini berkata, objek tersebut dilihatnya kira-kira jam 4.30 pagi semasa dia bangun untuk bersahur.

“Saya pulang dari kerja pembersihan kira-kira jam 4 pagi dalam keadaan hujan rintik dan cukup sejuk pagi itu, malah lebih menghairankan, pokok-pokok dilihat ‘menunduk’ dan layu, muncul seketika sahaja.

“Selepas berada di dalam rumah, saya menyelesaikan solat hajat kerana berasakan malam tersebut sangat pelik. Kemudian, saya rasa mahu mengambil gambar di luar rumah apabila melihat pokok seperti kelayuan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Irfan berkata, dia melihat terdapat satu objek putih yang dilihat dengan mata kasar seperti kapas yang sedikit bergerak dan dia tertarik untuk merakam gambar objek berkenaan dan apabila dilihat melalui rakamannya, ia seperti orang rukuk dalam solat.

Kata Irfan, dengan rakaman gambar yang dilakukannya, dia menanyakan hal tersebut kepada beberapa ustaz yang dikenali dan rata-rata mereka mengatakan ia satu rahmat dari ALLAH dan memberi keinsafan kepada saya serta keluarga untuk melipat gandakan amalan pada bulan mulia ini.

Katanya, perkara itu dianggap satu perkara baik dan berharap ia mampu memberi kesedaran dan keinsafan kepada semua umat Islam.

SUMBER : SinarHarian

TAOTAUAJER : Subhanallah, sekira apa yang dilihat oleh Irfan ini adalah benar inilah tanda kebesaran Allah yang di tunjukkan kepada irfan dan dia sangat bertuah dapat melihat kebesaran Allah tersebut. Semoga dengan kejadian sebegini dapat memberi kesedaran dan keinsafan. - Koleksi Miracles of Allah Almighty


- - - -
TAOTAUAJER - Seperti mana yang kita tau Gunung Everest adalah gunung yang tertinggi di dunia yang paling sukar di tawan. Kalau sebelum ini tao ada ceritakan tentang 15 Fakta Mengenai Gunung Everest Yang Kita Tak Penah Tahu, kali ini tao tunjukkan pulak betapa tingginya gunung everest ini.


Buat pengetahuan korang saintis kata gunung everest ni naik 2.4 inci setahun. Manakala kos nak panjat lebih kurang $65 ribu dolar seorang termasuk training skali. Pada tahun 1995 seorang ibu dari British menjadi wanita pertama yg berjaya menakluki puncak gunung ini tanpa bantuan oksigen dan sherpa. ibu berusia 33 tahun itu bernama Allison Hargreaves.

Ada lebih kurang 200 mayat keras yg dijadikan landmark di atas gunung ini termasuk seorang lelaki yg berhenti berehat dan terus rehat terus menerus..jika dilakukan kira kira lebih kurang seorang akan mati dalam setiap 10 orang yg tiba di puncak. Korang boleh saksikan mayat keras di sini >>SERAM! - Lebih 200 Mayat Terbiar Pendaki Gunung Everest (8 Gambar)

Manakala budak 13 tahun dari amerika, jordan romero menjadi manusia termuda sampai ke puncak tertinggi tersebut.

Cuba korang tengok dan bandingkan puncak Everest dengan Base Camp yang berada di bawah ini....



Atas puncak tu ada line 3g yg dipasang oleh syarikat subsidi kerajaan nepal dari sweden, TeleSonera pada ketinggian 5200 meter jadi kalau korang nak panjat jgn lupa bawa henpon 3g skali.


TAOTAUAJER : Amacam ? sangat tinggi bukan, siapa yang mendaki gunung tersebut ibarat menempah maut. Disini tao ada info yang tao tak jumpa info yang rasmi dimana gunung kinabalu suatu hari nanti akan menjadi gunung yang lebih tinggi dari Gunung Everest ini. Kepada mereka yang ada maklumat boleh la kongsikan bersama taotauajer - Koleksi Menarik 


- - - - -
TAOTAUAJER - Putera British bayi Kate Middleton berketurunan Nabi Muhammad? Ini soalan yang muncul selepas adanya satu kajian dari ahli salasilah perancis.


Jean Louis Beaucarnot, seperti ditulis thelocal.fr, dimana berpendapat bahawa bayi Kate Middleton yang menjadi pewaris takhta Kerajaan British mempunyai talian darah Nabi Muhammad. Walau bagaimanapun, darah Nabi Muhammad daripada bayi Kate Middleton datang dari mendiang Puteri Diana, yang meninggal dunia akibat kemalangan di Paris, bukan dari darah Great Britain.

Beaucarnot percaya bahawa Puteri Diana iaitu nenek bayi Kate Middleton adalah cicit Raja Alfonso VI Perancis asal Seville dari isteri keempatnya bernama Zaida. Dipercayai Raja Alfonso ini berketurunan dari Nabi Muhammad. Ahli genealogist percaya semua keturunan Raja Seville mempunyai hubungan darah dengan Nabi Muhammad.

Sementara itu, berdasarkan kajian kumpulan keturunan di England, nenek moyang Kate Middleton berasal dari keluarga kaya. Ibunya juga termasuk keluarga bangsawan Britain di Utara. Dari pertalian darah Putera Charles dan Queen Elizabeth II, darah bayi Kate Middleton mungkin lebih jelas. Salasilah Kerajaan British tentu mudah ditelusuri.
sumber : tribunnews.com

TAOTAUAJER : Inilah kejutan pertalian darah dari Putera bati Kate Middleton dari Putria Diana seperti yang dinyatakan Jean Louis Beaucarnot. Jadi korang percaya bayi Kate Middleton ini adalah berketurunan dari Nabi Muhammad S.A.W ? JANGAN cayer mengarut jer nieh! - Koleksi BiarBetul!

- - - -
TAOTAUAJER - 10 malam terakhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.


Lailatul Qadar atau Malam Qadar adalah satu malam yang hanya berada pada bulan Ramadhan. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Ianya adalah malam yang amat teristimewa bagi seluruh penganut agama Islam di dunia. Ia juga malam yang amat dinanti-nantikan kedatangannya sekali dalam setiap setahun. Ini berdasarkan ayat al-Quran, Surah Al-Qadr.

Maksudnya:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” - (Al-Qadr 97: 1-5)

1. Al-Qadar bererti al-hukm yakni “penetapan”. Sehingga malam Al-Qadr adalah malam penetapan Allah atas perjalanan hidup makhluk selama setahun; seperti misalnya, penetapa rezeki manusia, umurnya dan lain-lain. Begitu menurut tafsir al-Qurtuby, yang dikuatkan oleh pengikutnya dengan firman Allah dalam surah Ad-Dukhan ayat 3-4:
“Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati, dan sesungguhnya Kamilah yang akan memberi peringatan. Pada malam itu, dijelaskan (ditetapkan) segala urusan dengan bijaksana”.

2. Al-Qadar bererti “pengaturan”. Yakni pada malam turunnya Al-Qur’an Allah SWT mengatur khiththah atau strategi bagi Nabi-Nya Muhammad saw, guna mengajak manusia kepada agama yang benar, demi menyelamatkan mereka. demikian menurut tafsir al-Qasimy.

3. Al-Qadar berarti “kemuliaan”. Ini sesuai dengan ayat 1 dalam surah al-qadr, “sesungguhnya Allah telah menurunkan al-Qur’an pada malam yang mulia”. Malam tersebut mulia dan menjadi lebih mulia lagi dengan turunnya al-Qur’an. Ada juga yang memahami kemuliaan tersebut dalam kaitannya dengan ibadah, dalam arti bahwa ibadah pada malam tersebut mempunyai nilai tambah berupa kemuliaan dan ganjaran tersendiri, berbeza dengan malam-malam yang lain.

4. Al-Qadar itu bererti “sempit”. merujuk kepada Surah Ath-Thalaq ayat 7 . “….dan barang siapa yang disempitkan rezekinya”. Pendapat seperti ini disampaikan Al-Khalil, seorang ulama dan pakar bahasa, mengatakan bahwa pada malam turunnya al-Qur’an malaikat begitu banyak yang turun ke bumi–sehingga, karena banyaknya maka bumi menjadi penuh sesak dan menjadi sempit. Jika pada malam itu bumi ini penuh sesak oleh malaikat untuk meng-aminkan permintaan doa manusia-manusia yang sedang melaksanakan ibadah kepada Allah, betapa meruginya kita yang tidak memanfaatkan kesempatan itu.

TAOTAUAJER : Amacam tau dah apakah itu lailatul Qadar? semoga perkongsian informasi ini sedikit sebanyak dapat menambah pengatahuan korang akan kejadian yang istimewa ini. - Koleksi Artikel Islamiah


- - -
TAOTAUAJER - Siapa tak kenal dengan watak hero Incredible Hulk bertubuh hijau dan besar apabila mengalami tekanan dan marah. Di dunia sebenar seorang ibu berusia 50 tahun mempunyai penyakit pelik sehinggakan menggelarkan dirinya sebagai Incredible Hulk selepas otot-otot tubuhnya boleh membengkak tatkala menghadapi tekanan.


KISAH filem Incredible Hulk mengenai seorang lelaki, Bruce Banner yang boleh bertukar menjadi makhluk perkasa berwarna hijau telah mendapat sambutan menggalakkan di pawagam seluruh dunia pada tahun 2008.

Banner yang merupakan seorang lelaki normal secara tiba-tiba boleh berubah menjadi makhluk bersaiz besar selepas dia terkena sinar gama.

Namun, seorang ibu di Wednesbury, West Midlands, United Kingdom, Helen Stephens hampir mengalami situasi seperti watak Banner itu.

Cuma Stephens bukan seperti Banner yang berubah menjadi makhluk perkasa selepas dia menjadi marah setelah terkena sinar gama. Tubuh Stephens mengalami situasi yang hampir sama dengan Banner selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun 1999.

Penyakit misteri yang dialaminya itu menyebabkan dia kini hanya terlantar di atas katil.

Otot Stephens yang berusia 50 tahun itu akan membengkak apabila dia mengalami tekanan dan mendengar bunyi bising.

Sekumpulan pakar neurologi di Hospital City, Birmingham percaya ibu kepada tiga orang anak itu menghidap penyakit Sindrom Stiff Person pada tahun 2004.

“Saya menggelarkan diri saya seperti Hulk, Arnold Schwarzenegger atau Rambo. Saya seperti seorang ahli bina badan,” kata Stephens.

Wanita itu akan disuntik dengan ubat diazepam untuk mengendurkan otot apabila badannya membengkak.

Bagaimanapun, beberapa ujian terbaharu menunjukkan dia sebenarnya masih belum disahkan menghidap sindrom itu.

Setakat ini doktor masih belum mengetahui penyakit sebenar yang dihidapinya.

Stephens menyalahkan nahas kereta yang dialaminya itu sebagai punca dia menghidap penyakit tersebut.

Kisahnya itu telah disiarkan dalam sebuah dokumentari di Channel 5 di Britain, baru-baru ini.

SUMBER : Kosmo

TAOTAUAJER : Nampaknyer hulk dah ada yang perempuan pulak, cuma tak berubah jadi warna hijau jer. Pelik jer penyakit macam nie pun ader, boleh la masuk 1 classs academy untuk semua jenis mutan-mutan macam cerita X-man hehe - Koleksi Kejadian Pelik dan Luar Biasa.


- - -
TAOTAUAJER - Haaaa.. kantoi, polis sweden menafikan apabila salah sebuah kenderaan polis telah mengambil bahagian dalam perlumbaan haram di bandar Stockholm dalam satu rakaman video.


Dalam klip pendek disiarkan secara online oleh akhbar Expressen, bertarikh 6 Julai mengikut orang yang direkodkan itu, sebuah kereta polis dilihat perlahan-lahan menghampiri kereta kelabu di lebuh raya tersebut.

korang saksikan video ini..



TAOTAUAJER : Pasti nyer kejadian ini memalukan bagi pihak polis negara tersebut dan dengan itu mereka menafikan nyer. Masak la jawabnyer sape polis yang memandu kenderaan tersebut. - Koleksi OMG!


- - -