Breaking

Monday, December 30, 2013

BIARBETUL! - Paul Walker Masih Hidup? Apakah Kematiannya Satu Komplot Universal Studios?

TAOTAUAJER - KEMATIAN bintang utama filem Fast & The Furious, Paul Walker atau terkenal dengan watak Brian O'Conner dalam filem tersebut nyata memberi kejutan bukan sahaja kru produksi filem tersebut, bahkan peminatnya seluruh dunia. Walker kemalangan dalam perjalanan pulang untuk menyelesaikan baki penggambaran francais Fast & The Furious 7. Namun begitu, ada blog yang mendedahkan Paul Walker masih hidup dan kematiannya adalah satu komplot universal studio.


Menurut sumber, kematian Paul Walker, bintang Fast & Furious anyalah satu babak rekaan penerbit Fast & Furious. Penulis laman tersebut memberi bukti bukti bergambar yang padanya meyakinkan teori tersebut benar. Dikatakan juga ianya satu plot yang sangat terancang melibatkan kekasihnya dan juga ahli keluarganya juga. Sama ada Paul Walker masih hidup seperti dikatakan tidak disahihkan.

Selain itu , laman web Fringe conspiracy mempromosikan teori bahawa Paul Walker tidak mati pada 30 November, dan bahawa dia memalsukan kematiannya dengan bantuan castmates Fast & Furious beliau.


Selain itu dikatakan dimana api yang membakar kereta tersebut tidak seperti mana pembakaran yang di sebabkan oleh petrol. Dikatakan ia adalah pembakaran dari Pyrotechnics, iaitu bahan khas untuk pembakaran yang di gunakan dalam pengambaran.


Saksikan video ini...


sumber : nodisinfo.com, wafflesatnoon.com

TAOTAUAJER : Kalau korang percaya bahawa Paul Walker memalsukan kematiannya, maka korang pasti percaya bahawa Walker, keluarganya, kawan-kawannya, pelakon anggota bomba Fast & Furious,, Jabatan Los Angeles Kesihatan Awam, dan pejabat koroner semua berkomplot supaya pelakon boleh memalsukan kematiannya. Mungkin juga semua orang-orang ini dengan sengaja akan menyebabkan kesedihan kepada peminat Paul Walker - atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Ataupun, mereka adalah orang-orang yang fanatik dengan Paul Walker sehinggakan tidak dapat menerima apa yang telah berlaku kepada bintang terkenal ini. Entah boleh percaya atau tidak, hanya sebagai info jer - Koleksi Kematian


Adbox