Breaking

Monday, October 21, 2013

KEJAM! - Gambar Bayi Dalam Kandungan Ditembak Dalam Pertandingan Di Syria (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Kejam dan memang tersangat kejam. Entah ada hati perut atau tidak manusia sebegini. Sanggup menjadikan bayi dalam kandungan sebagai sasaran menembak mereka.

Menakutkan: Gambar x-ray menunjukkan janin dengan peluru yang berada di dalam otak, ditembak mati di dalam rahim ibunya

Kejam dan memang tersangat kejam. Entah ada hati perut atau tidak manusia sebegini. Sanggup menjadikan bayi dalam kandungan sebagai sasaran menembak mereka. Memetik sumber berita, para ibu hamil di Syria menjadi sasaran bidikan para penembak tepat untuk memenangi sebuah pertandingan mengerikan: mereka menembak bayi dalam kandungan untuk merebutkan hadiah rokok.

Fakta itu dikatakan seorang doktor bedah dari England, David Nott, yang menyaksikan seorang bayi ditembak mati ketika masih berada dalam kandungan ibunya, seperti disiarkan dalam akhbar the Daily Mail. Dr Nott yang baru kembali dari kerja sukarelawan di sebuah rumah sakit di Syria mengatakan warga setempat menyebarkan rumor yang menyebut para penembak jitu dari tentera Presiden Basyar al-Assad mengadakan pertandingan mengerikan itu setiap hari dengan membidik perut ibu-ibu hamil.

“Dari awal anda melihat pesakit masuk ke rumah sakit pada pagi hari maka anda akan tahu apa yang akan anda alami sepanjang hari. Itu sebuah pertandingan,” kata Dr Nott kepada harian the Times.

Dia mengatakan sejak 20 tahun menjadi sukarelawan di wilayah perang dia baru pertama kali ini melihat ibu hamil menjadi sasaran penembakan. Dia telah menjadi sukarelawan selama lima minggu di Syria. Dari foto rontgen boleh terlihat peluru menembus kepala bayi yang masih dalam kandungan.


“Ibu-ibu hamil itu ditembak perutnya jadi mereka pasti membidik bayinya. Ini kebiadaban yang paling biadab.”
Kalau korang nak tau Perang saudara Syria telah membunuh lebih daripada 100,000 orang dan dibahagikan Timur Tengah antara Sunni negara-negara Teluk dan Turki yang kebanyakannya menyokong pemberontak, dan Syiah Iran dan Hizbullah yang disokong Assad.
SUMBER : Sinarharian, Dailymail

TAOTAUAJER - Memang sangat kejam, benda yang hidup boleh di bunuh buat main-main pertandingan  pulak di sana.. apakah mereka tidak mempunyai hati perut dan perasaan? - Koleksi Kejam


Adbox