Breaking

Thursday, October 3, 2013

GEMPAR! - Wanita Ini Meninggal Dua Kali Dalam Tempoh Lapan Jam

TAOTAUAJER - Sudah lumrah alam mati hanya sekali , tapi lain pulak ceritanya di Bagan Serai Perak apabila seorang warga emas menggemparkan penduduk Kuala Gula, di sini, apabila disahkan doktor mati dua kali dalam tempoh lapan jam. Jarang berlaku kejadian pelik sebegini tetapi ia benar telah berlaku...


Tan Chai Jeik, 69, yang disahkan mati oleh pegawai perubatan yang datang ke rumahnya di Kampung Cina Kuala Gula pada jam 8 pagi, mengejutkan ahli keluarga apabila tiba-tiba membuka mata dan menggerakkan bibirnya ketika diletakkan di dalam keranda empat jam kemudian.

Adiknya, Chai Soon, 50-an, berkata, kejadian menggemparkan itu berlaku ketika seluruh ahli keluarganya membuat persiapan untuk upacara sembahyang dan pengebumian.

“Selepas dimandikan, dia dipakaikan sepasang pakaian khas dan diletakkan ke dalam keranda di hadapan rumah lebih kurang jam 1.30 tengah hari.

“Ketika ahli keluarga menjalankan upacara sembahyang bagi meratapi pemergian mendiang dan namanya disebut-sebut seorang anaknya, tiba-tiba kakak saya membuka mata dan menggerakkan bibir seolah-olah hendak berkata sesuatu,” katanya
sumber : Hmetro

TAOTAUAJER : Kejadian sebegini jarang berlaku , dan sungguh mengejutkan. Apakah yang menyebabkan wanita ini mati kemudian idup semula dan apakah yang cuba di bisikkan oleh wanita tersebut sebelum mati semula ? - Koleksi Kejadian Pelik dan Luar Biasa


Adbox