Breaking

Sunday, October 13, 2013

BIAR BETUL! - Saintis ramal asteroid langgar bumi pada 16 Mac 2880

TAOTAUAJER - Setelah berlalunya tarikh kiamat 12122012 berdasarkan kalendar peradaban purba Maya, kini Sainstis Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) menjangkakan sebuah asteroid besar dikenali sebagai 1950DA akan melanggar bumi pada 16 Mac 2880, sekali gus menyebabkan dunia hancur.

Sebanyak 0.3 peratus peluang 1950DA melanggar bumi dalam tempoh 867 tahun
Menurut laporan Daily Mail, Asteroid itu mula ditemui pada 23 Februari 1950, dan diperhatikan selama 17 hari sebelum hilang dari pandangan selama setengah abad.

Pada 31 Disember 2000, 1950DA muncul kembali dan melalui pemerhatian optik, ia berputar sekali pada setiap 2.1 jam dan menjadikannya asteroid kedua berpusing paling laju dalam saiznya.

Difahamkan, asteroid itu terletak hampir 5 kilometer dari garis pusat dan bergerak kira-kira 15 kilometer sesaat untuk ke bumi serta mampu menghentam Lautan Atlantik pada kelajuan 61 kilometer sejam.

Asteroid 1950DA dianggarkan berlanggar dengan planet bumi pada kuasa 44,800 megatan.

Bagaimanapun kebarangkalian kesan hanya 0.3 peratus, iaitu 50 peratus lebih hebat berbanding impak dari asteroid lain.
sumber : SinarHarian

TAOTAUAJER : Ini semua kajian dan andaian , jangan nak percaya sangat sesungguhnya kiamat itu Hanya Allah yang mengetahuinya.... - Koleksi Informasi


Adbox