Breaking

Tuesday, October 1, 2013

BIAR BETUL! - Memandu boleh rosakkan ovari?

TAOTAUAJER - Biar betul , memandu boleh merosakkan ovari? Di Arab Saudi yang terkenal dengan fahaman Wahabi, salah seorang ulamanya yang terkenal telah mengeluarkan doktrin atau 'fatwa' kononnya wanita yang memandu kenderaan akan merosakkan ovarinya sekaligus menyebabkan wanita berkenaan tidak boleh melahirkan anak.


Jumaat lalu, dalam satu wawancara yang dipaparkan di dalam laman sesawang sabq.org, Sheikh Saleh al-Lohaidan turut menyokong hujahnya itu bersama dengan kajian perubatan yang menunjukkan perbuatan memandu sebenarnya memberi kesan secara terus kepada ovari selain menolak pelvis ke atas.

"Perkara ini dapat dilihat dengan jelas kerana wanita yang memandu secara kerap biasanya akan mempunyai anak yang mengalami pelbagai masalah klinikal," jelasnya menurut laporan Reuters.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu susulan daripada tindakan beberapa aktivis yang mengadakan kempen baru untuk membantah larangan tersebut pada 26 Oktober depan.

SUMBER: Sinar Harian

TAOTAUAJER : Agak terkejut jugak apabila kenyataan sebegini di keluarkan , patut la.. kalau korang nak tau wanita di Arab Saudi tidak dibenarkan sama sekali memandu sebarang jenis kenderaan. - Koleksi Info

Adbox