Breaking

Wednesday, May 8, 2013

BIAR BETUL! - Pokok Menjerit Apabila Dahagakan Air

TAOTAUAJER - Betul ker pokok menjerit apabila dahaga? Sepertimana yang kita tau pokok adalah sebahagian ekosistem utama dan hidup dengan menyerap air, karbon dioksida serta cahaya matahari.

Penyelidik menggunakan hidrogel untuk mendedahkan pokok kepada persekitaran tiruan yang kering, menyebabkan pokok mengeluarkan bunyi

Ini satu perkara yang anih apabila sekumpulan saintis Eropah percaya, mereka berjaya merakamkan bunyi jeritan pokok yang tercungap-cungap dahagakan air.

Sama seperti manusia membuat bising jika terdesak, pokok-pokok hidup menghasilkan bunyi ultrasonik kerana hendak menyerap kelembapan untuk terus hidup ketika kemarau.

Bunyi itu adalah seratus kali lebih cepat daripada yang boleh didengar oleh telinga manusia, tetapi pasukan yang diketuai oleh ahli fizik Perancis, Philippe Marmottant dari Universiti Grenoble percaya, mereka telah dapat memperlahankan bunyi tersebut untuk didengar semasa eksperimen makmal baru-baru ini.

Mereka menggunakan hidrogel terhadap pokok hidup.

Tindakan pokok menyerap kelembapan dari tanah mewujudkan gelembung udara yang mengeluarkan bunyi

Gel ini kemudiannya mendedahkan pokok kepada persekitaran tiruan yang kering, membolehkan penyelidik mendengar pokok mengeluarkan bunyi.

Bunyi terhasil daripada gelembung udara yang naik dan kemudian menghilang, proses yang dipanggil peronggaan.

Semasa daun pokok mengumpul karbon dioksida, ia membuka liang, menyebabkan pokok terdedah kepada kehilangan air.

Untuk mengatasi hal ini, pokok mengumpul air dari dalam tanah melalui sistem akarnya.Tindakan pokok menyerap kelembapan dari tanah mewujudkan gelembung udara.

"Kita boleh menjejaki penyetaraan buih, dan apa yang kita dapati adalah majoriti bunyi yang kita dengar berkaitan dengan buih," kata Marmottant.

"Saya katakan majoriti, kerana mungkin ada sebab-sebab lain seperti keretakan di dalam kayu atau serangga. Tetapi majoriti bunyi yang berlaku semasa peronggaan (buih udara kecil yang muncul di dalam air) adalah disebabkan oleh buih ini."

Para saintis kini berlumba-lumba untuk mencuba dan menggunakan peralatan yang mampu mendengar bunyi-bunyi yang unik yang dihasilkan oleh alam semula jadi.

Marmottant berkata beliau dalam perbincangan awal dengan ahli biologi untuk menghasilkan sensor.

"Ahli biologi mempunyai pengalaman yang baik untuk melakukan hal ini, jadi kami berharap kajian kami akan membawa beberapa maklumat baru mengenai bunyi-bunyi yang boleh didengar daripada pokok-pokok," katanya.

SUMBER :MailOnline

TAOTAUAJER : Subhanallah, kalau kita boleh mendengar tumbuh-tumbuhan boleh menjerit apabila tak dapat air pasti menakutkan. Apa kata kalau saintis buat penyelidikan makhluk-makhluk yang bertasbih kepada allah. - Koleksi Biar Betul! 

Adbox