Breaking

Friday, February 22, 2013

INFO! - Penjelasan Adakah Rokok Elektronik Vaping Selamat?

TAOTUAJER - Adakah anda perasan kini semakin ramai dikalangan rakyat Malaysia menghisap rokok elektronik. Adakah menghisap rokok elektronik ini selamat untuk kesihatan? sebelum ini mesti korang dah baca tentang satu artikel di mana pengguna rokok elektronik terdedah kepada penyait kronik kan?


Tapi walau bagaimanapun apa yang perlu tahu adakah vaping/rokok elektronik selamat? Adakah ia selamat?
Menurut Petikan berita yang di keluarkan BERNAMA

“Rokok e-elektronik atau e-rokok ini kononnya bertujuan membuang tabiat merokok secara beransur-ansur, tanpa disedari mereka yang menggunakannya terdedah kepada kepada pelbagai jenis penyakit kronik,” menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

1) Dr Zakaria Abdullah, pakar herba dan kesihatan tempatan, menyatakan glycol (PG) dan glycerin (VG) (yang terkandung dalam e-liquid) tiada rekod yang menunjukkan mereka bahaya.

2) Dr Hairulfaizi Haron, Pakar Jantung dan Paru – paru PPUKM, menyatakan rokok tembakau mempunyai pelbagai – bagai toksik manakala rokok elektronik hanya mengguna pelarut, nikotin serta perisa. Beliau menasihati supaya nikotin tidak digunakan secara berlebihan (zero nikotin terus lagi bagus).

3) Boston University School of Public Health membuat kesimpulan bahawa rokok elektronik adalah lebih selamat daripada rokok sebenar dan mungkin membantu perokok berhenti merokok, mereka menyatakan “tahap bahan kimia yang dikesan dalam rokok elektronik tidak menimbulkan kebimbangan kesihatan yang serius”. “Rokok elektronik juga didapati serupa dengan pengganti nikotin {seperti NiQuitin) yang sedia ada”.

4) Dr Konstantinos Farsalinos daripada Onassis Cardiac Surgery Center membentangkan “Rokok elektronik adalah alternatif yang lebih selamat kepada rokok tembakau…. Memandangkan bahaya melampau yang dikaitkan dengan merokok, data sedia ada menunjukkan bahawa rokok elektronik adalah jauh kurang berbahaya dan menggantikan tembakau dengan rokok elektronik mungkin bermanfaat untuk kesihatan.”

5) American Association of Public Health Physicians (AAPHP) menyokong penjualan rokok elektronik kepada orang dewasa “kerana ia berkemungkinan menyelamakan 4 daripada 8 juta perokok di Amerika yang sebaliknya akan mati disebabkan penyakit berkaitan dengan tembakau dalam masa 20 tahun.”

SUMBER: mforum2
Disini terdapat satu imej yang menjelaskan kebaikan dari masa ke masa apabila seseorang itu berhenti merokok.


TAOTAUAJER : Nampaknya daripada hujah-hujah di atas vaping tidaklah merbahayakan kesihatan dan akan menyelamatkan perokok di negara ini, makin berkurang lah orang menghisap rokok dan mengeluarkan asap yang busuk. Ape pendapat korang?

Adbox