Breaking

Tuesday, January 29, 2013

WOW! - Iran hantar monyet ke angkasa lepas (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Iran semalam menghantar sebuah kapsul yang mengandungi monyet hidup ke angkasa lepas, lapor saluran televisyen berbahasa Arab, Al-Alam semalam.


Sebelum ini, beberapa percubaan republik Islam tersebut untuk menghantar monyet ke angkasa lepas menemui kegagalan.



IMej yang disiarkan saluran televisyen Al-Alam semalam menunjukkan roket yang membawa kapsul mengandungi monyet ke angkasa lepas dari sebuah lokasi rahsia di Iran.

"Iran berjaya melancarkan sebuah kapsul dengan kod nama Pishgam yang mengandungi seekor monyet," kata satu kenyataan daripada sebuah jabatan angkasa aeroangkasa di Kementerian Pertahanan.

Monyet itu dilaporkan kembali ke Bumi dengan selamat.

Laporan tersebut tidak menyatakan lokasi kapsul berkenaan dilancarkan.

Agensi berita Fars melaporkan bahawa monyet itu dihantar dengan kapsul yang dibawa roket Kavoshgar.

Roket berkenaan bergerak pada ketinggian lebih 120 kilometer.

Pada tahun 2011, Iran mengumumkan ia akan menghantar monyet ke angkasa lepas.

Negara-negara Barat bimbang teknologi balistik yang dimiliki Iran akan menyebabkan ia mampu melancarkan kepala peledak nuklear.

Bagaimanapun, Iran menafikan dakwaan itu dengan menyatakan ia digunakan untuk tujuan keamanan.

SUMBER: KOSMO

TAOTAUAJER : Nampaknya iran maju selangkah ke hadapan apabila melancarkan monyet ke angkasa, mungkin tidak lama lagi monyet akan dilatih menjadi seperti angkasawan dan jadi seperti cerita kartun monyet-monyet menjadi angkasawan dan mungkin tidak lama lagi tidak perlu manusia pergi menjelajah jauh-jauh alam semesta ini.

Adbox