Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

TAOTAUAJER - Biar betul kopi tahi gajah bakal terokai pasaran ? Mungkin korang penah dengar perkara yang sama seperti ini seperti mana kopi lawak atau kopi tahi musang yang merupakan kopi termahal di dunia iaitu dihasilkan di Indonesia, durian termahal dari kotoran gajah dan juga teh termahal dari tahi panda.


Tapi terdapat satu keunikan di Thailand, sebuah hotel, Anantara telah memperkenalkan kopi Black Ivory.
- - - - -
TAOTAUAJER - Kambing terdapat khalimah Allah bernilai RM 640,000 | Wow! memang pasti korang akan terkejut jika mendengar harga seekor kambing nie dengan harga yang tinggi iaitu RM640 ribu. Biar betul! ia memang betul tao tak tipu, dimana kambing ini bernilai tinggi di sebabkan oleh corak pada tubuhnya terdapat Khalimah Allah.


Slam Bhati, 37, dari Rajasthan berusaha menjual kambing ajaib dengan harga itu kepada keluarga Islam yang menyambut Aidiladha. Haiwan berusia dua tahun itu mempunyai perkataan ‘Allah’ tertera pada sebelah badannya.

- - - - -
TAOTAUAJER - Wow Kubur Penyanyi Mesir Berusia 3000 Tahun Ditemui | Apakah ini penyanyi tertua di dunia? Apabila sebuah kubur penyanyi wanita berusia hampir 3,000 tahun di Lembah Diraja Mesir ditemukan ahli arkeologi Switzerland, menurut Menteri Barangan Purba, Mohammed Ibrahim.


Pasukan dari Universiti Basel Switzerland yang diketuai Elena Pauline-Grothe dan Susanne Bickel secara tidak sengaja menemukan kubur tersebut yang terletak dalam Karnak, berhampiran Luxor.

- - - - - - -
TAOTAUAJER - Sibuk kita dengar Sistem Kamera AES yang dipasang sepanjang jalan raya di negara kita. Mungkin ada yang tidak tau lagi apa itu, AES iaitu Automatic Enforcement System atau senang cerita ia adalah satu kamera perangkap laju. Pasti korang tercari-cari sesuatu yang membolehkan korang berwaspada akan kamera AES ini. Tao telah mencuba satu aplikasi yang bagus dan dapat memberi amaran awal apabila kita sudah hampir dengan kamera AES tersebut.


Fakta buat pengetahuan korang 2 hari pertama pemasangan kamera AES ini telah berjaya mengutip 2953 saman dengan berjumlah RM885,600.00. Pasti korang tak nak menjadi dari salah satu saman tersebut di masa hadapan kan!
- - - -
TAOTAUAJER - Benarkah diamana pada hujung Disember tahun ini akan berlaku dunia kegelapan? sepertiman yang tao telah siarkan GEMPAR! - Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 dan 25 Disember ini . Mengikut pada khabar angin tersebut akan berlakunya penjajaran alam semesta pada tarik berikut? seperti mana Rumor sebelum ini yang mengatakan akan terjadi sesuatu pada tanggal 15 Ramadhan 1433, yang mana sudah berlalu tanpa apa apa kejadian pun. 

kredit gambar : http://cikgumanstation.blogspot.com
Apakah kejadian "Penjajaran Alam Semestar" ini benar-benar kan berlaku ? apa yang dinyatakan adalah kononnya pada 23, 24 dan 25 Disember tahun ini (2012), dunia akan berada dalam kegelapan dan tidak akan terjadi kiamat. 

-
TAOTAUAJER - Berguling di atas katil duri di China? Kedahsyatan apakah ini, sehinggakan seorang lelaki berguling di atas satu hamparan yang di penuhi dengan duri. Dimana kegiatan ini sangat terkenal bagi masyarakat barat Guangdong China. Menggerikan sungguh duri yang begitu banyak mencucuk badan lelaki yang berguling di atasnya.


Kalau korang nak tau ini adalah merupakan kegiatan ritual tradisional masyarakat barat Guangdong China. Menurut weibo.com dimana, mereka melakukan ini bertujuan untuk melakukan pengorbanan agar kehidupan kampung menjadi lebih baik.

Lagi gambar di bawah ini...
- - - - -
TAOTAUAJER - Akhirnya Senad Hadzic tiba di Mekah setelah berjalan kaki sejauh 5,700 KM. Masihkah korang ingat kisah seorang lelaki Bosnia yang meninggalkan negara itu Disember lalu untuk mengerjakan haji dengan berjalan kaki? Kini dilaporkan lelaki tersebut telah tiba di Tanah Suci Mekah selepasselepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria.


Menurut Senad Hadzic, walaupun hanya berjalan dan menempuh pelbagai rintangan, dia tidak berasa penat.




“Ini adalah hari terbaik saya,” katanya.

Menurut Senad, 47, sebelum tiba di Makkah, dia berjalan sejauh 5,700 kilometer selama 314 hari melalui Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram. Sebelum ini, Senad mencatatkan perjalanannya di Facebook dan turut memuat naik gambarnya bersama kad warga asing dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri Syria. Kata Senad, dia merentasi Syria pada April dengan berjalan kira-kira 500 kilometer dalam 11 hari.

“Saya melalui Aleppo dan Damsyik serta berpuluh-puluh pusat kawalan dikuasai tentera kerajaan dan pejuang pembangkang.

“Namun, saya tak pernah ditahan,” katanya. Menurut Senad, dia berjalan demi Tuhan, Islam, Bosnia-Herzegovina, ibu bapa dan adik-beradiknya.


Peta laluan Senad Hadzic untuk ke Mekah

Di Facebook, dia berkata, Tuhan memberinya jalan melalui mimpi dengan mengilhamkan supaya memilih laluan Syria berbanding Iraq. Sepanjang perjalanan itu, Senad melalui kawasan yang bersuhu 35 darjah Celsius di Bulgaria hingga 44 darjah Celsius di Jordan. “Saya terpaksa menunggu beberapa minggu di Istanbul untuk mendapatkan kebenaran berjalan melepasi sempadan melalui Jambatan Bosphorus dan dua bulan lagi di sempadan di antara Jordan dan Arab Saudi sebelum diberi visa,” katanya. - AN

TAOTAUAJER : Lihatlah kegigihan lelaki ini sanggup berjalan kaki merentasi 7 buah negara akhirnya sampai juga ke tanah suci mekah. Bayangkan betapa banyak nyer pahala yang lelaki ini dapat, tao rasa tak terkira kot dengan penat lelah titik peluh demi ke jalan islam. - Koleksi Mereka yang Hebat

- - - - -
TAOTAUAJERMenakjubkan Ombak Membeku di Antartika (6 GAMBAR) | Pernahkah korang terfikir apa yang berlaku jika ombak besar tiba-tiba membeku? Inilah fenomena menakjubkan ia kelihatan indah dan menakutkan apabila ombak yang tinggi terjadi tiba-tiba membeku di sebabkan cuaca yang sangat ekstrem. Sepertimana tao ade tunjukkan pantai di pakistan yang tiba-tiba membeku kali nie tao bawakan korang ke Antartika pulak. 


Inilah kekuasaan Allah ombak yang sedang berlaku pun boleh membeku. Lagi gambar di bawah ini...



TAOTAUAJER : Subhanallah, Inilah kejadian alam yang sungguh memukau permandangan dan menakjubkan inilah bukti kehebatan kuasa Allah. Ombak besar pun boleh di bekukan.  

- - - - - -
TAOTAUAJER - Apakah bumi akan bergelap selama 3 hari iaitu pada 23, 24 dan 25 Disember 2012 ini? Fenomena yang kita tidak pernah lalui dimana kegelapan paling lama bakal berlaku berbanding gerhana. Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari pada bulan Disember. Apakah ini satu tanda bermulanya tanda-tanda kiamat besar setelah tanda-tanda kiamat kecil sudah lengkap?


Menurut pada Para Saintis NASA menjangkakan akan berlaku perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh buat bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 dan ianya bukanlah berakhirnya usia dunia.
- - - - - -
TAOTAUAJER - Tahukah korang dimana tanda-tanda Kiamat Kecil telah lengkap. Harus diingati dimana kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Kewujudan Yakjuj dan Ma'juj ini juga telah dibongkarkan oleh NASA penemuan tersebut mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif hidup 20 batu di bawah tanah.


Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia.

Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.


1-Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari.

2-Zina bermaharajalela.

“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim.

Kalau korang tengok di Media bersepah pasal Zina tu yang keluar media yang tak keluar media lagi la banyak agak-agak masa korang tengah baca artikel ini ade berapa ramai yang tengah berzina di dunia ini.. Subhanallah!

3-Bermaharajalela alat muzik.

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah.

Ini memang tidak dapat nak dinafikan la alat muzik sememang nyer bermaharaja lela korang tengok la media sekarang, bersepah rancangan-rancangan musik dan program-program yang melalaikan.

4-Menghias masjid & membanggakannya.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

Korang lihat dekat negara kita sendiri sudah, berapa banyak masjid yang berhiasa tesergam indah? Bahkan sekarang ini menara di Mekah jugak sudah seperti menjadi kebanggaan buat kita betapa tinggi nyer.

Sebab Nabi Muhammad SAW penah menyebutkan:

“..apabila engkau melihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing berbangga-banga menegak dan meninggikan bangunan.” SubhanAllah!

Seperti mana yang kita lihat sekarang tanda kiamat di tepi Kaabah jer iaitu Menara Jam Di Raja Mekah. Dimana tao juga pernah mengeluarkan artikel tentang Menara jam Mekah pelengkap tanda Kiamat.HOT!

5-Munculnya kekejian.

“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

6-Ramai orang soleh meninggal dunia.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad.


7-Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”

- Riwayat Thabrani.

8-Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad.

9-Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

Ini pon sudah menular di negara kita.. lihatlah artis-artis sekarang berpakaian tetapi telanjang pakaian tak cukup kain.

10-Bulan sabit kelihatan besar.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”

- Riwayat Thabrani.

11-Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim.

Zaman sekarang nie kita sukar untuk membezakan dan keliru samaada berita yang di sampaikan tersebut adalah benar ataupun tidak.

12-Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad.

13-Negara Arab menjadi padang rumput &  sungai.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim.

Apakah arab akan kembali menjadi padang rumput semula seperti mana pernah di lakonkan dalam cerita The Mummy : Scorpion King ?

TERKINI Padang Pasir Bertukar Menjadi Taman Tema Air Terbesar Di Dunia (9 GAMBAR) HOT!

14-Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.

“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud &  Nasai.

Haaa.. yang ini sudah banyak berlaku bak yang jauh dan dekat mungkin terdapat di kalangan sahabat atau keluarga korang juga melakukan seperti ini.

15-Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam.

“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.


Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.

(H.R Muslim).

Keterangan:

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat.

Sepuluh tanda itu ialah:

1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa. Sepertimana nasa juga mengeluarkan kenyataan dimana suatu hari nanti matahari akan terbit di belah BARAT! 

5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7. Gempa bumi di Timur.

8. Gempa bumi di Barat.

9 .Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

MAKA BERSEDIALAH WAHAI UMAT ISLAM..

TAOTAUAJER : Lihatlah betapa hampirnya kita.. dan apa yang tersenarai di atas telah banyak yang berlaku  di dunia ini. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi keinsafan. Salah dan silap harap di maaf sesunggunhya tao juga tidak terlepas dari membuat kesilapan dan kemungkaran. - Koleksi Artikel Islamiah

- - - - - - - - - - -
TAOTAUAJER - Mengemparkan apabila motosikal terbang di Felda Jengka 4. Penduduk tempat tersebut digemparkan dengan kejadian motosikal terbang dan tersangkut di atas atap garaj salah sebuah rumah milik peneroka tanah rancangan terbabit, petang kelmarin.


Motosikal terbabit yang dinaiki tiga remaja berusia 16 tahun itu dikatakan terbabas sebaik sahaja keluar dari satu simpang kerana gagal mengawal brek lalu merempuh atap garaj rumah milik Ramlah Seman, 55, yang berada dalam kedudukan kira-kira tiga meter lebih rendah dari jalan tersebut.
- - - - - -
TAOTAUAJER - Benarkah panaskan enjin kereta sebelum jalan hanya mitos semata-mata ? Mungkin korang masa kecik penah tengok ayah atau sesiapa yang ada kereta akan pagi-pagi memanaskan enjin kenderaan untuk beberapa minit sebelum keluar pergi kerja ataupun korang sendiri juga melakukan tabiat seperti ini ? . Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?


Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Makan masa dalam 15 minit juga. Golongan kaki panaskan enjin seperti itumesti bangun awal. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia?

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan idling adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stylel Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus. Jadi berikut antara bahaya atau keburukkan dalam amalan yang tidak betul ini.


DINDING SILINDER CEPAT HAUS

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.


PALAM PENCUCUH MENJADI KOTOR

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.



PAIP EKZOS CEPAT BERKARAT

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.


FUNGSI ENJIN GAGAL BERFUNGSI DENGAN BAIK

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun dah mula guna pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, anda perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Anda rasa apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?


MEMBAZIR DAN MENCEMARKAN

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin.

Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang anda perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan idling?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab mereka tahu jika enjin cepat rosak nanti mesti pelanggan mengadu. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus pandu cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini tidak, siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan isteri tapi enjin kereta terbiar hidup.

Seperkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan anda tidak bergerak. Kalau tunggu kekasih turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan idling ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.


- - - - - -
TAOTAUAJER - Buah labu terbesar dunia milik Wallace ? biar betul besar giller labu tu. Ron Wallace seorang penanam labu dari Greene, Pulau Rhode, Amerika Syarikat diundang menghadiri program bual bicara Live with Kelly and Michael di New York kelmarin.


Dia diundang bagi menceritakan tentang buah labunya yang seberat 849 kilogram (kg).
- - - -
TAOTAUAJER - Sungguh menggelikan apabila terapi menggunakan larva lalat. Pastinyer ada yang tidak sanggup melihat larva atau ulat yang seperti cacing yang menguit-guit tentu menggelikan. Tapi cuba korang bayangkan apabila larva tersebut di gunakan sebagai terapi dan diletakkan pada bahagian luka korang? bukan saeekor tetapi banyak ekor.


Dulu, beberapa doktor menyedari bahawa tentera yang pada lukanya terdapat larva lalat sembuh lebih cepat berbanding yang tidak. Larva lalat ini memakan sel-sel kulit mati dan bakteria.

- - - - - - -
TAOTAUAJER - Pernahkah korang tau akan keajaiban air mata manusia? Air Mata sebenarnya mempunyai beberapa fungsi yang sangat ajaib, jadi siapa kata orang yang menangis terus air matanya kering? Justeru orang yang menangis mempunyai beberapa kelebihan akibat dari kesan yang ditimbulkan air matanya.


Siapa kata menangis tak ada gunanya? Akibat dari menangis yang terlalu lama akan membuatkan mata menjadi merah dan bengkak. Tapi jangan salah, menangis dan mengeluarkan air mata ternyata jadi ubat   ajaib  yang berguna bagi kesihatan tubuh dan fikiran. Apa saja keajaiban air mata itu? Dapati fungsi air mata dan kesihatan mata anda. Dan menangislah kerana Allah Taala.

1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada mata yang bleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibiotik. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan kadar emosi kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun. Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkan dari mata.

5. Mengurangkan stres
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membina komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang untuk bangun dengan semangat dan azam baru. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya pada teman-temannya atau seseorang yang memberikan bantuan, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dengan lebih tenang.

7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem dalam badan, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dengan menangis, jangan dipendam kerana anda bleh menangis dengan penuh penyesalan.

TAOTAUAJER : Lihat betapa banyak nyer keajaiban dari air mata , walaupun ia sekadar air yang keluar dengan kadar yang tidak banyak namun ia mempunya pelbagai manfaat buat diri kita. Syukuri lah apa yang kita ada dan ucapkanlah 'Alhamdulillah'. Tetapi korang mesi ingat walaupun air mata banyak keajaibannya tetapi dengan menangis bukan lah satu langkah bagi selesaikan sesuatu masalah.


- - - - -
TAOTAUAJER - Biar betul khalimah Syahadah ‘La Ilaha Illallah’terukir di cincin Barack Obama? Seorang Pakar Islamologi yang berasal dari Amerika Syarikat, Mark A Gabriel, telah melakukan kajian terhadap gambar-gambar cincin Barack Obama yang terukir kalimah syahadah yang tersebar luas di internet sejak belakangan ini.


Menurut kajian beliau ukiran pada cincin yang selalu dipakaikan Obama di jari manis tangan kirinya itu memang benar bermotifkan kaligrafi lafaz kalimah syahadah.
- - - - -
TAOTAUAJER - Mengejutkan dijumpai batu yang menyerupai bayi menangis. Kisahnya di mana sebiji bongkah batu di dalam sebuah kolam yang telah kering di Kampung Pananjung di Jawa Barat didapati menyerupai wajah seorang bayi. Malah, batu itu dilihat boleh berubah-ubah dalam lingkungan jarak dua meter.


Batu menyerupai wajah bayi itu mampu menunjukkan sama ada ekspresi sedih atau ceria dan penduduk di sekitar lokasi mengaku kerap mendengar suara tangisan dari batu tersebut. Air juga dikatakan keluar dari celah batu yang mirip dengan wajah anak kecil itu.

Pengunjung melihat bongkah batu yang menyerupai wajah bayi di Garut, Jawa Barat, baru-baru ini.

''Beberapa kali saya mengambil gambarnya, batu itu berubah-ubah sama ada menunjukkan wajah bayi yang sedang kesedihan atau ceria,'' katanya kepada detikNews.

Menurut penduduk setempat, Ny. Atin, 35, terdapat beberapa lagi bongkah batu di dalam kolam yang telah kering itu.

''Rumah saya hanya 50 meter dari kolam itu. Jadi, saya dapat melihat dengan jelas batu itu menyerupai wajah seorang bayi,'' katanya.


Penduduk di sekitar lokasi mengaku kerap mendengar suara tangisan dari batu tersebut. Air juga keluar dari celah batu yang mirip dengan wajah anak kecil itu.

Menurut saksi Jumhur yang juga penduduk di situ,Suara tangisan biasanya kedengaran pada malam jumaat sahaja.

TAOTAUAJER : Seram pulak tulis artikel ini... hehee , boleh ker dipercayai perkara seperti ini? Adakah hanya rekaan semata-mata bagi menaikkan populariti sesuatu kawasan tersebut? Hanya Allah yang tahu. - Koleksi Misteri dan Seram


- - - -
TAOTAUAJER - Wow planet di penuhi dengan belian di temui di angkasa lepas. Pasti tak tercapai akal korang aga-agaknyer macam mana keadaannya sebuah planet yang di penuhi dengan belian. Dimana sekumpulan ahli astronomi menemui sebuah planet dua kali lebih besar daripada Bumi dengan sebahagian besarnya adalah berlian, mengorbit bintang yang boleh dilihat dengan mata kasar.


Gambaran artis disiar Universiti Yale menunjukkan Planet ’55 Cancri e’
- - - - - - - -
TAOTAUAJER - Maram dinobat ratu cantik Arab Saudi | Pertandingan ratu cantik di Arab Saudi? Ia mungkin kedengaran aneh, tetapi benar berlaku dan disertai wanita negara itu, bersama panel hakim untuk menghakimi peserta dan dua naib juara.


Maram (tengah) bersama pemenang kedua dan ketiga ratu cantik Arab Saudi 2012.

Selamat datang ke acara tahunan kali ketiga pertandingan ratu cantik Arab ‘Ratu Etika’ , di mana wanita yang menang tidak dinobatkan berdasarkan paras rupa, ukuran badan atau kecantikan fizikal, tetapi pada ‘etika’ beliau. Tema pertandingan ratu cantik tahun ini ialah "etika saya, identiti saya". Pertandingan diadakan Isnin lalu di Dewan Besar Raja Abdullah di wilayah Timur Qatif.
- - - - -
TAOTAUAJER - Felix Baumgartner Telah Cipta Rekod Terjunan Angkasa | mesti ada yang terfikir tinggi giller lelaki nie terjun aga-agak kalau korang pasti terkencing terberak punye la dalam sut tu. Seperti mana tao ade bagi tau tentang terjunan yang menghampiri laju bunyi bakal di lakukan oleh Felix kini sudah menjadi kenyataan apabila dia berjaya melakukan terjunan tersebut.


Penerjun Austria Felix Baumgartner berjaya mencipta rekod dunia terjun dari pinggir angkasa pada pagi ahad 13 Oktober 2012 dan mendarat dengan selamat di gurun New Mexico selepas jatuh bebas dari ketinggian 39km dari aras bumi. Beliau membuka payung terjunnya setelah mencapai kelajuan jatuh bebas melebihi 1100 kilometer sejam.

- - - - - - -
TAOTAUAJER - Wonder Girls memakai baju kurung sewaktu membuat konsert di Malaysia? Ia sungguh berbeza sekali apabila wonder Girls memakan baju kurung sewaktu membuat konsert di malaysia baru-baru ini. Seperti mana yang korang tau deorang nie memang sentiasa menampilkan persembahan dengan pakaian-pakaian yang agak seksi sewaktu membuat persembahan ape-ape pon korang lihat gambar-gambar di bawah ini...


Apabila Artis korea ini memakai baju kurung nampak ayu la pulak macam awek-awek kat malaysia...hehe

- - -
TAOTAUAJER - Seorang lelaki Yaman mendakwa menemui sebuah manuskrip lama yang dipercayai paling tua iaitu naskhah Al-Quran. Kitab suci umat Islam itu ditemui di dalam penutup kulit dalam sebuah gua di pergunungan selatan bandar Dhale, di bahagian selatan negara itu, lapor halaman web berita Yaman berbahasa Arab, Aden Gulf News.


Perkataan “Manuskrip ini ditulis tangan pada 200 Hijrah (815 Masihi) tertulis pada halaman pertama dan ujian awal menunjukkan bahawa naskhah berkenaan adalah tulen, menjadikan ia kitab Al-Quran tertua masih wujud.

Berdasarkan halaman web itu, huruf Arab tidak mempunyai titik yang hanya diperkenalkan pada peringkat akhir dalam abjad Arab untuk membezakan ia dengan huruf lain yang kelihatan sama.

“Pemuda yang enggan dikenali itu dilaporkan turut menerima tawaran sejumlah besar wang bagi menukar manuskrip berkenaan termasuk sejumlah YR12 juta (RM170,664) yang ditawarkan kepadanya, tetapi enggan berbuat demikian,” kata saudara terdekatnya.

Katanya beliau tiba di gua gunung berkenaan dengan mendaki menggunakan tali dan menegaskan itu hanya satu-satu cara untuk ke sana.

Halaman berita itu mendakwa lelaki berkenaan juga menemui sebilah pedang bersebelahan naskhah al-Quran tyang dipercayai milik Ali Bin Abu Talib, Khalifah keempat Islam yang juga menantu Nabi Muhammad.

Beberapa perakuan sejarah mengatakan bahawa ia adalah pedang Dhu Al Faqqar yang dihadiahkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada Ali. - Agensi


- - -
TAOTAUAJER - Seorang Doktor NEUROLOGI U.S Menemui Keajaiban ALLAH S.W.T. | Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.


gambar hiasan

Mari kita lihat apakah penemuan-penemuan oleh Doktor ini;
- - - - - -
TAOTAUAJER - Kelibat Naga dirakamkan ruang langit berawan di Jiang Xi, China | Mengejukan jika korang terakam objek aneh di udara seperti seorang lelaki dari Fuzhou China timur bahagian Jianxi. Beliau mendedahkan satu gambar yang berjaya dirakamkan di langi.


Guan Mulin mendedahkan dimana dia berjaya merakamkan gambar naga yang terbang di langit sewaktu dia sedang memandu kereta.

- - - - - - -
TAOTAUAJER - Untuk memuaskan nafsu dan tiada perempuan makan anak patung untuk puaskan nafsu di cipta. Malodrax adalah nama samaran bagi pemuda yang berasal dari Canada ini.Dia merupakan salah seorang ahli komuniti ‘misc’ yang sering menghabiskan masanya berbahas mengenai agama dan politik. Tapi.....


Dia akan mencatatkan pelbagai pertanyaan dan mesej panjang sehingga ada kalanya tulisannya itu akan menjadi pelik, seram, lucu dan tidak masuk akal.
- - - - - -
TAOTAUAJER - Bola mata gergasi ditemui di pantai Amerika Syarikat menjadi tanda tanya dan misteri apabila mata gergasi sebesar bola lisut tersebut di temui oleh seorang lelaki semasa dia berjalan pada Rabu lalu.


GAMBAR yang disiarkan Suruhanjaya Pemuliharaan Hidupan Liar dan Ikan Florida kelmarin menunjukkan bola mata gergasi yang ditemui di Pantai Pompano, Florida.

Beberapa saintis Amerika Syarikat (AS) cuba menyelesaikan misteri satu bola mata gergasi yang ditemui di sini.
- - - - - -

TAOTAUAJER - Menakjubkan air terjun yang mengalir membeku di China. Mungkin ini adalah kali pertama korang melihat fenomena menakjubkan seperti ini. Kalau sebelum ini tao ade tunjukkan sungai yang membeku di Pergunungan Wasingtoon Valley seperti kristal dan juga pantai yang membeku di Pakistan ini lain pula di China apabila air terjun yang mengalir membeku.


Seperti pada fenomena ganjil ini ini, pernahkah anda melihat sebuah air terjun membeku dan berhenti mengalir? ini adalah satu lagi bukti Kebesaran Allah SWT .. Mari kita boleh melihat gambar Air Terjun Beku di bawah ini.



Pelancong mengambil gambar air terjun beku di hadapan Reservoir Empangan Longchuang, Zaozhuang City, Shandong Province China Timur. Air menyimbah Empangan Takungan Longchuang membeku apabila suhu jatuh dan bertukar menjadi air terjun ais.

TAOTAUAJER : Segala fenomena alam yang ada di sekitar kita boleh menjadi suatu pelajaran bagi kita, betapa kecilnya kita di hadapan sang pencipta, seluruh alam semesta dan jaringan raya ini adalah miliknya. - Koleksi Keindahan Alam

- - - - - - - -