Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

TAOTAUAJER - Satu gempa bumi 7.6 magnitud melanda luar pantai timur di Filipina lewat Jumaat waktu tempatan (31 OGOS 2012). Gempa bumi itu berlaku pada 12:47 UTC (07:47 CDT).


Ini gempa bumi bawah laut yang kuat telah mencetuskan amaran tsunami di sepanjang pantai di kebanyakan negara Asia. Tiada laporan segera kerosakan atau kecederaan.

- -
TAOTAUAJER - Subhanallah Beluncas yang sangat lapar : Beribu-ribu larva rama-rama menenun sarang gergasi untuk melindungi diri mereka dan yang lebih penting, makanan mereka, dari pemangsa.


Kebanyakan haiwan akan mangambil langkaH ekstrem untuk melindungi makanan hasil titik peluh mereka daripada pemangsa.

Gambar-gambar luarbiasa menunjukkan sarang yang di buat oleh beribu-ribu larva rama-rama sepanjang 20kaki bertentangan Penjara Belmarsh di tenggara London.

- - - -
TAOTAUAJER - Unik motosikal tandas di cipta di Jepun, pelik-pelik jer jepun ni. Sebelumn ini dari tao juga ada mengeluarkan artikel motosikal yang bergerak menggunakan tenaga yang di janakan menggunakan najis.


Semalam Syarikat pengeluar motosikal tandas di Jepun menyatakan motosikal tersebut boleh bergerak sejauh 300 kilometer (km) jika diisi penuh dengan najis dan kumbahan haiwan.
- - - - - -
TAOTAUAJER Hari ini Internet melimpah ruah dengan berita Samsung menghantar 30 trak yang sarat dengan syiling 5 sen ke ibu pejabat Apple di California. Seperti mana yang kita tahu samsung kalah dalam patent hakcipta beberapa model keluarannya. 


Apakah benar jika samsung menghantar duit syiling sebanyak  20,000,000,000 keping 5 sen dikatakan tiba di ibu pejabat Apple di California ?
- - -
TAOTAUAJER - Pada tarikh 31 ogos esok nanti sempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke 55 malam tersebut kita akan di sambut dengan fenomena yang unik di bumi ini.


Dimana Langit akan di hiasi dengan kedatangan bulan biru atau dalam istilah asingnya di kenali sebagai blue moon.

Apa sebenarnya blue moon tu? Jom kita ketahuinya
- - - - - -
TAOTAUAJER - Unik Robot di cipta bagi menghasilkan Mee di China. Mungkin ramai tidak tahu bahawa mee sudah wujud pada 2500 tahun yang lalu di China. Kini dunia semakin maju mengikut peredaran zaman robot pembuat mee tercipta di China.


Robot pembuat mee, demikian namanya, dikeluarkan oleh seorang pengusaha di China untuk membuat mee dengan cara yang sama konvensionalnya dengan tenaga manusia.

- - - - -
TAOTAUAJER - Rasanya ini lah kad raya paling terbaek tahun nie untuk keinsafan bagi mereka yang memandu pulang raya ke kampung halaman supaya lebih berhati-hati di jalan raya.


Kalau kita lihat di sini pada kad raya ini terdapat gambar-gambar mengerikan, gambar-gambar kemalangan yang dahsyat siap bersepai kepala otak. 
- - - -
TAOTAUAJER - Jerman bakal memperkenalkan bas awam terpanjang di dunia, Autotram Extra Grand 98 kaki (32.6 meter) panjang dan mampu memuatkan 256 penumpang pada satu-satu masa.

Pemandangan dari luar bas terpanjang di dunia yang bakal diperkenalkan di Jerman

Ia akan digunakan mulai Oktober ini selepas tamat ujian keselamatan.
- - - -
TAOTAUAJER - Fenomena Cahaya Misteri nampak di bumi dari Luar Angkasa berjaya di rakamkan. Para penyelidik mengaku tidak dapat mengambil gambar fenomena ini dalam resolusi tinggi. Fenomena cahaya ini sangat pelik dan aneh dan Misteri bagi kita yang tidak pernah tahu akan fenomena ini.


Fenomena ini berlaku pada ketinggian 80 km dari permukaan Bumi. Fenomena ini biasanya hanya akan muncul sewaktu berlakunya taufan atau ribut.
- - - - - - - -
TAOTAUAJER - Omg! Omg! geliman sungguh apabila lemang yang telah di buka didapati terdapat seekor katak di dalamnya siap di masak.


Cuba korang bayangkan sekiranya katak ini pada bahagian bawah lemang tersebut dan korang makan bahagian atas dahulu kemudian nanti nyer bukak bahagian bawah tetiba ada katak... adoyai!
- - - - -
TAOTAUAJER - Kenapa Dunia Sembunyikan Fakta Besar Tentang Ka’bah? Seperti mana yang kita tahu titik tengah bumi bagi sistem masa asalnya merujuk kepada masa solar di diterima pakai sebagai masa standard global ialah Greenwich Mean Time (GMT)


Ternyata Bukan GMT Bukan Di Greenwich, Makkah adalah pusat bumi yang sebenar.“Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.”

Kaabah, rumah Allah sejuta umat muslim merindukan berkunjung dan menjadi tetamu – tetamu Allah sang maha pencipta. Kiblatnya (arah) umat muslim dalam melaksanakan solat, dari mana-mana negara semua ibadah solat menghadap ke kiblat ini.



Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)

Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.

Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi

Firman Allah yang bermaksud:

“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7)

Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.

Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.

Istilah Ka’bah adalah bahasa al quran dari kata “ka’bu” yg bererti “mata kaki” atau tempat kaki berputar bergerak untuk melangkah. Ayat 5/6 dalam Al-quran menjelaskan istilah itu dg “Ka’bain” yg bererti ‘dua mata kaki’ dan ayat 5/95-96 mengandungi istilah ‘kabah’ yang ertinya nyata “mata bumi” atau “sumbu bumi” atau kutub pusingan utara bumi.

Allah berfirman lagi yang bermaksud :

“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)

Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.

Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.

Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.

Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya :
Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , 

sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.

Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. – (Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)

Baik..  kita balik pada Neil Amstrong dan Fakta kajian saintifik

Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat kepada planet Bumi. Fakta ini juga telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.

Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di kawasan yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.”

Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan laman web tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah.


Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil gambar planet Marikh, radiasi tersebut masih berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu kawasan yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub .

Itulah sebabnya kenapa jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Prof. Hussain Kamel menemukan suatu fakta mengejutkan bahawa Makkah adalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia. Untuk tujuan ini, ia menarik garis-garis di atas peta, dan sesudah itu ia mengamati dengan saksama kedudukan ketujuh benua terhadap Makkah dan jarak masing-masing.  .

Ia memulai untuk menggambar garis-garis sejajar hanya untuk  memudahkan unjuran garis bujur dan garis lintang . Ia kagum dengan apa yang ditemukan, bahawa Mekah merupakan pusat bumi atau dunia. (Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, Ogos, 1978).



Peristiwa yang berlaku setiap tahun iaitu fenomena Istiwa Matahari di Atas Kaabah 

Gambar-gambar Satelit, yang muncul kemudian pada tahun 90-an, menekankan hasil yang sama ketika kajian-kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi waktu daratan itu diciptakan.


Telah menjadi teori yang mapan secara ilmiah bahawa lempengan-lempengan bumi terbentuk selama usia geologi yang panjang, bergerak secara teratur di sekitar lempengan Arab. Lempengan-lempengan ini terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah menunjuk ke Makkah.

Kajian ilmiah ini dilaksanakan untuk tujuan yang berbeza, bukan dimaksud untuk membuktikan bahwa Makkah adalah pusat dari bumi. Bagaimanapun, kajian ini diterbitkan di dalam banyak majalah sains di Barat.

Allah berfirman di dalam al-Quran al-Karim sebagai berikut:

‘Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya ..’ (Asy-Syura: 7)

Kata ‘Ummul Qura’ berarti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya menunjukkan Makkah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, kata ummu (ibu) mempunyai erti yang penting di dalam kultur Islam.

Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Makkah juga merupakan sumber dari semua negeri lain, sebagaimana dijelaskan pada awal kajian ini. Selain itu, kata ‘ibu’ memberi Makkah keunggulan di atas semua kota lain.

Makkah atau Greenwich ?

Berdasarkan pertimbangan yang saksama bahwa Makkah berada tengah-tengah bumi sebagaimana yang dikuatkan oleh kajian-kajian dan gambar-gambar geologi yang dihasilkan satelit, maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Makkah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. Hal ini akan mengakhiri kontroversi lama yang bermula empat dekad yang lalu.

Ada banyak perbalahan ilmiah untuk membuktikan bahawa Mekah merupakan wilayah kosong bujur sangkar yang melalui kota suci tersebut, dan ia tidak melewati Greenwich di Britain. GMT dipaksakan pada dunia ketika majoriti negeri di dunia berada di bawah jajahan Inggeris. Jika waktu Makkah yang diterapkan, maka mudah bagi setiap orang untuk mengetahui waktu solat.

Makkah adalah Pusat dari lapisan-lapisan langit

Selain itu ada hadis yang mengatakan bahawa Masjidil Haram di Makkah, tempat Ka’bah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh bumi (maksudnya tujuh lapisan yang membentuk bumi)

Ada beberapa ayat dan hadits nabawi yang menyiratkan fakta ini. Allah berfirman, ‘Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.’ (Ar-Rahman: 33)

Kata aqthar adalah bentuk jamak dari kata ‘qutr’ yang bererti dia, dan ia merujuk pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.

Dari ayat ini dan dari beberapa hadis dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, maka itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.

Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.

“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)

“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR. Thabrani)

••••► Ketahui Kisah Asal Usul Batu Hajar Aswad - HOT!

UPDATES: Kini seorang lagi Angkasawan menyatakan tentang betapa menakjubnya Kaabah dimana Angkasawan berkenaan memberitahu demikian kepada pelajar Arab Saudi yang menyertai program Persatuan Kembara Angkasa Lepas. Baca artikel penuh ••••► Makkah, Madinah Paling Terang Dari Angkasa Lepas.


TAOTAUAJER - Subhanallah banyak perkara yang masih belum kita tahu dan menjadi misteri meskipun ia mungkin tertulis dan tersirat di dalam Al-Quran. Semoga info yang tao himpunkan ini dapat menjadi pedoman dan info buat semua pembaca harap salah dan silap di maafkan. - Koleksi Artikel Islamiah

- - - - - - - - - - -
TAOTAUAJER - SATU dunia mengenali Neil Armstrong, angkasawan pertama yang menjejakkan kaki di bulan. Tepat jam 10.56 malam pada 20 Julai 1969. Kini Neil Armstrong menjadi sejarah dunia apabila meninggal pada hari ini pada usia 82 tahun. 


Pasti korang pernah dengan akan konspirasi akan sebenarnya deorang tak mendarat pon kat bulan tu. Tao pon ade membaca artikel dan juga saksikan pembongkaran tersebut di Youtube.

Pasti korang penah dengar tentang Neil Armstrong angkasawan pertama dunia menjejakkan kaki di bulan telah mendengar satu suara ketika berada di bulan. Bernarkah?

Peristiwa itu disaksikan lebih 600 juta manusia, satu peristiwa paling ramai ditonton dalam sejarah televisyen!


Apabila Neil Armstrong mendarat ke bumi, dia masih mencari-cari apakah suara tersebut sehinggalah dia terdengar suara azan dan mengatakan itulah suara yang dia dengar ketika di bulan. Lantas Neil Armstron pun memeluk islam.

Kebenaran cerita tersebut dibongkarkan dari mulut Neil Armstrong sendiri yang datang ke Kuala Lumpur pada tahun 2005 yang artikelnya di keluarkan oleh TheStar.

KUALA LUMPUR: Man’s landing on the moon is no hoax, said Neil Armstrong, the first person there. 
Denying such claims, he said that the world loved a conspiracy theory. The moon mission was a very difficult, big and expensive project, said the commander of Apollo 11 who touched down on the moon on July 20, 1969.
MY HERO: Zaid greeting Armstrong at the KLCC in Kuala Lumpur Tuesday. 
Armstrong is here for the two-day Global Leadership Forum.

“The only thing that might be more difficult than the Apollo programme was trying to fake it,” he said during a question-and-answer session at the Global Leadership Forum here yesterday.
Asked by Malaysian astronaut candidate Zaid Zahari, 32, which he considered to be his greatest achievement – landing on the moon or getting back to Earth safely – Armstrong said it was a “superior moment” when he set foot on the moon. 
This was because he believed the Apollo 11 had only a 50% chance of a successful landing in its first attempt. 
The final approach, he said, was a very difficult part of the flight and no computer software had demonstrated this flight before. 
“When we touched down on the surface, recognising that that was the goal of one-third of a million people working for nearly a decade, and all that people sharing in the satisfaction of reaching that goal, was a superior moment.” 
Armstrong said he was “elated, ecstatic and extremely surprised that we were successful.”
Armstrong, 75, also denied he had heard the Muslim call to prayer on the moon and had converted to Islam.      
SUMBER : The Star

Dalam satu temu bual pada tahun 2009, Armstrong menafikan beliau sudah memeluk Islam.

“Soalan ini sudah ditanya kepada saya sejak 15 tahun lalu. Sebagai menghormati rakan Islam, saya sebenarnya tidak pernah memeluk Islam,” katanya.

Menurut Armstrong, cerita itu mengatakan dia berkunjung ke Mesir dan terdengar azan dari sebuah masjid. Dia kemudian dikatakan bertanya kepada seorang lelaki tujuan azan dilaungkan. Apabila lelaki itu mengatakan ia adalah panggilan supaya umat Islam mengerjakan sembahyang, Armstrong serta-merta membuat keputusan memeluk Islam. Malah, dia dikatakan disuruh kerajaan AS supaya merahsiakannya kerana beliau seorang lelaki popular waktu itu.

“Itu semua tidak benar. Malah, saya tidak pernah pergi ke Mesir sepanjang hidup saya,” katanya.

Armstrong yang dilahirkan pada 5 Ogos 1930 di Ohio, AS mula teruja dengan penerbangan sejak kanak-kanak. Malah, dia mula mengikuti kelas penerbangan pada usia 15 tahun dan berjaya memperolehi lesen juruterbang pelatih setahun selepas itu.

Pada 1947, Armstrong menyambung pengajian di University Purdue atas biasiswa Tentera Laut dalam bidang Kejuruteraan Aeronautikal. Namun pada 1949, pihak Tentera Laut memanggilnya untuk melapor diri sebagai tentera.

Sebagai juruterbang tentera laut, dia menyertai 78 misi ketenteraan dan menerima tiga pingat sepanjang khidmatnya sebagai tentera. Pada 1952, Armstrong menyambung pengajian di Universiti Purdue dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Kejuruteraan Aeronautikal. Seterusnya dia menerima Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Kejuruteraan Angkasa Lepas dari Universiti California.

Pada 1955, dia menyertai Makmal Penggerak Penerbangan Lewis, Majlis Penasihat Aeronautik Negara (Naca) (sekarang dikenali sebagai Pusat Kajian Lewis Nasa) di Cleveland, Ohio.

Armstrong dipilih sebagai angkasawan Nasa pada 1962. Tugas pertamanya adalah sebagai juruterbang pembantu untuk misi Gemini V. Pada 16 Mac 1966, dia diberi tanggungjawab juruterbang Gemini VIII bersama Dave Agena dan berjaya melaksanakan misi itu. Seterusnya pada 1969, dia dipilih sebagai komander untuk mengetuai misi Apollo 11 ke bulan yang mencetus sejarah dunia.

Armstrong meletak jawatan daripada Nasa pada 1971 dan kembali ke Ohio sebagai Profesor dalam bidang Kejuruteraan Angkasa Lepas di Universiti Cincinnati dari 1971 hingga 1979. Kini, dia adalah Pengerusi CTA Inc, sebuah syarikat sistem maklumat.

TAOTAUAJER : Konspirasi pendaratan Neil Armstrong di bulan masih lagi menjadi tanda tanya tak tau mana yang betul sama ada ia fakta mahupun ianya konspirasi atau sekadar khabar angin yang ingin menjatuhkan sesuatu pihak. - Koleksi PEMBONGKARAN

- - - - - -
TAOTAUAJER - Angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong, manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan meninggal dunia, lapor media AS hari ini.


Beliau berusia 82 tahun. Armstrong menjalani pembedahan jantung awal bulan ini selepas doktor mendapati ada sekatan di pembuluh jantungnya.
- - - - - -
TAOTAUAJER - Hebat tangan Samuel Silva, sebuah Pen ternyata boleh menghasilkan koleksi karya lukisan yang indah. Dan uniknya  Pallpen  yang digunakan juga hanya pen biasa.

Samuel Silva yang juga seorang pengacara mampu membuat lukisan yang halus seninya dan indah hanya dengan menggunakan pen biasa. Sejumlah karyanya tersebut dipamerkan di Deviant Art.

Berikut ini adalah karya lainnya.

- - - - -
TAOTAUAJER - Kayu sugi yang diberi nama THIS ini telah diperkenalkan oleh seorang pelajar rekacipta rakyat Lebanon, Leen Sadder. Beliau telah mempromosi kayu sugi kepada warga Barat dan menjual produknya itu di kedai-kedai di kawasan tempat beliau belajar.


Miswak atau kayu sugi telah digunakan sejak sekian lama bagi mencuci dan membersihkan gigi. Ia merupakan salah satu amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
- - - -
TAOTAUAJER - Seorang petani Nepal yang dipatuk ular tedung ketika bekerja di sawah telah membunuh reptilia itu dengan menggigitnya beberapa kali, Selasa lalu.


"Penjinak ular memberitahu saya jika dipatuk ular, kita gigit sehingga ia mati dan tiada apa yang akan berlaku kepada kita," kata Mohammed Salmodin kepada BBC.

Mohammed kini sudah dibenar keluar dari hospital di mana dia menerima rawatan akibat dipatuk ular.


Pegawai mengatakan bahawa petani itu tidak akan didakwa kerana reptilia itu tergolong dalam spesis yang tidak terancam.

"Apabila saya menyedari ular telah mematuk saya, saya pulang ke rumah untuk mengambil lampu suluh dan saya lihat ia adalah ular tedung. Lalu saya menggigit ular itu hingga mati," katanya yang ditemui di Biratnagar.

Selepas dipatuk ular, Mohammed menjalani aktivitinya seperti biasa seperti tiada apa yang berlaku. Namun akhirnya dia bersetuju mendapatkan rawatan selepas ahli keluarga, jiran dan polis mendesaknya.

Kejadian berlaku Selasa lalu di sebuah kampung 200 kilometer dari Kathmandu.

Ular yang dibunuh itu dilaporkan spesis ular tedung biasa. Nepal mempunyai pelbagai spesis ular, banyak yang berbisa - seperti ular tedung.

Terdapat kira-kira 20,000 kes dipatuk ular setahun, kebanyakannya di selatan Terai, menyebabkan 1,000 kematian, laporan agensi berita AFP.

Nasihat kepada mangsa gigitan ular berbeza kerana ular yang tidak sama jenisnya memiliki racun yang berbeza.

sumber : SH

- - - -
TAOTAUAJER - USTAZ Don Daniyal Don Biyajid begitu disayangi dan disenangi ramai, apatah lagi karakternya mudah mesra serta peramah membuatkan siapa saja senang mendekati pendakwah muda ini.


Kedua-dua pengantin nampak sangat cantik dan berseri-seri  

Lagi gambar Perkahwinan Ustaz Don di bawah ini 

-
TAOTAUAJER - Dari catatan sejarah, kondom telah digunakan sejak beberapa ratus tahun lalu. Sekitar tahun 1000 sebelum Masihi orang Mesir kuno menggunakan linen sebagai sarung kemaluan untuk mencegah diri mereka dari penyakit.


Tahun 1500 untuk pertama kali diperkenalkan diskripsi dan percubaan alat mencegah penyakit berupa kondom di Itali.

- - - - - -
TAOTAUAJER - Australia akan menjadi negara pertama yang mengharamkan jualan tembakau jika cadangan Tasmania untuk membendung orang-orang yang boleh membeli rokok diteruskan.



Pentadbiran tertinggi Tasmania menyeru pengharaman jualan rokok kepada sesiapa yang lahir selepas tahun 2000.

- -
TAOTAUAJER - Pernahkah korang tahu bagai mana Nabi Muhammad S.A.W dulu kala menyambut Aidilfitri? Diharap dengan informasi dibawah dapat merubah diri kita supaya lebih mengikut sunnah Rasulullah S.A.W dari adat-adat melayu. Jom ketahuinya.....


Di antara sunah Nabi s.a.w. dalam menyambut Hari Raya umat Islam ini adalah :

1. Bermula pada malam hari raya lagi iaitu setelah terbenam matahari (Waktu maghrib) disunatkan dengan banyak bertakbir, bertahmid, bertasbih dan bertahlil seawal bermulanya malam 1 Syawal. Ia dilakukan sama ada secara berjemaah atau bersendirian, di masjid, surau atau di rumah bersama keluarga. Bahkan pada zaman Rasulullah s.a.w., takbir itu dikumandangkan sehingga ke jalan-jalan, rumah-rumah dan masjid.

2. Kita patut membersih atau mengemas diri seperti menggunting rambut di bahagian kepala dan anggota badan agar tampil kemas, segak dan bergaya pada hari raya mulia. Dalam hal ini, bau-bauan yang harum seperti minyak wangi, atar dan sebagainya juga digalakkan bagi meraikan hari mulia ini.

3. "MANDI SUNAT HARI RAYA" Mandi juga di sunatkan pada pagi 1 Syawal sebagaimana dijelaskan dalam hadis Ibnu Umar di dalam kitab al-Muwatta’, bahawa Rasulullah s.a.w. mandi pada pagi Aidilfitri sebelum Baginda bertolak ke masjid.

4. Disunatkan juga makan terlebih dahulu sebelum berangkat ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Hadis Anas bin Malik yang menjelaskan bahawa:-
"Rasulullah saw tidak akan keluar pada pagi Aidilfitri sehingga dia memakan beberapa tamar dan dia akan makan bilangan ganjil"

5. Berangkat menuju ke masjid atau tanah lapang. Sebaik-baiknya berjalan kaki.

Acara yang paling kemuncak pada Hari Raya Aidil Fitri ini adalah solat sunat Aidilfitri dan mendengar khutbahnya. Sunat pula pergi menunaikan solat itu dalam keadaan berjalan kaki (Hadis Ali bin Abi Talib dalam Sunan Tirmizi). Cuma bagi yang agak jauh jarak rumah ke masjid, maka bolehlah mereka menaiki kenderaan kerana agama Islam bersikap terbuka dalam bab ini.


6. Memakai pakaian terbaik yang ada berdasarkan kemampuan.

Pada pagi hari raya yang indah ini juga, sunat bagi kita memakai pakaian yang terbaik dan tercantik. Imam Baihaqi ada menyebutkan bahawa Ibnu Umar menjelaskan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. mengenakan pakaian yang terbaik dan tercantik bagi meraikan kedua-dua hari kebesaran Islam; Aidilfitri dan Aidiladha.

Dari Jabir r.a. berkata :"
Nabi saw, mempunyai Jubbah yang beliau akan memakainya pada hari Aidilfitri dan hari Jumaat".

7. Bertegur sapa. Ucap selamat dan mendoakan antara satu sama lain. (Sebab itulah digalakkan berjalan kaki dan pilihlah tempat solat yang terdekat.)

8. Sesampainya di masjid, maka sebelum duduk, solat dahulu tahiyyatul masjid dua rakaat. Kalau di tanah lapang tidak ada tahiyyatul masjid, hanya duduklah menuggu dimulakan solat hari raya.

9. Sementara menuggu dimulakan solat hari raya, maka perbanyakkanlah takbir iaitu;

الله أكبر ( 3 كالى ) لا إله إلا الله والله أكبر الله اكبر ولله الحمد.

Allaahu akbar ( 3 kali ) Laa ilaaha illa llaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil hamd.

10. Setelah diulang takbir tersebut beberapa kali maka dibaca pula takbir berikut;

الله أكبر ( 3 كالى ) الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا. لا إله إلا الله ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره المشركون. لا إله إلا الله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده. لا إله إلا الله والله أكبر الله اكبر ولله الحمد.

Allaahu akbar ( 3 kali ) Allahu akbaru kabiiran walhamdu lillaah kathiiran wasubhaana llaahi bukratan wa-asiila. Laa ilaaha illa llaahu walaa na`budu illa iyyaahu mukhlisiina lahu ddiina walau karihal mushrikuun. Laa ilaaha illa llaahu wahdah, sodaqa wa`dah, wanasoro `abdah, wa-a-`azza jundahuu wahazamal ahzaaba wahdah. Laa ilaaha illa llaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil hamd.

11. Setelah itu dimulakan pula dengan takbir yang mula-mula tadi beberapa kali dan disambung dengan takbir yang berikutnya sehingga sampainya waktu untuk bersolat.

12. Setelah selesai solat, menukar jalan balik supaya tidak sama jalan pergi dan balik. (Tujuannya supaya dapat bertemu dengan lebih ramai orang dan dapat bertegur sapa dengan orang yang berlainan)

Dari Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw menukar jalannya pada hari Aidilfitri tatkala pergi dan balik dari tempat solat hari raya, Rasulullah sentiasa pergi dan balik melalui jalan yang berlainan, menurut Jabir r.a. (Hadis riwayat Bukhari)

13. Perkataan yang baik untuk ucapan. Mana-mana perkataan yang baik boleh. Tapi kalau nak tahu perkataan apakah yang pernah diucapkan oleh nabi dan para sahabat pada hari raya aidilfitri, iaitu;

 تقبل الله منا ومنكم
Taqabbalallohu minna waminkum,"Semoga Allah SWT menerima amal kami dan amal Anda.”

Pada hari lebaran ini juga sunat bagi kita umat Islam mengucapkan tahniah dan selamat, di samping saling berdoa agar amalan-amalan kita sepanjang Ramadan lepas diterima Allah.

TAOTAUAJER : Itulah antara cara-cara menyambut hari raya menurut Islam. Ya Allah ketemukan lagi Ramadhan yang akan datang…amiinn. Salam Aidilfitri Kepada Pembaca Sekalian. Maaf Zahir Dan Batin…
- - - - -
TAOTAUAJER - Ini la dye kejahatan yang di bayar CASH! di dunia ini, apabila seorang penjenayah yang cuba untuk melarikan diri dari polis serta merta tersula bontot nyer dengan pancang pagar.


Siyana Pasiwe pencuru berumur 32 tahun, terpaksa dikejarkan ke Hospital tempatan timur London selepas tersula dengan besi pagar ketika cuba untuk melarikan diri dari tempat kejadian jenayah.

- - - - -
TAOTAUAJER - Subhanallah betapa indahnya ciptaan allah jurugambar Ken Rotberg berjaya mengabadikan fenomena jarang-jarang berlaku ini di selatan Florida, Amerika Syarikat.


Melihat ke langit malam, seorang jurugambar terkejut menyedari dia telah melihat sesuatu yang istimewa apabila beliau berjaya menangkap gambar-gambar yang menakjubkan.

Siri gambar di bawah ini telah diambil oleh Ken Rotberg sebagai awan berlegar lebih selatan Florida, Amerika.
- - - - - - -
TAOTAUAJER - Hebat, Seorang lelaki yang berusia 51 tahun di China telah kehilangan kedua-dua belah tangannya semasa menghasilkan bom untuk memancing. Disebabkan tidak mampu untuk membeli tangan palsu lelaki ini membina tangan bioniknya sendiri


Dalam masa lapan tahun, beberapa prototaip tangan palsu telah dihasilkan dan akhirnya Sun Jifa berjaya memiliki sepasang tangan palsu yang boleh berfungsi Beliau mendakwa bahawa tangan palsu yang dihasilkannya boleh digerakkan dengan menggunakan pergerakan siku.

Lagi gambar-gambar di bawah ini..
- - -
TAOTAUAJER - Ketika Annie Egginton meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-59 baru-baru ini, dia terkejut mendapat ‘hadiah’ luar biasa berbentuk telur ayam yang sangat besar, lapor media.


Memelihara ayam betina berusia setahun, Annie dan suaminya, Steve Egginton, bagaikan tidak percaya apabila melihat telur seberat 170 gram berbanding telur biasa 57 gram.


- - - -
TAOTAUAJER - Misteri Lagenda Monster Nessie atau lebih dikenali dengan monster Loch Ness ini rasanya dari tao kecik lagi menjadi tanda tanya kewujudan raksaksa di kawasan Loch Ness tersebut.

Gambar yang diklaim Monster Nessie sewaktu ketika dahulu

Rumnadrochit - Sorang nelayan asal Skotlandia mengaku telah memburu monster Nessie di danau Loch Ness selama 26 tahun. Kali ini, ia mengklaim berjaya menangkap gambar makhluk lagenda tersebut.

Saksikan lagi gambar di bawah ini...
- - - - - - - - - - - -
TAOTAUAJER - Pastinya ramai yang menantikan lintasan tahi bintang Meteor Perseid di langit  pada 11,12 dan 13 ogos lepas. Disini tao ada dapat imej-imej Imej serpihan meteor Perseid di langit berjaya dirakamkanyang mempersonakan untuk korang tontonkan.

Credit: David Kingham/DavidKinghamPhotography Night sky watcher  

Gambar ini di adalah  Perseid Meteor Shower 2012  dari Snowy Range di Wyoming.

Saksikan lagi gambar-gambar meteor Perseid di bawah ini.

- - - -
TAOTAUAJER - Hantu merupakan kepercayaan mengenai makhluk halus yang wujud di dalam alam lain yang terdapat dalam semua kebudayaan dalam dunia ini. Tapi kita tau bukan kita jer yang hidup di dalam dunia ini terdapat beberapa makhluk lain yang kita tidak tahu akan kewujudannya.


Saksikan Lagi Koleksi Gambar Hantu yang tertangkap oleh Kamera secara tidak sengaja di bawah ini.
- -
TAOTAUAJER - Impak dari kes kebocoran Radiasi ledakan reaktor Nuklear Fukushima mulai nampak. Dimana Rama-rama atau kupu-kupu di sana bermutasi. Bagi tao ini bukan kali pertama ia kali kedua kerana sebelum ini tao telah jumpa arnab jepun yang bermutasi dimana arnab mutasi tiada telinga di jumpai, nak tau lebih lanjut di SINI.


Para penyelidik menemukan, kupu-kupu di Jepau yang menderita ‘serious abnormality’ ke tidak normal yang serius. Haiwan ini kini memiliki sayap yang sangat kecil dan terjadi mutasi pada kaki dan sesungutnya.

- - - - - -
TAOTAUAJER - Kebakaran rumah di Temuco, Chile, memusnahkan sebahagian rumah di mana beberapa anak anjing yang baru 10 hari lahir hidup, agensi berita tempatan, Soy Temuco melaporkan.


Gambar ibu anjing berkenaan menyelamatkan anak-anak muncul di Reddit Jumaat lalu dan menjadi topik perbicaraan pengguna internet di barat.
- - - -
TAOTAUAJER - Pencuri akan mengambil apa sahaja yang mereka boleh capai. Dari telefon hingga ke barangan runcit, sebutkan dan mereka boleh mendapatkannya. Tapi bagaimana pula dengan kemaluan seseorang?

Seorang lelaki di China melalaui nasib amat malang apabila zakarnya dicuri ketika sedang tidur.

Fei Lin, 41, seorang penduduk Niqiao, kampung di wilayah Zhejiang China, sedang nyenyak tidur apabila pencuri memecah masuk ke biliknya.
- - - -
TAOTAUAJER -Subhanallah betapa besarnya kekuasaan ALLAH SWT  sebatang pokok yang ciptakan tegak berdiri  ditemui rukuk di sebuah hutan dekat Sydney,Australia.


Apa yang korang lihat di atas ini gambar yang rasanya korang penah tengok di dalam buku-buku atau suratkhabar.. korang tengok gambar di bawah ini gambar yang lebih jelas bukti kebenarannya.

- - - -
TAOTAUAJER - Kesian bukan kalau kita lihat gambar kucing di bawah ini , terngesot kucing ini berjalan sadis sungguh. Kucing ni pun jadi mangsa keganasan perang kejahatan basyar assad di syria.


Kucing ini telah cedera apabila serpihan mortar terkena pada belakang dan mengakibatkan kucing menjadi lumpuh.

Lagi gambar dan penjelasan di bawah ini...

- - - - -