Breaking

Saturday, December 15, 2012

SERIUS! - Bimbang Kiamat, Bahtera Untuk Selamatkan Diri Dibina (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Kerana bimbang kiamat akan berlaku pada 21 dec, Zhenghai Lu, dari China telah menghabiskan semua simpanan hidupnya berjumlah 1 juta yuan ($ 160500) untuk membina sebuah bahtera sendiri, yang mampu menyelamatkan beliau sekiranya berlaku kiamat ataupun banjir buruk. Idea pembinaan bahtera tersebut di ambil dari kisah Nabi Nuh A.S.


Bahtera tersebut direka oleh Lu sendiri, berukuran 21,2 meter panjang, 15,5 meter lebar, 5,6 meter tinggi serta boleh mengeluarkan kira-kira 140 tan air.



Kerja-kerja pembinaan Bahtera tersebut bermula pada tahun 2010. Walaubagaimanapun, selepas dua tahun beliau telah kehabisan semua sumber kewangan.


Walaupun tarikh akhir yang ditakuti, semakin tiba, Bahtera beliau masih belum siap dan beliau masih memerlukan kira-kira satu juta yuan untuk membeli peralatan tambahan bagi memastikan Bahtera tersebut boleh digunakan.

Jika sekiranya kiamat tidak berlaku, Lu merancang untuk menggunakan bot beliau untuk tujuan pelancong mengelilingi Sungai Tarim, memerangi banjir dan menyediakan perkhidmatan feri.


Lain pula ceritanya di Perancis dipaksa untuk mengharamkan akses ke gunung suci, Lagenda mengatakan bahawa Pic de Bugarach di barat daya Perancis akan pecah terbuka pada hari tersebut dan mendedahkan sebuah kapal angkasa makhluk asing yang akan membawa manusia untuk keselamatan.
Berita lanjut : Gunung Pic de Bugarach  tempat UFO muncul pada hari Kiamat

SUMBER: DAILYMAIL

TAOTAUAJER : China memang cukup kreatif ape yang deorang tak boleh buat sendiri, deorang memang gigih. Tapi agak Useless sebab kiamat bukan lah seperti bencana-bencana biasa tapi ia adalah total destruction yang menghancurkan alam semestar. Pasal lagenda Pic de Bugarach pulak agak mengarut, entah-entah itu lah dajalh yang datang untuk memberi kesesatan - Koleksi only in China


Adbox