Breaking

Friday, December 7, 2012

BIAR BETUL! - Gunung di Perancis dipercayai tempat UFO muncul pada HARI KIAMAT

TAOTAUAJER - Gunung Pic de Bugarach setinggi 1,230 meter di selatan Perancis dipercayai merupakan satu-satunya tempat di dunia yang akan selamat daripada 'hari kiamat' pada 21 Disember depan, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.

GAMBAR menunjukkan Gunung Pic de Bugarach di Bugarach, selatan Perancis.

Tarikh 21 Disember itu merupakan ramalan yang dibuat berdasarkan kalendar penduduk Maya yang bermula pada 3114 Sebelum Masihi.


Beberapa filem dokumentari dan laman web meramalkan bahawa berdasarkan kalendar penduduk Maya di Amerika Tengah itu, 'hari kiamat' akan berlaku pada 21 Disember depan.

Selain itu antara konspirasi yang akan berlaku pada Disember 2012 ini adalah Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 dan 25 Disember ini juga satu berita yang mengejutkan penduduk bumi.

Ramalan itu dibuat kerana kalendar Maya itu berakhir pada tarikh tersebut.

Menurut pihak yang percaya tentang 'hari kiamat' itu, sejumlah makhluk asing dan sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) akan muncul.

Golongan itu percaya 'garaj kapal angkasa' terdapat di kawasan pergunungan itu dan menyelamatkan golongan yang mempercayainya.

Pekan Bugarach kini menjadi popular dalam kalangan orang yang mempercayai bahawa kiamat akan berlaku pada tarikh tersebut.

Datuk Bandar Bugarach, Jean Pierre Delord bimbang ramai orang akan tiba di bandar kecil itu.

Kawasan di sekitar Bugarach hanya didiami seramai 180 orang.

Polis dan tentera telah dimaklumkan untuk berdepan dengan bilangan orang yang ramai yang dijangka tiba di bandar berkenaan.

Menurut kalendar Maya itu, sebuah planet akan merempuh Bumi pada 21 Disember depan dan dipercayai akan menyebabkan 'hari kiamat' berlaku. - Agensi

TAOTAUAJER - Macam mengarut jer deorang nieh.. tahun 2012 ini penuh dengan konspirasi kiamat maklumlah apabila benda nie ramalan suku kaum dahulu kala kita pon jangan percaya sangat. Jika kita mempercayai kiamat pada tahun 2012 ia boleh menjejaskan akidah.


Adbox