Breaking

Saturday, November 10, 2012

WOW! - ETV Kereta makhluk asing jadi perhatian (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Peminat kenderaan filem-filem sains fiksyen mungkin tidak dapat 'menahan diri' daripada melahirkan rasa kagum apabila melihat kereta dikenali sebagai 'kenderaan makhluk asing' (ETV) yang direka seorang rakyat Amerika Syarikat (AS).


Kereta bertemakan futuristik oleh pereka, Michael Vetter atau lebih dikenali sebagai Kit Car Mike yang diubah suai daripada kereta Chevrolet itu, kini dipamerkan di London Motor Museum, Middlesex.



Kereta bernilai 75,000 pound (RM367,500) itu mempunyai cermin depan sepanjang 1.52 meter dan pintu berbentuk sayap yang boleh dibuka menggunakan kawalan jauh, konsep kereta yang dipopularkan oleh De Lorean melalui filem francais, Back To The Future.

Vetter berkata, beliau telah mereka khas 100 jenis kereta dan kereta ETV itu merupakan yang terbaik daripada segi rupa dan boleh dipercayai.

Beliau memberitahu, sebanyak tujuh kereta tersebut telah direka dan hanya sebuah kini dipamerkan di muzium di London itu.

"Saya terkejut dengan maklum balas awal ketika mula-mula memandu kereta ini kerana lebih ramai orang menunjukkan minat untuk mengambil gambar berbanding apabila saya memandu kereta mewah,'' katanya. - AGENSI





TAOTAUJER : Unik sungguhkan bentuk kenderaan ini , mingkin ini adalah salah satu peneraju bentuk-bentuk kenderaan masa hadapan yang lebih futuristik dan moden. - Koleksi Teknologi

Adbox