Breaking

Thursday, November 15, 2012

SERIUS! - Lelaki berwajah harimau ditemui mati


TAOTAUAJER - Pasti korang penah tengok lelaki berwajah Harimau ini di television sewaktu masa dahulu dimana  lelaki yang melakukan beberapa pembedahan muka selama beberapa tahun supaya wajahnya kelihatan mirip harimau betina. Namun mengejutkan lelaki harimau ini ditemui mati di rumahnya di  TONOPAH, Nevada, lapor beberapa buah akhbar.


AVNER ditemui mati di rumahnya di Tonopah, Amerika Syarikat pada 5 November lalu.


Lelaki itu, Dennis Avner yang merupakan bekas anggota Tentera Laut Amerika Syarikat ditemui mati pada 5 November lalu.

Menurut portal berita The Huffington Post, Pejabat Syerif Daerah Nye mengesahkan kematiannya tetapi enggan memberikan maklumat lebih lanjut.

Punca kematiannya masih belum didedahkan tetapi terdapat spekulasi bahawa dia mungkin membunuh dirinya.

Seorang rakan Avner, Shannon Larratt menyatakan dalam laman blognya, Avner menghadapi pergolakan dalam kehidupan dan cuba membunuh dirinya ketika berusia 54 tahun baru-baru ini.

Lelaki itu melakukan pembedahan termasuk di bibir atas, telinga, menanam silikon pada pipi dan dahi, menajamkan gigi, mencacah tatu serta bertindik.

Dia merupakan penduduk suku kaum Red Indian.

"Saya merupakan seorang Huron (suku kaum Red Indian) dan mengikut tradisi lama yang mengubah diri untuk menjadi seekor harimau," kata Avner di laman webnya. - Agensi

TAOTAUAJER : Memang dahsyat pengubahsuaian muka lelaki ini menjadi seperti seekor harimau. Namun di jumpai mati baru-baru ini apakai dia membunuh diri? Ia menjadi satu tanda tanya bagi seluruh dunia yang menjadi kipas susah mati si harimau ini.

Adbox