Breaking

Wednesday, November 14, 2012

MENAKJUBKAN! - Makkah, Madinah Paling Terang Dari Angkasa Lepas (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Subhanallah Makkah, Madinah Paling Terang Dari Angkasa Lepas. Kenyataan dari Seorang angkasawan Russia, bandar suci Makkah dan Madinah adalah yang paling terang dan cantik apabila dilihat dari angkasa lepas. Kalau korang ade baca post sebelum ini juga tao ade sharekan Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat kepada planet Bumi. [LINK]


Kini seorang lagi Angkasawan menyatakan tentang betapa menakjubnya Kaabah dimana Angkasawan berkenaan memberitahu demikian kepada pelajar Arab Saudi yang menyertai program Persatuan Kembara Angkasa Lepas.


“Ketika berada di angkasa lepas, kami tidak berdepan dengan masalah untuk merakam gambar bandar raya di bumi pada siang hari.


Imej Mekkah, Madinah yang begitu terang diambil dari Angakasa Lepas

“Tetapi, sebelah malam, ia begitu rumit dan anda perlu menggunakan teknik khas. Namun, saya berjaya merakam gambar beberapa bandar waktu itu. “Yang mengejutkan saya, ialah Makkah dan Madinah begitu terang berbanding bandar lain di seluruh dunia ketika waktu malam,” kata angkasawan Anatoly Ivanishin.



Menurutnya, bandar lain tidak begitu jelas ketika itu tetapi pemandangan Makkah dan Madinah begitu menakjubkan dan tidak diduga.

SUBHANALLAH Cantikk..permandangan atas Mekah dan Madinah dari stesen angkasa lepas(ISS) yang dimuatnaik oleh seorang angkasawan Rusia,Anton Shkaplerov dilaman Twitter miliknya.



TAOTAUAJER : Subhanallah, lihatlah betapa menakjubnya kota mekah dan madinah. Kalau sebelum ini Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat kepada planet Bumi ,angkasawan Anatoly Ivanishin pula mengeluarkan kenyataan pemandangan Makkah dan Madinah begitu menakjubkan dan tidak diduga dan paling terang dari angkasa lepas. - Koleksi artikel Mekah

Adbox