Breaking

Monday, October 15, 2012

WOW! - Felix Baumgartner Cipta Rekod Terjunan Angkasa dengan hampir kelajuan bunyi.(8 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Felix Baumgartner Telah Cipta Rekod Terjunan Angkasa | mesti ada yang terfikir tinggi giller lelaki nie terjun aga-agak kalau korang pasti terkencing terberak punye la dalam sut tu. Seperti mana tao ade bagi tau tentang terjunan yang menghampiri laju bunyi bakal di lakukan oleh Felix kini sudah menjadi kenyataan apabila dia berjaya melakukan terjunan tersebut.


Penerjun Austria Felix Baumgartner berjaya mencipta rekod dunia terjun dari pinggir angkasa pada pagi ahad 13 Oktober 2012 dan mendarat dengan selamat di gurun New Mexico selepas jatuh bebas dari ketinggian 39km dari aras bumi. Beliau membuka payung terjunnya setelah mencapai kelajuan jatuh bebas melebihi 1100 kilometer sejam.


Infografik terjunan Felix Baumgartner  dari Angkasa dengan ketinggian 39kilometer.


Beliau mengambil masa lebih dua jam untuk naik ke ketinggian terjunan dan telahpun memecahkan satu rekod dunia sebelum melompat lagi, iaitu rekod altitud paling tinggi untuk sebuah penerbangan belon membawa manusia.



 




Cubaan kali ini adalah yang kedua selepas gagal minggu lalu akibat masalah angin. Baumgartner telah berlatih selama lima tahun dan memegang banyak rekod termasuk terjunan dari Menara Berkembar Petronas.

SUMBER : Dailymail

TAOTAUAJER : Syabas di ucapkan kerana berjaya kembali kepermukaan bumi dengan jayanya. Nasib baik tiada sebarang perkara buruk yang berlaku sewaktu terjunan tersebut. Bukan senang wah.. setakat terjun menara peronas pon tak pernah buat ape tah lagi terjunan dari angkasa ini di catatkan sebagai terjunan tertinggi, terlalu banyak latihan di perlukan bagi memantapkan diri - Koleksi Mereka yang Hebat

Adbox