Breaking

Saturday, October 6, 2012

PELIK! - Biri-Biri Berkepala Terbalik Ditemui Di London (2 Gambar)

TAOTAUAJER - Biri-Biri Berkepala Terbalik Ditemui Di London (2 Gambar) | inilah kejadian pelik yang berlaku di London sepertimana sebelum ini tao ade tunjukkan video kambing yang pelik apabila lahir dengan muka seperti makhluk asing dan berkaki 8 kali ini pula kambing biri-biri berkepala terbalik dijumpai.


Sekali pandang, tiada yang aneh pada biri-biri ini, tetapi sebaik saja ia dilihat lebih dekat, ternyata ada yang aneh padanya.


Ketika ia leka meragut rumput, ramai yang terkejut apabila melihat biri-biri ini berkepala terbalik. Pemiliknya memaparkan imej berkenaan di YouTube bertegas mendakwa ia asli.


Ia ditonton hampir 50,000 kali dalam tempoh lima hari. Allan McNamara, dari Middlesbrough, Yorkshire Utara, berkata dia ternampak biri-biri berkenaan ketika berjalan-jalan di pinggir kampung dengan seorang rakan. Kata juruteknik komputer itu, tulang belakang yang terpusing mungkin menyebabkan kepala biri-biri berkenaan terbalik.

“Kami memang sukar mempercayai apa yang kami lihat,” katanya. Menurut McNamara, 30, dia tidak dapat mengingat lokasi ladang tempat dia melihat biri-biri berkenaan, sebaliknya hanya mendakwa ia terletak di England.

TAOTAUAJER : Subhanallah, pelik sungguh kambing biri-biri ini ia di lahirkan cacat yang sungguh pelik.
Tiada yang mustahil di dunia ini semua yang terjadi di atas kehendakNya- Koleksi Pelik 

Adbox