Breaking

Monday, August 6, 2012

GEMPAR! - Laman Baskin Robbins Malaysia Digodam Gara-gara Lee Chong Wei kalah Olimpik London 2012 (4 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Sepertimana yang kita ketahui Dato' Lee Chong Wei tidak berjaya membawa pulang pingat emas Sukan Olimpik London 2012 setelah tumpas pada Lin Dan. Kemudian sepertimana yang kita tau dimana sekiranya Dato' Lee Chong Wei berjaya membawa pulang pingat emas Penduduk malaysia merasai Aiskrim Baskin-Robbin free pada 8hb August 2012 dari jam 8 malam ke 10 malam di semua cawangan Baskin-Robbins seluruh Malaysia.



Lanjutan daripada kekalahan Dato' Lee Chong Wei membawa pingat emas, sebuah kumpulan pengodam tempatan telah menggodam laman Baskin Robbins Malaysia dan telah menambah sebuah fail khas pada laman tersebut dengan mesej berkaitan kekalahan Lee Chong Wei.


sumber : Amanz.my

Laman Baskin Robbin yang telah di godam oleh Defacer PhantomCrews


Harapan Malaysia untuk melihat pingat emas pertama Sukan Olimpik MUSNAH apabila Datuk Lee Chong Wei tewas di tangan pemain China, Lin Dan dalam final acara perseorangan.

Dalam perlawanan akhir Chong Wei menentang Lin Dan, beliau tewas pada set ketiga dengan mata sebanyak 19-21, membuatkan Chong Wei terpaksa pulang dengan pingat perak. Namun begitu, semangat yang diperlihatkan beliau menerima pujian rakyat Malaysia, disamping sokongan yang dinyatakan ramai melalui laman sosial, terutamanya Twitter dan Facebook.


Berikutan kekalahan Chong Wei ini, Baskin Robbins mengumumkan, kita masih ada peluang bagi mendapatkan pingat EMAS ini kerana selain daripada Chong Wei, terdapat beberapa atlit yang lain lagi turut serta dalam acara Olimpik, dan salah seorangnya adalah Azizulhasni Awang yang akan bersaing dalam acara Keirin esok.

Kalau korang nak tau Lee Chong Wei akhirnya telah bersara dari badminton dgn rekod 42 Emas, 22 Perak dan pemain No.1 dunia selama 200 minggu.


TAOTAUAJER : Siapa la yang gatal tangan sangat nie... tak patut betul ada kecewa sebab Lee Chong Wei tak dapat emas, tapi kita tak sedar sebenarnya Dato' Lee Chong Wei baru saja hadiahkan pingat pertama Malaysia bagi Olimpik 2012. Terima Kasih di atas Sumbangannya...
Adbox