Breaking

Monday, June 11, 2012

WOW! - Kerana Cinta, Bunga Ditabur sepanjang tangga Untuk ‘Bahagia

TAOTAUAJER - Orang-orang tua biasanya akan mengatakan remaja zaman kini melalui alam percintaan yang boleh membawa mereka kepada peringkat yang lupakan diri seperti sanggup melakukan apa sahaja buat pasangan mereka.


Malah, tindakan atau perlakuan ‘angau’ dalam satu-satu hubungan cinta itu juga digelarkan sebagai ‘cinta buta’.

ikuti lagi kisah percintaan mereka di bawah ini....

Tidak mustahil ‘cinta buta’ atau angau masih lagi berlaku sekarang ini kerana itu adalah fitrah bagi manusia biasa untuk mendapatkan cinta yang mampu membahagiakan diri masing-masing.

Seperti seorang lelaki di negara China, dek kerana sedih dan tidak dapat menerima kenyataan hubungan cintanya terputus dengan bekas kekasih hatinya, dia sanggup melakukan satu perkara yang memungkinkan bekas teman wanitanya kembali kepada dirinya semula.

Demi mengejar cintanya, lelaki itu sanggup membeli sebanyak 999 kuntum bunga ros buat bekas teman wanitanya.

Lelaki itu akan menaburkan kelopak-kelopak bunga ros di atas tangga pangsapuri kediaman bekas teman wanitanya supaya si gadis itu akan melihat usahanya setiap hari.

Dalam usaha untuk menawan semula hati bekas teman wanitanya, lelaki tersebut sanggup menghabiskan wang sebanyak 2,400 Yuan atau RM1,198 setiap hari bermula dari hari mereka terputus hubungan iaitu minggu lepas.

Pada mulanya, si gadis tidak mengendahkan usaha yang dilakukan oleh bekas teman lelakinya.

Namun, masuk hari keempat, dia sudah mula tidak menyukai tindakan lelaki tersebut dan menasihati lelaki itu menghentikan segala usahanya kerana semuanya tidak membawa sebarang perubahan kepada hubungan mereka.

Bagi lelaki itu, dia melakukan usaha ‘manis’ itu hanyalah semata-mata kerana terlalu menyayangi dan mencintai gadis tersebut.

“Saya melakukan ini kerana saya sangat mencintai kamu, saya ingin lihat kamu gembira ke tempat kerja setiap pagi,” kata lelaki itu seperti dalam Daily Chilli.

Bagaimanapun, kerana percayakan satu hubungan cinta itu terjalin atas dasar kepercayaan dan hormat-menghormati, lelaki itu terpaksa akur dengan permintaan si gadis untuk tidak lagi meneruskan usaha memujuk hatinya.

Kalau anda, yang ditinggalkan kekasih, apa pula tindakan yang dilakukan untuk memujuk hati si kekasih?



Adbox