Breaking

Saturday, April 7, 2012

Wow! - Video Kapal hantu dimusnahkan dengan meriam

TAOTAUEJER - Kapal Hantu yang belayar bersendirian tanpa kemudi selepas kejadian Tsunami di Jepun sehingga ke Lautan Pasifik dimusnahkan dengan bedilan meriam  kapal Pengawal Pantai AS.


Pelayaran kapal nelayan Jepun, Ryou-Un Maru berakhir di perairan Alaska kelmarin apabila ia ditenggelamkan dengan menggunakan bedilan meriam dari kapal Pengawal Pantai AS.

Saksikan gambar dan video di bawah ini....



Kapal sepanjang sekitar 50 meter itu hanyut di Lautan Pasifik sehingga ke perairan Alaska ekoran bencana tsunami yang melanda timur laut Jepun pada 11 Mac tahun lalu.

Seorang pegawai pengawal pantai, Kip Wadlow dalam satu kenyataan memberitahu, 'kapal hantu' itu terbakar dan tenggelam dalam tempoh empat jam.

Ia tenggelam ke dasar laut pada kedalaman lebih 1,830 meter, 290 kilometer ke barat daya perairan Alaska.

Pihak berkuasa AS memutuskan untuk menenggelamkan kapal berkenaan bagi mengelakkan ia membahayakan kapal-kapal lain






SUMBER | Kosmo!, abcNEWS
Adbox