Breaking

Friday, April 27, 2012

OMG! - Turtle Boy; Budak dengan tanda lahir seperti cengkerang kura-kura (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Didier Montalvo, seorang budak berusia enam tahun yang membesar dengan tanda lahir yang begitu besar dimana pada bahagian belakang badan badan nyer diliputi seperti cengkerang kura-kura dan dengan itu beliau mendapat Nickname "Turtle Boy".

Kalau korang nak tau Tanda lahir (congenital melanocytic nevus) jarang berlaku kira-kira kebarangkalian 1 dalam 20.000 bayi yang baru lahir. Seorang doktor pakar bedah menyifatkan kes ini sebagai yang paling teruk yang pernah dia lihat.

Ketumbuhan yang di hadapainya seperti cengkerang kura--kura di belakang nya


Kehidupan Didier terjejas teruk oleh pertumbuhan tersebut, meliputi lebih separuh daripada lilitan badannya, ia menyebabkan kegatalan dan sakit kulit sebagaimana ia menjejaskan keyakinan.




Dia dan keluarganya telah dipulaukan oleh penduduk kampung di rumahnya di luar bandar Colombia di Amerika Selatan dan ibu Luz juga diberitahu ia adalah salah untuk melihat gerhana matahari sewaktu mengandung, dan ini lah akibat yang ditanggungnya.

Keluarga terlalu miskin untuk membiayai pembedahan tetapi hidupnya berubah apabila cerita menyentuh perasaan beliau telah dipaparkan dalam akhbar tempatan dan dibanjiri derma dicurahkan untuk membiayai pembedahan.





Setelah pembedahan tersebut mengubah kehidupanya...betapa riang nyer dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak biasa  ^^

SUMBER |  mirror.co.uk
Adbox