Breaking

Tuesday, February 21, 2012

Wow! - Buffy, Handphone Android Keluaran Facebook

TAOTAUAJER - Facebook akan mengeluarkan telefon bimbit Android mereka di namakan Buffy, sebuah nama yang diambil bersempena Buffy The Vampire Slayer, siri tv popular tahun 90-an.


Facebook meminta HTC untuk membina Buffy. Sebelum memilih HTC, Facebook telah menemui Samsung namun Facebook akhirnya memilih HTC sebagai vendor untuk mengeluarkan telefon pintar mereka.

Kerjasama ini menyamai kerjasama antara Google dengan Samsung, hasilnya adalah Samsung Galaxy Nexus.

Buffy merupakan telefon bimbit direka sepenuhnya untuk social networking, ia dijangka akan menemui pengguna smartphone di seluruh dunia 12 bulan akan datang mungkin juga 18 bulan akan datang. Namun kami tertanya sendiri untuk apa Facebook mahu membina telefon bimbit mereka sendiri?

Sedangkan sekarang Facebook memiliki 350 juta pengguna aktif yang mengakses akaun masing-masing melalui apps dibina khas oleh Facebook, digunakan dalam Android, iOS, Symbian, BlackBerry juga telefon pintar yang menggunakan sistem operasi lain termasuklah Meego juga Bada.

Buffy adalah sebuah telefon Android yang diubah suai oleh programmer Facebook mengikut tetapan mereka. Projek membina Buffy diketuai oleh Bret Taylor, Chief Technical Officer di Facebook.

SUMBER | iawani.com

Adbox