Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

Gambar muka depan satu Majalah Dewasa di Jepun

Luna maya telah dimuatkan di muka depan satu majalah dewasa di Jepun
Dimana majalah ini dijual di pinggir-pinggir jalan di Jepun
- - -


Wow besar sungguh serombong air bomba nieh...siap kuasa jet lagi tu


Dengan penubuhan kota Luoyang, truck bomba yang suoer deras airnya bernilai $456000 mungkin akan diberi nama Arthur Fonzarelli.

Ciri unik bomba ini adalah memadam kebakaran dengan menggunakan meriam air berkuasa Jet. Dimana berkemampuan untuk menyembur 4 tan air per minit pada jarak melebihi 400 meter.


- - -
Gambar dimana Ikan Pirana yang besar telah ditangkap

Ikan piranha ini berukuran besar bahkan terbesar di dunia. Oleh kerana ukurannya inilah sehingga ikan ini mampu menjadikan seekor buaya sebagai mangsa.

Giginya sangat tajam, berjumlah 32 batang. Panjang badannya 1,5 meter, beratnya sekitar 45 kilogram. Inilah piranha raksasa.

Ikan ini ditemui oleh Jeremy Wade, pembawa acara River Monsters show yang juga seorang pemancing berbangsa Inggeris. Dia melakukan ekspedisi ke sungai di Congo, Afrika.

Dengan gagah berani, Wade sempat mengambil foto dengan ikan ganas ini. Dia memegang badan ikan itu sambil mulutnya terbuka lebar memperlihatkan gigi-giginya yang runcing.
Ikan tigerfish raksasa ini dipercayai sebagai ikan air tawar yang lebih ganas dari piranha biasa. Giginya seukuran dengan hiu putih. Dia juga dikenali kerap menyerang manusia bahkan menjadikan buaya sebagai mangsa.
“Ikan ini punya gigitan yang sangat kuat dan boleh menjadikan mangsa apa pun yang seukuran dirinya, menyerang manusia, dan mencarik-carik buaya,” kata Wade.
“Ikan ini benar-benar berbahaya, kamu harus hati-hati, bila tidak dengan mudah kamu akan kehilangan jari, bahkan boleh lebih buruk lagi.”
Wade mengambil masa lapan hari untuk membawa ikan itu ke darat, tetapi kemudian melepaskannya kembali
- - -
Tin minuman Pepsi yang terpapar Siti Norhaliza beserta tandatangan


Sekarang anda mempunyai alasan untuk mengumpul barangan edisi terhad Siti Nurhaliza. Terkini, tin minuman Pepsi edisi terhad yang memaparkan Siti Nurhaliza sebagai duta telah dijual di portal Mudah pada harga RM2000. Tin Pepsi yang mempunyai autograf Siti Nurhaliza merupakan edisi keluaran tahun 2000 ini masih tidak dibuka & mengandungi air.
Peminat Siti Nurhaliza dijangkakan akan membida tin Pepsi Siti Nurhaliza sehingga puluhan ribu ringgit selepas pihak portal Mudah.my berhasil mendapatkan hak penjualan daripada penjual asal.
-
LEBIH RM70,000 wang syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen, bertaburan di atas lebuhraya di KM234, Susur Keluar Pedas, di Rembau


REMBAU 18 Jan. – Kebiasaannya orang ramai tidak berani menghampiri kemalangan jalan raya, lebih-lebih lagi jika ia berlaku di tengah lebuh raya.

Namun keadaan itu berbeza hari ini apabila pengguna lebuh raya sanggup bergadai nyawa untuk mengutip duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 senyang bertaburan sepanjang 100 meter di atas Lebuh Raya Utara-Selatan dan kawasan rumput berhampiran di sini.

Semuanya disebabkan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) Toyota Hilux yang membawa sebuah peti besi besar berisi duit syiling dirempuh sebuah kereta BMW sebelum terbabas dan terbalik di Kilometer 234, susur keluar Pedas, dekat sini, petang ini.

Ketika ini, orang ramai masih berpusu-pusu mengutip lebihan duit syiling sehingga anggota polis terpaksa mengawal keadaan kerana bimbang kejadian lebih buruk akan berlaku di lokasi kejadian. – Utusan
- - -
SEBUAH kereta Honda Acura milik Mark Zuckerberg (kiri) diletakkan di rumah sewanya di Palo Alto, California baru-baru ini.


PALO ALTO, Amerika Syarikat - Pengasas laman sosial popular Facebook, Mark Zuckerberg, 26, memilih untuk mengamalkan gaya hidup sederhana apabila dia berpindah ke rumah baru dua tingkat yang sederhana, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun kekayaan Zuckerberg dianggarkan AS$15.86 bilion (RM48.53 bilion) dia lebih selesa menyewa sebuah rumah bersama teman wanitanya, Priscilla Chan yang terletak di pinggir bandar dengan keadaan sekitar yang biasa sahaja.

Lokasi rumah baru Zuckerberg lebih dekat dengan pejabatnya.

Rumah sewa itu yang tidak mempunyai sistem kawalan kamera tertutup dianggarkan berharga kira-kira AS$2.38 juta (RM7.3 juta) dan mempunyai lima bilik berbanding rumah sewa lamanya sebelum ini yang mempunyai empat bilik.

Selain tinggal di kawasan penempatan biasa, Zuckerberg selesa menggunakan kenderaan lamanya, Honda Acura berwarna hitam yang bernilai kira-kira AS$20,628 (RM63,131).

Dia mengasaskan Facebook lapan tahun lalu.

Zuckerberg menggunakan kereta Honda itu selepas tawarannya untuk membeli sebuah kereta BMW milik jirannya ditolak. - Agensi
-
TAOTAUAJER - Bill Gates (Microsoft), Dell, Henry (Ford), Thomas Alfa Edison etc.., Adalah orang-orang Bodoh yang kaya. Ribuan orang-orang pintar bekerja untuk mereka. Dan puluhan ribu jiwa keluarga orang pintar bergantung harap pada orang bodoh. Anda tahukah ape kelebihan orang bodoh nie??? hrmm..


1. Orang bodoh sukar untuk mendapat kerja... jadi dia bersenang lenang mencari apa saja pekerjaan untuk sesuap nasi. Orang pandai memerah otak untuk mendapat ijazah supaya senang mendapat kerja

2. Orang bodoh selalu melakukan kesalahan, maka dia mengambil orang pintar yang tidak pernah salah untuk memperbaiki yang kesalahannya. Sebenarnya orang bodoh memerintahkan orang pintar untuk mengikut kehendak orang bodoh.

3. Orang pintar berusaha mendapatkan ijazah untuk mendapatkan kerja. Orang bodoh berfikir mendapatkan wang untuk membayar gaji dan ijazah orang pintar.

4. Orang bodoh tidak tahu menulis dan mengira, maka disuruh orang pintar untuk membuatnya.

5. Orang bodoh hanya berfikir pendek untuk memutuskan sesuatu, Sebaliknya orang pintar berfikir panjang untuk kejayaan bosnya orang b0doh

6. Waktu bisnes orang bodoh maju, orang pintar akan menghabiskan waktu bekerja keras untuk mendapat bonus, sementara orang bodoh menghabiskan waktu bercuti dan bersenang-lenang dengan keluarganya.

7. Mata orang bodoh akan mencari apa saja yang boleh dijadikan duit. Mata orang pintar selalu mencari perkerjaan dan pangkat dari orang bodoh.
- -
Pada Peta dunia tersingkap satu rahsia yang baru disedari terdapatnya rajah seakan-akan manusia sedang solat pada posisi tahyat akhir menghadap Qiblat iaitu Makkah

Cuba perhatikan betul-betul pada bulatan tersebut

kelik untuk gambar yang lebih jelas

Sekarang anda nampak...imej seakan2 orang tahyat akhir menghadap Qiblat (Makkah)


kelik untuk gambar yang lebih jelas


Masyallah... keajaiban dunia.

- - - - -
Gambaran yang dikatakan UFO


KUALA LUMPUR - Seorang penyelia kanan sebuah projek pembinaan di sini terkejut apabila mendakwa terlihat satu objek pelik yang dirakamnya melalui telefon bimbit melintasi ruang udara Menara Kuala Lumpur Selasa lalu.
- - - -
Assaalamualaikum... bismillahirahmanirahim..


Asal blog ini adalah dari blog Bilapuyuhberbunyi.blogspot.com, disebabkan terlalu banyak untuk dikongsikan sempena konsepnya adalah "sesama kita kongsikan idea,pengalaman dan ilmu yang kita dapat sepanjang kehidupan"Maka tau tau ajer telah dipisahkan kepada blog yang baru. Tak kisah la kalau post dalam blog ini ada yang sama dengan blog Bilapuyuhberbunyi.blogspot.com.

Dalam blog ini akan saya kongsikan ape yang saya dapat tahu dan akan dikongsikan kepada anda maklumat dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini adalah dialu-alukan, sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah.

Semuga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga sengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas daripada pandangan Allah.. insyallah.

Jika ada kesilapan dari posting, tolong berikan nasihat dan komen. Saaya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam.