Breaking

Saturday, December 17, 2011

Wow! - Jentera bomba langgar rumah, 4 cedera

TAOTAUAJER - Di Kepala Batas Selama ini, kita sering menyaksikan anggota bomba dan penyelamat bertungkus lumus menyelamatkan mangsa kebakaran atau kemalangan. Jarang jugak kita dengar Jentera bomba yang Kemalangan...tapi ini hakikat nyer.


Namun, dalam kejadian yang berlaku di Kampung Pasir Gebu, Penaga di sini malam tadi, sepasukan anggota bomba terpaksa menyelamatkan rakan mereka sendiri yang terlibat dalam kemalangan.

Dalam kejadian pukul 9.25 malam 15 Disember 2011, empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Muda, Penaga cedera apabila jentera yang mereka naiki terbabas sebelum merempuh sebuah rumah.

Ketika kejadian, jentera itu dalam perjalanan untuk memadam satu kebakaran yang dilaporkan berlaku di Pajak Song.
Jentera bomba yang dipandu Nordin Hassan, 53, bersama empat anggota hilang kawalan ketika mengelak sebuah motosikal sewaktu melalui selekoh di kawasan tersebut.

Akibatnya, ia merempuh pokok mangga dan bahagian dapur rumah yang didiami dua beranak menyebabkan Nordin tersepit di tempat duduk pemandu dan mengalami patah kaki.

Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Azmi Tamat berkata, pihaknya mengalami kesukaran untuk menjalankan operasi menyelamat dan terpaksa mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan Nordin.

"Nordin mengalami patah kaki manakala tiga lagi anggota, Ridzuan Hamid, Shamsuddin Mohd. Nahu dan Syawal Deraman, semuanya berusia lingkungan 40-an cedera ringan manakala seorang lagi anggota terselamat.

"Kesemua mereka dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan lanjut dan operasi memadamkan kebakaran diteruskan oleh jentera dari Balai Bomba Kepala Batas dan pasukan bomba sukarela," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.


.
Adbox