Breaking

Wednesday, July 27, 2011

Wow | Duit Syiling Malaysia siri ketiga

TAOTAUAJER - semalam tao ade postkan pasal Duit Syiling baru akan dikeluarkan Bank Negara pada tahun depan kan, tapi tak secara detail. Nie tao nak tunjukkan Duit Syiling Malaysia siri ketiga dengan lebih detail.

Photobucket

Bahagian Hadapan Duit Syiling
Memaparkan 14 titik yang melambangkan 13 negeri serta Wilayah Persekutuan dan lima garis mendatar yang melambangkan lima prinsip Rukun Negara.

Ikon Bagi Setiap Duit Syiling
50 sen - Sulur Kacang
20 sen - Bunga Melur
10 sen - Motif Orang Asli
05 sen - Destar Siga

Bahagian Belakang Duit Syiling
Memaparkan motif bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan Malaysia, angka yang menunjukkan tahun penempaan, angka yang menunjukkan nilai duit syiling dan perkataan "Bank Negara Malaysia" sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling.

Photobucket

Duit syiling peringatan dah boleh dibeli bermula pada hari ini di ibu pejabat Bank Negara Malaysia dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching. Duit syiling ni dah sah untuk digunakan. Siri yang lama pulak akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.



Photobucket
SUMBER | Bank Negara Malaysia

Adbox