Breaking

Sunday, July 17, 2011

Wow | Chelsea bawa semua bintang Perlawanan Malaysia vs Chelsea pada 21 Julai 2011

Pastinya bahang perlawanan semalam antara Malaysia dan Liverpool belum hangit lagi. Dimana Pasukan Malaysia dapat menyumbat 3 gol dan dibalas 6 gol oleh Liverpool. Anda boleh lihat rakaman gol-gol Malaysia vs Liverpool di sini. Pada 21 Julai 2011 bersamaan hari Khamis ini pulak Harimau Malaya akan beraksi lagi menentang pasukan ternama Chelsea pulak.


Kalau korang nak tau Kelab ternama Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea, akan membawa skuad penuh bagi perlawanan persahabatan menentang pilihan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, Khamis ini.

Menurut penganjur, ProEvents International, antara pemain yang diturunkan ialah Didier Drogba, Frank Lampard, John Terry, Fernando Torres, Nicolas Anelka, Ashley Cole, Florent Malouda, Petr Cech dan Yossi Benayoun.

"Peminat bola sepak tempatan sudah pasti mendapat sajian terbaik dengan kehadiran antara pemain terbaik dunia dalam pasukan Chelsea," kata ProEvents dalam kenyataan di sini hari ini.

Perlawanan persahabatan itu akan turut menyaksikan pengurus Andres Villas-Boas dari Portugal mengendalikan pasukan 'Blues' untuk buat pertama kali selepas mengambil tugas dari Carlo Ancelotti.

ini dye tiket untuk menyaksikan perlawanan Malaysia vs Chelsea

Nantikan video streaming Live perlawanan Malaysia vs Chelsea di blog taotauajer.

Untuk mendapat updates-updates terbaru sila lah LIKE page facebook TAOTAUAJER



Photobucket
SUMBER | UTUSAN
Adbox