Breaking

Sunday, May 1, 2011

Gambar | Gaddafi TERLEPAS, Anaknya TERBUNUH bedilan NATO

TRIPOLI: Anak bongsu pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dan tiga cucunya dilaporkan terbunuh dalam serangan udara tentera NATO, awal pagi tadi selepas puak pemberontak dan NATO menolak rundingan untuk mengakhiri krisis di negara itu.



Rumah Seif al-Arab Gaddafi, 29, dilaporkan 'diserang hebat malam tadi," kata jurucakap kerajaan, Moussa Ibrahim dalam sidang akhbar selepas NATO melancarkan serangan udara dan mengesahkan kematian itu.

Beliau berkata, Gaddafi dan isterinya turut berada di dalam rumah berkenaan ketika serangan udara tetapi disahkan tidak cedera.

“Serangan itu mengorbankan Seif al-Arab yang berusia 29 tahun dan tiga cucu Muammar," kata Ibrahim.

Ketiga-tiga cucu kepada pemimpin Libya itu berumur bawah 12 tahun.

Lagi gambar yang diambil pada 1 May 2011, sekitar kediaman Gaddafi yang teruk dibedil tentera NATO.










Lihat lah...habis ranap, dipercayai NATO menjadikan ahli keluarga Gaddafi sebagai sasaran


Photobucket
SUMBER | AFP
Adbox